Pondok Hidayah 2

Call

Pondok Hidayah 2 Pondok Hidayah yang terletak di Batu 3o, Machang diasaskan oleh Tuan dato' Ahmad bin Mahmood Ahmad Mahmood iaitu mantan Ketua Jajahan Machang pada 1997.

Pondok Hidayah yang terletak di Batu 30, Machang diasaskan oleh Ustaz Datuk Hj. Beliau terpanggil untuk terlibat dalam institusi pengajian pondok kerana mahu menerapkan nilai-nilai murni dan Islam dalam jiwa ummah. Beliau kini bertugas di Istana Negeri Kelantan sebagai Pengelola Istana. Urusan pentadbiran dan pengurusan diserahkan kepada Ustaz Ghazali Isa, yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang tinggi mengenai agama dan hukum-hakam. Ustaz Ghazali pernah belajar di Syria dalam bidang Al-Quran dan Hadis serta menjadi guru agama di sebuah sekolah swasta di negara ini. Pondok ini turut menyediakan 80 buah rumah kelamin untuk memudahkan pasangan suami isteri belajar agama. Kebanyakan penghuni di sini ialah warga emas dan penduduk miskin. Pondok ini telah didaftarkan di bawah Majlis Kebajikan Semenanjung Malaysia. Dua orang guru diamanahkan untuk mengajar Feqah, Tafsir, Hadis, Tajwid dan kitab pondok. Selain menerima dana daripada kerajaan negeri, pondok ini turut mendapat sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan.

📸LENSA PROGRAM ZIARAH KASIH KENALI UBAT ANDA.Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua🤲✨“Ubat Selamat, K...
16/08/2026

📸LENSA PROGRAM ZIARAH KASIH KENALI UBAT ANDA.

Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua🤲✨
“Ubat Selamat, Komuniti Sihat”🩺❤️

12/08/2026

Program Ziarah Kasih Kenali Ubat Anda di Pondok Hidayah 2. 💊❤️

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. 🤲✨

“Ubat Selamat, Komuniti Sihat” 🩺❤️

📢 PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DI PONDOK HIDAYAH II & RUMAH SEJAHTERA MACHANG ❤️🏥Assalamualaikum W.B.T.Sukacita dimaklu...
08/07/2026

📢 PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DI PONDOK HIDAYAH II & RUMAH SEJAHTERA MACHANG ❤️🏥

Assalamualaikum W.B.T.

Sukacita dimaklumkan bahawa Klinik Primer Cherang Kuala Krai akan mengadakan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 16 Julai 2026 (Khamis)
🕘 Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Masjid Pondok Hidayah II

✅ Pemeriksaan tekanan darah & gula PERCUMA
✅ Pengambilan darah PERCUMA bagi yang layak
✅ Pemeriksaan kesihatan untuk penerima STR berumur 40 tahun ke atas
✅ Pemeriksaan lutut PERCUMA
✅ Perkongsian ilmu oleh doktor berkaitan kesihatan lutut dan saraf

📌 Jemputan terbuka kepada penduduk setempat dan sekitar, warga Pondok Hidayah II serta mereka yang memenuhi syarat kelayakan.

💚 Tiada bayaran dikenakan. Marilah kita mengambil peluang ini untuk membuat saringan kesihatan awal demi menjaga kesihatan diri dan keluarga.

📲 Mohon sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan agar lebih ramai mendapat manfaat.

Terima kasih. Semoga Allah SWT memberkati usaha ini dan mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua. Aamiin. 🤲




01/07/2026
throw back 2014
04/06/2026

throw back 2014

25/05/2026

📚 PROGRAM CUTI SEKOLAH 2026✨ Isi cuti dengan ilmu & amal ✨Anak-anak berumur 9–12 tahun dijemput menyertai Program Cuti S...
03/01/2026

📚 PROGRAM CUTI SEKOLAH 2026
✨ Isi cuti dengan ilmu & amal ✨

Anak-anak berumur 9–12 tahun dijemput menyertai Program Cuti Sekolah di Pondok Hidayah 2.

🔹 SMART SOLAT – Faham & praktik solat dengan betul
🔹 SMART JAWI – Asas tulisan Jawi dengan mudah
🔹 SMART QURAN – Bimbingan membaca & memahami al-Quran

📅 Tarikh: 5 – 7 Januari 2026
📍 Tempat: Pondok Hidayah 2 (Perempuan) / Madrasah Tahfiz Al-Ghazali (Lelaki)
💰 Yuran Pendaftaran: RM10 sahaja

📞 Hubungi: Ust. Abrar – 014-824 3573

👉 Tempat terhad. Daftar awal untuk memastikan penyertaan anak anda!








🌿✨ **PROGRAM KONSERVASI TANAMAN & LANSKAPE PONDOK HIDAYAH 2** ✨🌿Mari bersama kami menyemarakkan semangat *gotong-royong*...
06/11/2025

🌿✨ **PROGRAM KONSERVASI TANAMAN & LANSKAPE PONDOK HIDAYAH 2** ✨🌿
Mari bersama kami menyemarakkan semangat *gotong-royong* dan *wakaf tanaman* (Fasa 1) demi kelestarian alam dan kemajuan institusi ilmu!

🌱 Melalui program ini, kita bersama-sama:
✅ Memulihara tanah terbiar agar kembali subur dan bermanfaat.
✅ Menghidupkan ekonomi Pondok Hidayah 2 dengan tanaman produktif seperti pokok kelapa, herba dan tanaman hiasan.
✅ Mengindahkan persekitaran pondok agar bersih, hijau dan harmoni.

🤝 Jom sertai kami dalam aktiviti gotong-royong, wakaf pokok kelapa dan penjagaan lanskap Pondok Hidayah 2.
Setiap sumbangan dan tenaga anda adalah **pelaburan akhirat** dan **sokongan ekonomi umat.**

🌾 “Daripada bumi yang subur, lahir masyarakat yang makmur dan berilmu.”

☎️Hubungi:
014-824 3573 - Ust.Abrar
Penyelia - Badan Ekonomi & Pembangunan Pondok Hidayah 2

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”Dengan penuh ras...
24/10/2025

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali.”

Dengan penuh rasa dukacita, pihak Pondok Hidayah 2 ingin memaklumkan bahawa salah seorang warga kami yang dikasihi, *Allahyarham Safian Bin Yusof*, telah kembali ke rahmatullah pada:

Tarikh: 2 Jumadil Awal 1447H | 24 October 2025
Hari: Jumaat
Jam: 7:00 pm

Waktu Solat Jenazah:
Tarikh : 25 Oktober 2025
Masa : 11:00 Pagi
Tempat : Masjid Pondok Hidayah 2
https://maps.app.goo.gl/Cwkq86cTdvYonGbo7?g_st=ipc

Kami seluruh warga Pondok Hidayah 2 merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Al-Fatihah.

Address

Pondok Hidyah 2, Batu 30
Batu
18500

Telephone

+60199927084

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pondok Hidayah 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category