24/01/2017
Camnaaa....
Ada beranii..
PROGRAM TAHUNAN PERTANDINGAN FUTSAL INTERBATCH VOL.6 2017
Futsal interbatch alumni SMkAB kembali lagi tahun ini.. Program yang dikendalikan oleh Kelab Sukan Alumni SMKAB bakal menghimpunkan semua generasi lepasan graduan ex SMKAB dari tahun 1998 hingga 2016 akan merebut piala pusingan bagi kategori senior dan junior serta piala epik Clash Of Champion di mana All Star Senior vs All Start Junior.
Tujuan pogram ini dilangsungkan untuk memberi peluang kepada bekas pelajar berjumpa dan bertemu rakan rakan sekolah dahulu yang jarang berjumpa selepas tamat alam persekolahan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara rakan.. Dan juga dapat menghimpunkan senior dan junior SMKAB serta mewujudkan juga ukhwah dan "brotherhood" di kalangan bekas pelajar. Dari pogram ini juga data setiap peserta dan bekas pelajar akan diambil untuk rekod dan rujukan kepada sekolah dan juga persatuan alumni yang bakal ditubuhkan kelak..
Ok jadi la formal formal..habuan kata mukadimah..ni yang sebenaqnya nak boh kat sini...
*pernah kena buli dengan senior soh amik makan bawak naik dorm?
*marka kena kebas dengan abang senior?
*berasa batch hampa paling power makaih main futaal?
Dan macam macam lagi alasan untuk tak puas hati dengan batch lain...
Jomm..kami dah sedia platform baik punya untuk beetarung.. futsal interbatch alumni SMKAB kembali lagii..
Dengan penyertaan semakin ramai...penampilan semula batch batch yang jarang ditemui seperti batch 1999 dan juga penampilan team cikgu dan staff SMkAB yang spoting..dengan hadiah yang semakin menarik dan pelbagai pertandingan lain seperti pemenang kategori senior dan junior, pertandingan clash of chanpion, pertandingan jersi paling hipster, fans paling spoting, penjaring terbanyak setiap kategori dan lain lain pastu menjanjikan saingan yang sengit dan jarang jarang dipertontonkan oleh pemain pemain terutama yang main setahun sekali ja..pasti membuatkan muka biru dan mula mata hitam naik ke atass...
Edisi kali ini lebih meriah...dengan sponser sponser dari ex smkab yang telah berjaya pasti memberi keterujaan kepada setiap batch untuk mendapatkan piala dan medal yang ditawarkan..menarik kali ni team kena lanyak dan sayur jugaa pulang dengan hadiah cenderahati habuan tak malu kat anak bini tang tinggal sehari kat kampung sebab ayah p main futsal...lain pada tu kita juga sediakan mini hari usahawan bersama produk Alumni smkab dan juga main ps4 sambil sambil tunggu turn lanyak dan dilanyak..
Jomm..kepada yang mempunyai daya kejantanan yang jitu..ayuh kita rumble kat sana..kat mana?
Dekat Amanjaya Sport Arena...(belakang Amanjaya Mall, dekat plaza tol highway sp utara)
29hn Januari ni..Hari Ahad
Pukul 9 pagi sampai 4 petang..
Maghii...Dulu masa sekolah time prep pon nak main kan...time lena pon main bola dalam bikik studi...joom kembalikan nostalgia tu dengan sehari berfutsal bersama rakan rakan lama di sana nanti....
Play till Golden age...
Okee setel promosi.... up Adib Ed Abidin Adie Sabri Mohd Rusni Idris