Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4 Gerik

  • Home
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4 Gerik

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4 Gerik "Selamat Datang ke SMK Batu 4 Gerik Official Page"
Official Website : https://bit.ly/OfficialWebsiteSMKBatu4

10/04/2026

31.3.2026 | Selasa | Atrium

MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2025

14 Mac 2026 | Jumaat | Atrium SMKbt4MAJLIS KHATAM AL QURAN 2026
10/04/2026

14 Mac 2026 | Jumaat | Atrium SMKbt4

MAJLIS KHATAM AL QURAN 2026

Majlis Iftar SMK Batu 4Atrium SMK Batu 45/3/2026santai dan ceria
07/03/2026

Majlis Iftar SMK Batu 4
Atrium SMK Batu 4
5/3/2026
santai dan ceria

9 - 12 Feb 2026 | Swiss Avenue Hotel, Sungai PetaniKARNIVAL TENAGA LESTARI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026📌 Pertandingan...
14/02/2026

9 - 12 Feb 2026 | Swiss Avenue Hotel, Sungai Petani

KARNIVAL TENAGA LESTARI PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

📌 Pertandingan: Rekacipta Inovasi Tenaga Lestari

📌 Pencapaian: Tempat Ketiga

📌 Peserta:
- Wi Eugene
- Chai Ming Zhou
- Muhammad Rayyan Ee

📌 Mentor: Cikgu Nor Aziehan

📌 Guru Pengiring: Ustaz Tengku Zahid

Tahniah diucapkan kepada Pasukan B4 Innovators atas kejayaan yang membanggakan ini dengan mengharumkan nama sekolah, Daerah Hulu Perak dan juga negeri Perak.

Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada lebih ramai murid untuk merealisasikan kemenjadian murid.

Tahniah diucapkan!

4 - 6 Feb 2026 | Universiti Multimedia, CyberjayaPERTANDINGAN AKHIR INOVASI SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN (PISTEK) P...
14/02/2026

4 - 6 Feb 2026 | Universiti Multimedia, Cyberjaya

PERTANDINGAN AKHIR INOVASI SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN (PISTEK) PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026

📌 Pencapaian: Finalist Top 21

📌 Peserta:
- Wi Eugene
- Chai Ming Zhou
- Muhammad Rayyan Ee

📌 Mentor: Cikgu Nor Aziehan

Tahniah diucapkan kepada Pasukan B4 Innovators atas kejayaan sebagai finalist di pentas PISTEK. Satu pentas pertandingan inovasi yang berprestij untuk kelayakan ke Regeneron ICEF di Arizona, US.

Walaupun tidak berjaya meletakkan tempat Top 6 untuk mewakili Malaysia, namun pengalaman baru ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan di mana SMK Batu 4, sebuah sekolah di Hulu Perak kini mampu seiring bersaing dengan sekolah-sekolah hebat berasrama penuh.

Tahniah diucapkan!

6-8 Feb 2026 | Manjung, PerakYOB HANDBALL LEAGUE 4.0 MANJUNG-------------------------------------Pencapaian:📌 Mustaqim -...
13/02/2026

6-8 Feb 2026 | Manjung, Perak

YOB HANDBALL LEAGUE 4.0 MANJUNG
-------------------------------------

Pencapaian:
📌 Mustaqim - Best Player U18
📌 Luqmanul Hakim - Penjaring Terbanyak
U18
📌 Tempat Ketiga Kejohanan

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Elit Bola Baling SMKBT4 (The Crushers)

28 - 29.01.2026 | Rabu & KhamisPROGRAM NPU-4 INSPIRETECH NURTURING FUTURE INTERPRENUERS BERSAMA PELAJAR - PELAJAR UTP
09/02/2026

28 - 29.01.2026 | Rabu & Khamis

PROGRAM NPU-4 INSPIRETECH NURTURING FUTURE INTERPRENUERS BERSAMA PELAJAR - PELAJAR UTP

🌟 DOAKAN PERJUANGAN & KEJAYAAN KAMI 🌟Warga SMK Batu 4, Gerik dengan penuh rasa bangga mendoakan kejayaan Pasukan B4 Inno...
04/02/2026

🌟 DOAKAN PERJUANGAN & KEJAYAAN KAMI 🌟

Warga SMK Batu 4, Gerik dengan penuh rasa bangga mendoakan kejayaan Pasukan B4 Innovators yang akan mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan inovasi berprestij.

📍 4 – 6 Februari 2026
🏫 MMU, Cyberjaya
➡️ Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan (PISTEK) Peringkat Kebangsaan
➡️ Saringan akhir ke Regeneron ISEF, Arizona, Amerika Syarikat

📍 9 – 12 Februari 2026
🏫 Swiss Avenue, Sungai Petani
➡️ Pertandingan Rekacipta Inovasi Tenaga, Karnival Tenaga Lestari Peringkat Kebangsaan

Semoga segala usaha, pengorbanan dan idea kreatif pasukan ini membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama SMK Batu 4, Gerik, Perak di persada kebangsaan dan antarabangsa.

💪🔥 Teruskan melakar kecemerlangan!

🤲 Mohon doa dan sokongan semua.



24.01.2026 | Sabtu | Kolej Vokasional Gerik🎓 PROGRAM JOM MASUK UNI – PARLIMEN GERIK 🎓-----------------------------------...
01/02/2026

24.01.2026 | Sabtu | Kolej Vokasional Gerik

🎓 PROGRAM JOM MASUK UNI – PARLIMEN GERIK 🎓
---------------------------------------

Alhamdulillah, Program Jom Masuk Uni – Parlimen Gerik telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Vokasional Gerik. Program ini memberi pendedahan dan input bermakna kepada para pelajar dalam merancang hala tuju pendidikan serta kerjaya selepas SPM.

Sepanjang program, para peserta berpeluang mendapatkan maklumat secara langsung berkaitan kemasukan ke institusi pengajian tinggi, konsultasi UPU, kaunseling kerjaya, pameran STEM, robotik, dron serta pelbagai lagi aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya penganjur, agensi terlibat, para penceramah, fasilitator serta semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh dalam menjayakan program ini.

Semoga program seumpama ini terus menjadi platform terbaik dalam membimbing pelajar ke arah masa depan yang lebih cerah dan terancang. 🌟


19. 01.2026 | Isnin | SMK Batu 4, GerikKEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026-----------------------------...
24/01/2026

19. 01.2026 | Isnin | SMK Batu 4, Gerik

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026
----------------------------------------

Sekitar suasana Kejohanan Merentas Desa SMK Batu 4, Gerik yang telah berlangsung dengan jayanya. Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para murid serta sokongan padu guru-guru dan pihak pengurusan sekolah

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan daya juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung 💪🔥

Terima kasih juga diucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kelancaran program ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan murid yang sihat, cergas dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

📷 Sedikit perkongsian gambar sekitar kejohanan untuk tatapan bersama.

Rangkuman penuh gambar: https://t.me/+p8dJRlJyCMliOGVl




20.01.2026 | Selasa | Atrium SMKBT4MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP 2026)-------------------------------...
23/01/2026

20.01.2026 | Selasa | Atrium SMKBT4

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP 2026)
------------------------------------

Alhamdulillah, Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2026 yang dirasmikan oleh YB Dato' Salbiah binti Mohamed (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak) telah dilaksanakan dengan jayanya. Inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa serta memastikan murid-murid dapat memulakan sesi persekolahan dalam keadaan lebih selesa dan bersedia.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan bantuan yang disalurkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi menyokong kelangsungan pembelajaran dan kecemerlangan murid.

Semoga usaha murni ini terus memberi impak positif kepada komuniti sekolah dan dunia pendidikan secara keseluruhannya.

📌 “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

Address

SMK Batu 4

33300 GERIK, PERAK

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4 Gerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 4 Gerik:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share