SMA Al Ulum Al Syar'iyyah - SMAUS

SMA Al Ulum Al Syar'iyyah - SMAUS SATU-SATUNYA SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) YANG TERLETAK DALAM DAERAH BAGAN DATUK, PERAK. JOM MASUK AL-ULUM!

SEKOLAH YANG MENAWARKAN ASRAMA DAN MENAWARKAN KURIKULUM KSSM, KURIKULUM KBD, PEPERIKSAAN SPM & STAM.

๐Ÿ† PERTANDINGAN KARNIVAL STEM NEGERI PERAK ๐Ÿ”ฌ๐Ÿค–๐Ÿš€Tahniah dan syabas kepada semua peserta SMA Al-Ulum Al-Syarโ€™iyyah yang tela...
20/08/2026

๐Ÿ† PERTANDINGAN KARNIVAL STEM NEGERI PERAK ๐Ÿ”ฌ๐Ÿค–๐Ÿš€

Tahniah dan syabas kepada semua peserta SMA Al-Ulum Al-Syarโ€™iyyah yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Karnival STEM Peringkat Negeri Perak! ๐Ÿ‘โœจ

Alhamdulillah sekolah Al-Ulum telah mencapai pencapaian berikut:

1) No 2 acara bridge building
3) No 5 acara gamicode

Pelbagai idea kreatif, inovatif dan menarik telah dipersembahkan. Pertandingan ini bukan sahaja menguji pengetahuan, malah menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif dan berani mencipta sesuatu yang baharu. ๐Ÿ’ก๐ŸŒŸ

Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dalam bidang STEM. Teruskan mencipta, berinovasi dan menginspirasi! ๐Ÿš€

โ€”โ€”-

PERKARA: KARNIVAL PERTANDINGAN STEM PERINGKAT NEGERI PERAK

TARIKH: 18-20/8/2026
HARI: SELASA-KHAMIS
TEMPAT: SEKOLAH MENENGAH SAINS BAGAN DATUK

๐Ÿš€๐Ÿ“š MAJLIS PELUNCURAN 70 HARI MENUJU STAM 2026 ๐Ÿ“š๐Ÿš€Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran 70 Hari Menuju Peperi...
17/08/2026

๐Ÿš€๐Ÿ“š MAJLIS PELUNCURAN 70 HARI MENUJU STAM 2026 ๐Ÿ“š๐Ÿš€

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran 70 Hari Menuju Peperiksaan STAM 2026 sebagai tanda bermulanya fasa penting dalam persediaan akhir para calon menuju peperiksaan sebenar.

Tempoh 70 hari ini bukan sekadar satu kiraan, tetapi merupakan ruang dan peluang untuk memperkukuh ilmu, memperkemas teknik menjawab serta meningkatkan keyakinan diri.

Semoga setiap calon STAM terus istiqamah, berdisiplin dan bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan. Manfaatkan setiap hari yang berbaki dengan sebaik-baiknya.

70 HARI, SATU TEKAD, SATU MATLAMAT โ€” KECEMERLANGAN STAM 2026! ๐ŸŒŸSemoga segala usaha dipermudahkan dan akhirnya membuahkan kejayaan yang cemerlang serta membanggakan. ๐Ÿคฒโœจ





โ€”โ€”-

TARIKH: 14/8/2026
HARI: Jumaat
MASA: 10.30 pg
TEMPAT: Kompleks Mumtaz Sofi, SMA Al-Ulum Al-syar'iyyah

PERASMI: En. Alimshah Bin Zulkafri (Pengetua)

TURUT HADIR:
- Pn. Putri Fadzliah bt Md Isa (Pen. PPD Bahagian Pend. Islam)
- Hj Mansor bin Yusof (PK HEM)
- En. Nadzrul Fitri bin Ahmad Satibi (PK KOKO)
- Guru & Pelajar T6 DINI

๐ŸŽ“โœจ TAHNIAH & SELAMAT MELANJUTKAN PENGAJIAN โœจ๐ŸŽ“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar STAM 2025 ...
17/08/2026

๐ŸŽ“โœจ TAHNIAH & SELAMAT MELANJUTKAN PENGAJIAN โœจ๐ŸŽ“

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar STAM 2025 yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha, kesungguhan, doa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan menuntut ilmu. Semoga langkah ke alam pengajian baharu ini membuka lebih banyak ruang untuk menimba ilmu, membina pengalaman dan mengembangkan potensi diri.

Teruslah melangkah dengan penuh keyakinan, kekalkan semangat untuk belajar dan sentiasa menjaga nama baik diri, keluarga serta sekolah.

๐ŸŒŸ โ€œTeruskan melangkah, kejarlah impian dan cipta kejayaan yang lebih gemilang.โ€Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan di dunia serta akhirat. ๐Ÿคฒ๐Ÿ“š

Selamat maju jaya dan selamat melanjutkan pengajian!

.

PROGRAM : JEMPUTAN PERSEMBAHAN NASYID DI NATIONAL MOSQUE OPEN DAY.Lagu: Berdirinya Bilal & Bahtera KitaTARIKH : 15/8/202...
17/08/2026

PROGRAM : JEMPUTAN PERSEMBAHAN NASYID DI NATIONAL MOSQUE OPEN DAY.

Lagu: Berdirinya Bilal & Bahtera Kita

TARIKH : 15/8/2026
HARI : SABTU
TEMPAT : DATARAN BAGAN DATUK

๐Ÿ—ณ๏ธโœจ PILIHAN RAYA ASRAMA 2026 โœจ๐Ÿ—ณ๏ธAlhamdulillah, telah berlangsung Pilihan Raya Asrama sebagai satu platform untuk memberi...
17/08/2026

๐Ÿ—ณ๏ธโœจ PILIHAN RAYA ASRAMA 2026 โœจ๐Ÿ—ณ๏ธ

Alhamdulillah, telah berlangsung Pilihan Raya Asrama sebagai satu platform untuk memberi peluang kepada para pelajar memilih barisan kepimpinan yang bakal membawa suara, aspirasi dan kebajikan warga asrama.

Program ini bukan sekadar proses memilih pemimpin, malah menjadi medan pembelajaran yang bermakna dalam memupuk nilai demokrasi, tanggungjawab, integriti, keyakinan diri dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

Tahniah kepada semua calon yang berani tampil menawarkan diri serta kepada seluruh warga asrama yang telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi dengan penuh tertib dan matang.

Semoga barisan kepimpinan yang terpilih dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, menjadi contoh terbaik serta bersama-sama mewujudkan suasana asrama yang harmoni, berdisiplin dan cemerlang.โ€œPilih dengan bijak, pimpin dengan amanah.โ€ ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“š KEM PEPERIKSAAN STAM 2026 ๐Ÿ“šAlhamdulillah, Kem Peperiksaan STAM telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memba...
17/08/2026

๐Ÿ“š KEM PEPERIKSAAN STAM 2026 ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, Kem Peperiksaan STAM telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk membantu para pelajar membuat persediaan yang lebih mantap dalam menghadapi peperiksaan STAM 2026.

Semoga segala ilmu, teknik menjawab dan bimbingan yang diperoleh sepanjang kem ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Teruskan berusaha, istiqamah dalam mengulang kaji dan sentiasa berdoa agar setiap usaha dipermudahkan.

Usaha yang bersungguh-sungguh hari ini, insya-Allah menjadi jalan menuju kejayaan pada hari esok.Semoga semua calon STAM dikurniakan ketenangan, kefahaman yang baik dan kejayaan yang cemerlang. ๐Ÿคฒโœจ



โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”โ€”-

TARIKH: 7-9/8/2026
HARI: JUMAAT - AHAD
TEMPAT: PENCHALANG RESORT, MANJUNG

Alhamdulillah Charisma Naib Johan Fiesta Rakan Muda X Kibar Peringkat Negeri Perak ๐Ÿคฒ๐Ÿปโ€”โ€”-PROGRAM : NASYID FIESTA RAKAN MU...
10/08/2026

Alhamdulillah Charisma Naib Johan Fiesta Rakan Muda X Kibar Peringkat Negeri Perak ๐Ÿคฒ๐Ÿป

โ€”โ€”-

PROGRAM : NASYID FIESTA RAKAN MUDA X KIBAR PERINGKAT NEGERI PERAK

TARIKH : 8/8/2026
HARI : SABTU
TEMPAT : ARENA SQUARE, KUALA KANGSAR

๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ & ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›Tahniah kepada seluruh kontinjen Tingkatan 6 atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan dalam Karniv...
07/08/2026

๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ & ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—›

Tahniah kepada seluruh kontinjen Tingkatan 6 atas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan dalam Karnival Sukan Tingkatan 6 Daerah Bagan Datuk.
Keputusan adalah seperti berikut:

1) Futsal L (Johan)
2) Bola Tampar P (Ketiga)
3) Pentanque L&P (Ketiga)
4) Catur L (Johan)
5) Catur P (Naib Johan)
6) Sahibba (Ketiga)
7) E-Sport (Ketiga)

Anda telah membuktikan bahawa semangat juang, kerjasama dan kegigihan mampu membawa kepada kejayaan.

Kemenangan menjadi kebanggaan, semangat kesukanan menjadi kenangan.

Teruskan kecemerlangan dan jadilah inspirasi kepada semua!

--------

HARI: RABU-KHAMIS
TARIKH: 29/7/2026 - 30/7/2026
TEMPAT: KOMPLEKS MUMTAZ SOFI & KOMPLEKS SUKAN BAGAN DATUK

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐——๐—”๐——๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜ ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—š๐—œ๐— ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸณTARIKH: 17/...
03/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐— ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—จ ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐——๐—”๐——๐—”๐—› & ๐—ฆ๐—”๐—™๐—˜ ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—š๐—œ๐— ๐—œ๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—–๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ก ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

TARIKH: 17/7/2026 (JUMAAT)
TEMPAT: DEWAN AL-ULUM

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐— :๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐— ๐—” ๐—”๐—Ÿ-๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—”๐—Ÿ-๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅโ€™๐—œ๐—ฌ๐—ฌ๐—”๐—›Dengan penuh semangat patriotik, berlangs...
03/08/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐— :๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ฆ๐— ๐—” ๐—”๐—Ÿ-๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—”๐—Ÿ-๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅโ€™๐—œ๐—ฌ๐—ฌ๐—”๐—›

Dengan penuh semangat patriotik, berlangsungnya Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan sebagai tanda menyemarakkan rasa cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Program ini bukan sekadar meraikan detik bersejarah kemerdekaan negara, malah menjadi wadah untuk menyemai semangat patriotisme, perpaduan, rasa syukur serta penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pejuang terdahulu, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Semoga sambutan ini dapat membangkitkan semangat untuk terus memelihara keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara serta melahirkan generasi yang sentiasa menghargai erti sebuah kemerdekaan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semarakkan Bulan Kemerdekaan

----------

TARIKH: 31/7/2026
HARI: JUMAAT
TEMPAT: DEWAN AL-ULUM

Address

BATU 20
Batu
36200

Telephone

+6056489358

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMA Al Ulum Al Syar'iyyah - SMAUS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share