Tadika Tahfiz Ad Darunnafis

Tadika Tahfiz Ad Darunnafis Tadika Tahfiz Ad Darunnafis

📌 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA TADIKA TAHFIZ AD DARUNNAFISAssalamualaikum wbt.Ibu bapa/penjaga yang dihormati,Dimaklumka...
06/10/2026

📌 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA TADIKA TAHFIZ AD DARUNNAFIS

Assalamualaikum wbt.

Ibu bapa/penjaga yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Tadika Tahfiz Ad Darunnafis ditutup sementara mulai 7 Oktober 2026 (Rabu) berikutan keadaan jerebu dan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Batu Pahat ke tahap tidak sihat.

Penutupan ini bertujuan menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak. Tarikh pembukaan semula tadika akan dimaklumkan kemudian.

📚 Pembelajaran akan diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Maklumat pelaksanaan dan aktiviti pembelajaran akan dimaklumkan dalam masa terdekat melalui kumpulan WhatsApp kelas.

Mohon kerjasama ibu bapa untuk membimbing anak-anak mengikuti aktiviti yang diberikan. Ibu bapa yang menghadapi sebarang masalah atau kekangan berkaitan PdPR diminta berhubung dengan guru kelas masing-masing untuk bantuan dan penyelarasan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama ibu bapa.

Guru besar
Tadika Tahfiz Ad Darunnafis

📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣JAWATAN KOSONG TADIKA TAHFIZ AD DARUNNAFIS Kemasukan November 2026‼️🌀 Guru Tadika🌀Kriteria adalah seperti beri...
07/09/2026

📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣
JAWATAN KOSONG TADIKA TAHFIZ AD DARUNNAFIS
Kemasukan November 2026‼️

🌀 Guru Tadika

🌀Kriteria adalah seperti berikut :-

✅ Perempuan
✅ 22 tahun dan ke atas
✅Menjaga solat 5 waktu
✅ Berakhlak baik
✅Patuh pada arahan ketua
✅ Sayang kepada kanak-kanak
✅Mempunyai pengalaman (diutamakan)
✅Mempunyai perwatakan menarik

📍Lokasi
Tadika Tahfiz Ad Darunnafis
No 11,Jalan Budaya 4, Taman Budaya,83000,Batu Pahat,Johor

📜Sekiranya berminat sila hantar resume kepada👇👇👇

Cikgu Mira
Wasap.my/60187934693/kerja_kosong_tadika_tahfiz_addarunnafis

Mohon Sebarkan. Terima kasih.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِAlhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, selesai sudah Program Gotong-Royon...
06/09/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT, selesai sudah Program Gotong-Royong Bangunan Baharu Tadika Tahfiz Ad Darunnafis yang telah berlangsung selama 5 hari, bermula 1 hingga 5 September 2026.

Pihak Tadika Tahfiz Ad Darunnafis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Pengarah dan Pengerusi Ad Darunnafis, Guru-guru Tadika Tahfiz Ad Darunnafis,Guru-guru Madrasah Tarbiyyah Ad Darunnafis serta Ibu dan ayah yang dikasihi atas segala masa, tenaga, buah fikiran, kerjasama dan pengorbanan yang telah dicurahkan dalam menjayakan proses membersihkan, mengecat, membaik pulih, mengemas serta memindahkan barang-barang ke bangunan baharu Tadika Tahfiz Ad Darunnafis.

Sesungguhnya, setiap keringat yang dicurahkan, setiap tenaga yang disumbangkan dan setiap bantuan yang dihulurkan amat besar ertinya buat kami. ❤️

Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan dengan adanya semangat kebersamaan, kerjasama dan ukhuwah daripada seluruh warga Ad Darunnafis serta ibu ayah.

Bangunan baharu ini bukan sekadar sebuah tempat untuk anak-anak belajar, tetapi menjadi ruang untuk mereka membesar, mengaji, menghafaz al-Quran, belajar dan membina kenangan indah dalam suasana yang lebih selesa dan kondusif.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

🤲 Jazakumullahu khairan kathira kepada semua yang terlibat.

Terima kasih kerana bersama-sama menjadikan impian dan persiapan bangunan baharu ini satu kenyataan.

🩷🌱 “Mengembalikan Kegemilangan Tunas-tunas Islam” 🌱💚

Tahniah anak-anak!Para pemenang Pertandingan sempena Sambutan hari Kebangsaan Malaysia peringkat Tadika Tahfiz Ad Darunn...
02/09/2026

Tahniah anak-anak!
Para pemenang Pertandingan sempena Sambutan hari Kebangsaan Malaysia peringkat Tadika Tahfiz Ad Darunnafis 🌸

Tahniah juga kepada guru-guru dan ibu ayah yang menjadi tulang belakang serta penggerak program ini.

TADIKA TAHFIZ AD DARUNNAFIS
🩷🌱 MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN TUNAS-TUNAS ISLAM 🌱💚

🇲🇾✨ SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026 ✨🇲🇾Tadika Tahfiz Ad Darunnafis ❤️💙💛🤍Alhamdulillah, pada Jumaat, 28 Ogos 2026,...
02/09/2026

🇲🇾✨ SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026 ✨🇲🇾
Tadika Tahfiz Ad Darunnafis ❤️💙💛🤍

Alhamdulillah, pada Jumaat, 28 Ogos 2026, Tadika Tahfiz Ad Darunnafis telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia dengan penuh meriah dan warna-warni! 🇲🇾🎉

Tahun ini, anak-anak tampil comel dan segak dengan pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Ada yang mengenakan pakaian tradisional Melayu, Cina, India dan Kadazan, melambangkan keunikan serta kepelbagaian budaya yang menjadi warna-warni negara kita. 👧🏻👦🏻🌺

Bukan sekadar berpakaian tradisional, anak-anak juga berpeluang mengenali dan menghargai kepelbagaian budaya serta adat resam masyarakat Malaysia sejak dari usia kecil. 🥰🇲🇾

Lebih istimewa, ibu bapa turut bersama-sama menyumbangkan pelbagai juadah dan makanan tradisional Malaysia untuk dinikmati bersama. 😋❤️

Pelbagai hidangan memenuhi meja, daripada makanan Melayu, Cina, India dan pelbagai lagi. Inilah indahnya Malaysia… berbeza budaya, tetapi tetap bersama dalam satu keluarga besar! 🇲🇾🤝🏻

Semoga melalui sambutan seperti ini, anak-anak dapat belajar bahawa kepelbagaian bukanlah penghalang untuk kita bersatu, sebaliknya menjadi kekuatan yang mencorakkan Malaysia. ❤️

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini. Sokongan dan kerjasama yang diberikan amat kami hargai. 🌷

🇲🇾 Malaysia Tanah Airku!
🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan Malaysia!

Tadika Tahfiz Ad Darunnafis
🌱🩷“Mengembalikan Kegemilangan Tunas-tunas Islam” 🌱💚




🌙⭐ Program Sambutan Maulidur Rasul Dan Maal Hijrah🌴🐫Alhamdullillah, telah berlangsung Program Sambutan Maulidur Rasul Da...
29/08/2026

🌙⭐ Program Sambutan Maulidur Rasul Dan Maal Hijrah🌴🐫

Alhamdullillah, telah berlangsung Program Sambutan Maulidur Rasul Dan Maal Hijrah di Tadika Tahfiz Ad Darunnafis pada Isnin, 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448h

Sambutan ini diadakan bagi menyemai rasa cinta dan kasih sayang anak-anak kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,disamping mengenalkan mereka kepada akhlak mulia dan Sunnah Baginda.

Sebelum program ini berlangsung,para guru telahpun bercerita tentang surah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, anak-anak juga telah didedahkan dengan kebaikan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Melalui program ini, pelbagai aktiviti seperti kuiz dan pertandingan mewarna telah diadakan bagi menaikkan semangat anak-anak di Tadika Tahfiz Ad Darunnafis.

🌱 Mengembalikan Kegemilangan Tunas - Tunas Islam 🌱

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1448H ✨🌙Assalamualaikum w.b.t.Dengan penuh kesyukuran, pihak Tadika Tahfiz Ad-Darunnafis ingin me...
23/08/2026

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1448H ✨🌙

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan penuh kesyukuran, pihak Tadika Tahfiz Ad-Darunnafis ingin memaklumkan bahawa Sambutan Maulidurrasul 1448H akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Hari: Isnin
🗓️ Tarikh: 24 Ogos 2026 | 11 Rabiulawal 1448H
⏰ Masa: 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
🏫 Tempat: Tadika Tahfiz Ad-Darunnafis
👕 Pakaian: Uniform Tadika

🌻 *Murid hadir dan pulang seperti biasa*

Sambutan ini diadakan bagi menyemai rasa cinta dan kasih sayang anak-anak kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, di samping mengenalkan mereka kepada akhlak mulia dan sunnah Baginda. 💚🌸

🌹 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Allahumma solli ‘ala saiyidina Muhammad ﷺ

Semoga sambutan ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam hati anak-anak sejak kecil. 🤍

🌿 “Mengembalikan Kegemilangan Tunas-tunas Islam” 🌿

🌸 PENDAFTARAN MURID BAHARU SESI 2027 DIBUKA SEKARANG! 🌸✨ Mencari tadika yang menggabungkan pendidikan akademik dan asas ...
31/07/2026

🌸 PENDAFTARAN MURID BAHARU SESI 2027 DIBUKA SEKARANG! 🌸

✨ Mencari tadika yang menggabungkan pendidikan akademik dan asas agama dalam suasana yang ceria, selamat serta penuh kasih sayang?

📖 Tadika Tahfiz Ad-Darunnafis kini membuka pendaftaran murid baharu bagi sesi 2027 untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun.

Di sini, anak-anak bukan sahaja belajar membaca, menulis dan mengira, malah turut dibimbing dengan:
🌸 Hafazan al-Quran & mengaji
🌸 Solat Dhuha serta amalan harian
🌸 Aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan
🌸 Aktiviti seni & sukan
🌸 Persekitaran kelas yang selesa dengan pendingin hawa
🌸 Guru yang penyayang dan berpengalaman

💚 Pilihan pakej mengikut keperluan ibu bapa:
📍 Pakej 1: 7.20 pagi – 1.00 petang (RM160)
📍 Pakej 2: 7.20 pagi – 5.00 petang (RM330)

❤️ Kenapa pilih Tadika Tahfiz Ad-Darunnafis?
✅ Pendidikan berteraskan al-Quran dan Sunnah.
✅ Pembelajaran seimbang antara akademik, sahsiah dan ibadah.
✅ Membentuk anak yang yakin, beradab dan bersedia melangkah ke alam sekolah rendah.

📢 Tempat adalah TERHAD!
Jangan tunggu sehingga penuh. Daftarkan anak anda sekarang dan berikan mereka permulaan pendidikan yang terbaik.

📞 Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran:
013-744 6094 (Pn. Yati)
018-793 4693 (Cikgu Mira)

🌷 Tadika Tahfiz Ad-Darunnafis
"Mengembalikan Kegemilangan Tunas-tunas Islam."

19/07/2026

Program susu bersama Farm Fresh telah berlangsung pada 29 Jun 2026.
Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Terima Kasih kepada pihak CSYBPFARMFRESH atas kerjasama yang sangat baik ☺️

Alhamdulillah,syukur atas kesempatan yang diberi. Hari Bicara Akademik Tadika Tahfiz Ad Darunnafis,telah berlangsung den...
18/07/2026

Alhamdulillah,syukur atas kesempatan yang diberi. Hari Bicara Akademik Tadika Tahfiz Ad Darunnafis,telah berlangsung dengan cemerlang semalam (Jumaat,17 Julai 2026)
Tahniah diatas pencapaian anak-anak dalam UPSA 2026 yang sangat memberangsangkan. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan dimasa akan datang.
Terima kasih kepada ibu ayah yang meluangkan masa untuk bertemu dan berbincang perihal anak-anak. Terima kasih juga kerana sentiasa memberikan sokongan yang terbaik kepada kami dalam apa jua keadaan.
Mohon maaf andai ada tutur kata yang mengguris hati ibu ayah dan kekurangan sepanjang program berlangsung.

Semoga dengan pertemuan ini dapat kita sama-sama memberikan yang terbaik kepada anak-anak.
Terima kasih ☺️

Address

11, Jalan Budaya 4
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Telephone

+60137446094

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Tahfiz Ad Darunnafis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Tahfiz Ad Darunnafis:

Shortcuts

Share