SMK DATIN ONN JAFFAR

SMK DATIN ONN JAFFAR Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK DATIN ONN JAFFAR, School, JKR 1683, Jalan Pesta, Kg Kenangan Dato Onn, Batu Pahat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaffar (SMKDOJ) atau lebih dikenali sebagai DOJ atau Sekolah PESTA oleh sebahagian besar penduduk setempat, ialah sebuah sekolah menengah di bandar Batu Pahat, Johor.

PELUANG TAWARAN TENDER KANTIN SEKOLAH ๐Ÿ“ขSMK Datin Onn Jaffar kini membuka peluang kepada pengusaha yang berminat untuk me...
28/08/2026

PELUANG TAWARAN TENDER KANTIN SEKOLAH ๐Ÿ“ข

SMK Datin Onn Jaffar kini membuka peluang kepada pengusaha yang berminat untuk mengendalikan Kantin Sekolah. ๐Ÿซโœจ

Jom bersama kami dalam menyediakan hidangan yang bersih, berkualiti, berkhasiat dan terbaik untuk warga sekolah. ๐Ÿ’™

๐Ÿ“Œ Berminat? Sila rujuk maklumat tender yang disediakan.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๏ทบ ๐ŸคSekitar momen sepanjang Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor 1448H/202...
25/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๏ทบ ๐Ÿค

Sekitar momen sepanjang Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor 1448H/2026M.

Langkah seiring, selawat bergema, hati disatukan dalam rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ.

Semoga setiap langkah, setiap selawat dan setiap kebersamaan pada hari ini menjadi kenangan yang indah serta menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ.

โ€œMaju Johor Dihayati, Ummah Diberkatiโ€

25/08/2026

Salam Maulidur Rasul ๏ทบ ๐ŸŒ™โœจ

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, insan agung yang menjadi rahmat dan teladan buat seluruh umat.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT serta memperoleh syafaat Baginda ๏ทบ. ๐Ÿค

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI JOHOR

PENCAPAIAN
1. JOHAN PERARAKAN
2. JOHAN SEPANDUK

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua guru, warga sekolah serta para pelajar yang terlibat atas usaha, kerjasama dan komitmen yang diberikan.

Tahniah SMKDOJ!

Tahniah!!! SMK Datin Onn merangkul Naib Johan Pertandingan Maggi peringkat Negeri kategori Men Rendah.Guru Pembimbing da...
23/07/2026

Tahniah!!!
SMK Datin Onn merangkul
Naib Johan Pertandingan Maggi peringkat Negeri kategori Men Rendah.

Guru Pembimbing dan pengiring: Cikgu Siti Halimah
Peserta : Intan (3 Permata) dan Althafunnisa Insyiroh (3 Amanah)

BENGKEL PANDU PUTERI REMAJA DAN PANDU PUTERI RANJERTEMPAT: PKG, PENGGARAMMASA: 8.00 PG - 4.30 PTGPELAJAR TERLIBAT:1. Alt...
24/06/2026

BENGKEL PANDU PUTERI REMAJA DAN PANDU PUTERI RANJER

TEMPAT: PKG, PENGGARAM
MASA: 8.00 PG - 4.30 PTG

PELAJAR TERLIBAT:

1. Althafunnisa Insyiroh Binti Mohamad Suffian
3 Amanah

2. Nur Amni Arieani bt mohd Rozilan
3 Efektif

3. Yong Ann Qi
4 Bestari

4. Ho Xin Yan
4 Fantastik

GURU PENGIRING:
1. CIKGU SITI FATIHA BINTI ISMADI

๐Ÿ“š BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) SIRI 1 ๐Ÿ“š๐Ÿ—“๏ธ 20 Jun 2026 (Sabtu)โฐ 8.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari๐Ÿ“ Pusat Sumb...
23/06/2026

๐Ÿ“š BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) SIRI 1 ๐Ÿ“š

๐Ÿ—“๏ธ 20 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐Ÿ“ Pusat Sumber SMK Datin Onn Jaafar

Pusat Sumber Sekolah bersama Kelab Kepimpinan PSS telah berjaya menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) Siri 1 yang melibatkan para Pengawas PSS sebagai persediaan memperkukuh kemahiran pengurusan dan pengendalian pusat sumber sekolah.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aspek pengurusan PSS seperti pemprosesan buku baharu, pelabelan dan perekodan bahan, penyusunan koleksi, pengurusan bahan bukan buku serta latihan amali pengawas PSS. Aktiviti yang dijalankan secara hands-on ini memberi peluang kepada murid untuk memahami tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai pengawas pusat sumber.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru serta Pengawas PSS yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang cemerlang sepanjang bengkel berlangsung. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha menjadikan Pusat Sumber SMKDOJ sebagai pusat ilmu yang lebih sistematik, kondusif dan berdaya saing.

โœจ โ€œPSS Cemerlang, Ilmu Terbilang, Insan Gemilangโ€ โœจ






Latihan Olahraga Team MSSD SMKDOJ7.30 pagi - 10.00 pagiGuru bertugas : Cg Fauziah, Cg Alif, Cg Syafiqah, Cg Izzani
23/06/2026

Latihan Olahraga Team MSSD SMKDOJ
7.30 pagi - 10.00 pagi

Guru bertugas : Cg Fauziah, Cg Alif, Cg Syafiqah, Cg Izzani

โšฝ Kejohanan Bola Sepak MSSD Batu Pahat B15 โšฝSMKDOJ ๐Ÿ†š SMK Seri Gading (SEGA)Keputusan: 0 โ€“ 6Walaupun langkah SMKDOJ terhe...
17/06/2026

โšฝ Kejohanan Bola Sepak MSSD Batu Pahat B15 โšฝ

SMKDOJ ๐Ÿ†š SMK Seri Gading (SEGA)
Keputusan: 0 โ€“ 6

Walaupun langkah SMKDOJ terhenti pada perlawanan ini, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain atas semangat juang, komitmen dan usaha yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Kekalahan bukanlah penamat, tetapi satu pengalaman berharga untuk terus belajar, memperbaiki kelemahan dan bangkit dengan lebih kuat pada masa hadapan.

Terima kasih atas perjuangan yang diberikan. Kalah atau menang, anda tetap kebanggaan SMKDOJ. ๐Ÿ’œโšฝ๐Ÿ’ช


Pertandingan Scrabble 2026Pasukan DOJ mendapat Johan.Terima kasih bantuan daripada semua guru yang terlibat.
16/06/2026

Pertandingan Scrabble 2026
Pasukan DOJ mendapat Johan.
Terima kasih bantuan daripada semua guru yang terlibat.

Ucapan tahniah kepada semua pemain bola sepak MSSD B15Perlawanan antaraSMKDOJ vs SMKDOKeputusan: 2-1Syabas atas perjuang...
16/06/2026

Ucapan tahniah kepada semua pemain bola sepak MSSD B15
Perlawanan antara
SMKDOJ vs SMKDO
Keputusan: 2-1

Syabas atas perjuangan yang penuh semangat sehingga berjaya melangkah ke pusingan seterusnya yang akan menentang pasukan SMK Seri Gading (SEGA)


Address

JKR 1683, Jalan Pesta, Kg Kenangan Dato Onn
Batu Pahat
83000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK DATIN ONN JAFFAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK DATIN ONN JAFFAR:

Shortcuts

Share