Prasekolah SK Seri Jasa Sepakat

Prasekolah SK Seri Jasa Sepakat Prasekolah Mutiara Hati, SK Seri Jasa Sepakat, Batu Pahat, Johor

  2024๐Ÿ”ฐPROGRAM : KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKSJS KALI KE -17 ๐Ÿ”ฐTARIKH : 15 DISEMBER  2024๐Ÿ”ฐHARI : AHAD ๐Ÿ”ฐMASA : 8.00 PAGI"  :...
20/08/2026

2024
๐Ÿ”ฐPROGRAM : KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKSJS KALI KE -17
๐Ÿ”ฐTARIKH : 15 DISEMBER 2024
๐Ÿ”ฐHARI : AHAD
๐Ÿ”ฐMASA : 8.00 PAGI
" : PRIDE IN EXCELLENCE


See less

2024 tema super hero..masa ni pun sorang2 gak cikgu handle anak2 bijak pandai..ppm mystep masa ni dah habis kontrak and dia pun jauh x dpt datang sama bantu..huhuhu.. masa ni buat hero Wolverine..sepanduk lupa letak mana..claw pun lupa gak letak mana..sbb nk siap kan rumah biru dgn rumah pra (kuning)..huhuhuuhu...2026 tak pasti lagi ada tak ppm masuk...๐Ÿฅฒ๐Ÿ˜…..apa pun inshaAllah cikgu buat yang terbaik utk anak2 bijak pandai cikgu๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜˜

  2025Kejohanan Sukan SK Seri Jasa Sepakat Kali ke 18 Tahun 2025๐Ÿฅ‡Tarikh : 20 November 2025๐Ÿฅ‡Hari : Khamis ๐Ÿฅ‡Masa : 8.00 pa...
20/08/2026

2025
Kejohanan Sukan SK Seri Jasa Sepakat Kali ke 18 Tahun 2025
๐Ÿฅ‡Tarikh : 20 November 2025
๐Ÿฅ‡Hari : Khamis
๐Ÿฅ‡Masa : 8.00 pagi
๐Ÿฅ‡Tempat : Padang SK Seri Jasa Sepakat
๐ŸŽˆDirasmikan oleh Tuan Hj Hazni Md Harith, Ketua Kampung Batu Puteh.
TEMA : BUAH-BUAHAN๐Ÿซ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ

tahun 2025 tema buah-buahan dan jadi nanas dah anak2 bijak pandai cikgu..tahun 2026 tema apa ya?๐Ÿค”..masa ni pun ppm mystep, cik ina habis kontrak..tp Alhamdulillah dia free hari kejadian..dapat bantu siapkan anak2 ni pagi tu..huhuhuu..tapi patutnya masa ni pakai speck hitam...cikgu lupa letak mana..nasib lah topeng Wolverine 2024 ni jadi back up..huhuhu

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM SESI KEMASUKAN 2027Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa keputusan...
05/08/2026

๐Ÿ“ข MAKLUMAN PERMOHONAN PRASEKOLAH KPM SESI KEMASUKAN 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dimaklumkan bahawa keputusan permohonan Prasekolah KPM bagi sesi kemasukan 2027 boleh disemak melalui portal e-Prasekolah.

๐Ÿ“Œ Bagi permohonan yang BERJAYA: โœ… Sila cetak surat keputusan dan bawa bersama semasa Taklimat Prasekolah mengikut tarikh, masa dan tempat yang dinyatakan dalam surat tawaran.

๐Ÿ“Œ Bagi permohonan yang TIDAK BERJAYA: โœ… Sila kemukakan rayuan secara dalam talian (ONLINE) melalui portal e-Prasekolah mengikut tarikh yang dipaparkan dalam sistem.
Kerjasama dan perhatian daripada semua ibu bapa/penjaga amatlah dihargai.

Terima kasih.

Ibu Bapa cakna, kesejahteraan anak-anak bijak pandai cikgu pun terjaga.. โ˜บ๏ธ
23/07/2026

Ibu Bapa cakna, kesejahteraan anak-anak bijak pandai cikgu pun terjaga.. โ˜บ๏ธ

๐ŸŽ’ CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT๐ŸŽ’

๐Ÿ“ข Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Seri Jasa Sepakat.

Marilah kita bersama-sama menjayakan kempen "Cek Beg Anak, Sekolah Lebih Selamat" sebagai langkah proaktif dalam memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang barang terlarang.

Sebelum anak hadir ke sekolah, luangkan sedikit masa untuk:
โœ… Membuka dan memeriksa beg bersama anak.
โœ… Memastikan hanya keperluan pembelajaran dibawa ke sekolah.
โœ… Memastikan tiada barang terlarang atau berbahaya berada di dalam beg.
โœ… Berbual dan mengingatkan anak tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan rakan-rakan.

๐Ÿค Kerjasama erat antara ibu bapa dan pihak sekolah merupakan kunci dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan sejahtera.

Luangkan 2 minit di rumah, demi keselamatan anak-anak di sekolah.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.






Esok cuti ya..sehari je..๐Ÿ˜๐Ÿ‘
20/07/2026

Esok cuti ya..sehari je..๐Ÿ˜๐Ÿ‘

๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐‚๐”๐“๐ˆ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‡๐Ž๐‹

Dimaklumkan bahawa :

๐Ÿ—“Selasa, 21 Julai 2026 bersamaan 6 Safar 1447H

merupakan Hari Hol Negeri Johor bagi memperingati ulang tahun kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Sehubungan itu, sekolah SK Seri Jasa Sepakat akan bercuti pada tarikh tersebut dan sekolah akan beroperasi semula seperti biasa pada

๐Ÿ—“Rabu , 22 Julai 2026

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah sebagai tanda ingatan dan penghormatan.

โ€œSesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepadaNya kami kembali.โ€

12/07/2026

๐Ÿ“ข *MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PRN JOHOR 2026*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa *Isnin, 13 Julai 2026* merupakan *Cuti Peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.*

Sehubungan dengan itu, tiada sesi persekolahan pada tarikh tersebut. Sesi persekolahan akan disambung semula pada hari *Selasa, 14 Julai 2026* seperti biasa.

Mohon perhatian dan kerjasama semua ibu bapa/penjaga serta warga SK Seri Jasa Sepakat

Terima kasih.

30/06/2026

๐ŸฒBento Sihat Ceria Prasekolah 3 ๐Ÿฅณ

30/06/2026

๐ŸฒBento Sihat Ceria Prasekolah 2 ๐Ÿฅณ

๐Ÿฅ— PROGRAM BENTO SIHAT CERIA PRASEKOLAH ๐ŸฑAlhamdulillah, pada 30 Jun 2026 (Selasa) telah berlangsung dengan jayanya Progra...
30/06/2026

๐Ÿฅ— PROGRAM BENTO SIHAT CERIA PRASEKOLAH ๐Ÿฑ

Alhamdulillah, pada 30 Jun 2026 (Selasa) telah berlangsung dengan jayanya Program Bento Sihat Ceria Prasekolah di Prasekolah Mutiara Hati, SK Seri Jasa Sepakat.

Program ini bertujuan memupuk amalan pemakanan sihat dalam kalangan murid melalui penyediaan sarapan yang seimbang dan berkhasiat. Murid hadir dengan membawa bento hasil penyediaan bersama ibu bapa yang mengandungi pelbagai pilihan makanan sihat seperti karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tahniah kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat dan keterujaan sepanjang program berlangsung. Syabas juga kepada ibu bapa yang memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menyediakan bento yang menarik, kreatif dan yang paling penting, seimbang dari segi nutrisi.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi membentuk amalan pemakanan sihat sejak usia awal, seterusnya melahirkan murid yang cergas, ceria dan bersedia untuk belajar.

โœจ "Sarapan Sihat, Minda Cerdas"
๐Ÿ’š "Biar Bekal Sederhana, Asalkan Berkhasiat."

Terima kasih kepada semua warga sekolah, ibu bapa dan murid yang telah menjayakan program ini.





๐ŸŒน๐Ÿ“š SELAMAT HARI GURU ๐ŸŒน๐Ÿ“šDengan penuh kasih sayang, anak-anak Bijak Pandai Prasekolah SK Seri Jasa Sepakat mengucapkan **S...
20/06/2026

๐ŸŒน๐Ÿ“š SELAMAT HARI GURU ๐ŸŒน๐Ÿ“š

Dengan penuh kasih sayang, anak-anak Bijak Pandai Prasekolah SK Seri Jasa Sepakat mengucapkan **Selamat Hari Guru** kepada semua guru SK Seri Jasa Sepakat.

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, bimbingan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan dalam mendidik kami menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berjaya.

Kad Hari Guru yang dihasilkan oleh anak-anak prasekolah ini merupakan tanda penghargaan dan ucapan terima kasih buat guru-guru yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dan pencetus kejayaan kami.

โœจ Guru ibarat lilin yang menerangi kehidupan. Jasa dan pengorbanan cikgu akan sentiasa dikenang. โœจ

**Selamat Hari Guru**
*"Guru Pemacu Transformasi Pendidikan"*

Ikhlas daripada,
โค๏ธ Anak-anak Bijak Pandai Prasekolah
SK Seri Jasa Sepakat โค๏ธ






Address

Kg Batu Putih
Batu Pahat
83020

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60132504241

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prasekolah SK Seri Jasa Sepakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share