SK Seri Sampurna, Rengit, Batu Pahat

SK Seri Sampurna, Rengit, Batu Pahat Selamat datang ke Laman rasmi SK Seri Sampurna.Sekolah berstatus Gred A Luar Bandar terletak di kawasan Rengit,Batu Pahat.

22/07/2026
Tarikh : 19.6.2026Masa : 7.30 -8.00Tempat : Dewan Seri  Sujana Perkara : Hadis 40 Imam Nawawi Tajuk 13 :  Menyukai kebai...
19/06/2026

Tarikh : 19.6.2026
Masa : 7.30 -8.00
Tempat : Dewan Seri Sujana
Perkara : Hadis 40 Imam Nawawi
Tajuk 13 : Menyukai kebaikan Sesama Muslim Tanda Kesempurnaan Iman
Penceramah : Ustaz Muhamad Asyiq Nur Aiman Bin Samsimon (Guru Pelatih dari IPG Kampus Kent, Sabah)

Ziarah Cakna (UBK SK Seri Sampurna)Hari : IsninTarikh : 15 Jun 2026Tempat : Kediaman adik Muhammad Amirrin IfzuldGuru te...
19/06/2026

Ziarah Cakna (UBK SK Seri Sampurna)
Hari : Isnin
Tarikh : 15 Jun 2026
Tempat : Kediaman adik Muhammad Amirrin Ifzuld
Guru terlibat :
1. Cikgu Zharief
2. Cikgu Widyawati
3. Ustazah Azah

Objektif :
1. Cakna akan hal ehwal murid yang ditimpa musibah dan memberikan sokongan sosial.
2. Menyampaikan sumbangan (Khairat Kematian) terkumpul daripada murid dan guru sebagai tanda prihatin dan membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga.

Semoga dipermudahkan segala urusan kedepannya, Aamiin ya Rabb.. 🤲

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru pelatih dari IPG Kampus Kent, Sabah dan juga IPG Ka...
19/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru pelatih dari IPG Kampus Kent, Sabah dan juga IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak kerana telah memilih SK Seri Sampurna sebagai sekolah untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama 2 minggu.

Guru-guru pelatih terdiri daripada Cikgu Muhammad Luqman, Cikgu Luqman Haziq Siddiq dan Cikgu Muhamad Ashiq Nur Aiman yang sangat komited dan bersemangat sepanjang berada di sekolah ini.

Semoga pengalaman yang diperoleh dapat meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran serta keyakinan diri dalam mengharungi dunia pendidikan yang sebenar. Diharapkan segala ilmu dan pengalaman yang ditimba sepanjang menjalani PBS di SK Seri Sampurna akan menjadi bekalan yang berharga dalam melahirkan pendidik yang berwibawa, berdedikasi dan cemerlang pada masa hadapan.

Seluruh warga SK Seri Sampurna mendoakan agar ketiga-tiga guru pelatih terus berjaya dalam pengajian dan kerjaya sebagai pendidik, serta sentiasa bersemangat dalam mendidik anak bangsa demi kecemerlangan negara.

Terima kasih dan selamat maju jaya. 🌹📚✨

SK Seri Sampurna telah menerima kehadiran 3 orang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Sabah & Sarawak.2...
14/06/2026

SK Seri Sampurna telah menerima kehadiran 3 orang guru pelatih daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Sabah & Sarawak.

2 daripada mereka adalah alumni SK Seri Sampurna.

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Menjalani PBS selama 2 minggu di sini.

https://photos.app.goo.gl/A1qQqEbrQrUZuvkK9Kejohanan Beyblade X Peringkat Kebangsaan 2026Tempat : Galleria Kotaraya Joho...
14/06/2026

https://photos.app.goo.gl/A1qQqEbrQrUZuvkK9

Kejohanan Beyblade X Peringkat Kebangsaan 2026
Tempat : Galleria Kotaraya Johor Bahru
Tarikh : 13 Jun 2026
Masa : 10.00 am hingga 8.00 pm

Shared album · Tap to view!

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tarikh: 18 Mei 2026Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK PIBG SK Seri Samp...
14/06/2026

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Tarikh: 18 Mei 2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK PIBG SK Seri Sampurna kerana telah berjaya menganjurkan sebuah majlis gilang gemilang untuk menghargai jasa guru-guru dan AKP sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Semoga ikatan dan ukhwah yang terbina akan berkekalan selamanya, insyaAllah.

Address

Rengit
Batu Pahat
83100

Telephone

+6074294096

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Seri Sampurna, Rengit, Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share