Portal Rasmi SK Parit Lapis

Portal Rasmi SK Parit Lapis Sekolah Kebangsaan Parit Lapis,
Jalan Low Piak,
83000 Batu Pahat,
Johor. Email Rasmi: [email protected]
Tel&Fax: 07- 4327185

Sekolah Kebangsaan Parit Lapis,
Jalan Low Piak,
8300 Batu Pahat,
Johor. Laman Web: [email protected]
Tel&Fax: 07- 4327185

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐‡๐Ž๐Š๐ˆ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐˜๐ ๐Ž๐๐ ๐€๐๐” ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐Š๐€๐“๐„๐†๐Ž๐‘๐ˆ ๐”๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ‘ & ๐Ÿ’ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐’๐Œ๐Š ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐‹๐”๐€๐‘Alhamdulillah, pasukan hoki Lapi...
02/10/2026

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐‡๐Ž๐Š๐ˆ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐˜๐ ๐Ž๐๐ ๐€๐๐” ๐๐€๐Š๐€๐‘ ๐Š๐€๐“๐„๐†๐Ž๐‘๐ˆ ๐”๐Ÿ๐Ÿ
๐Ÿ‘ & ๐Ÿ’ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
๐’๐Œ๐Š ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐‹๐”๐€๐‘
Alhamdulillah, pasukan hoki Lapis Rangers SK Parit Lapis telah menghantar dua pasukan untuk kejohanan ini.
Pasukan A Lapis Rangers telah mendapat Naib Johan bagi kategori Plate. Manakala pasukan B berjaya menamatkan pesaingan ke peringkat kumpulan.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat ! Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa yang telah menyokong anak-anak.
Semoga team hoki Lapis Rangers terus membara hingga ke akhirnya !

๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ-๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ (๐‘ป๐‘จโ€™๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฌ๐‘ด) ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘ท๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป 2026Tarikh: 6 Mei 2026Tempat: Batu Pa...
02/10/2026

๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘จ๐‘ต๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ-๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ (๐‘ป๐‘จโ€™๐‘บ๐‘ฌ๐‘ฌ๐‘ด) ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ซ๐‘จ๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘ฏ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ป๐‘ผ ๐‘ท๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ป 2026

Tarikh: 6 Mei 2026
Tempat: Batu Pahat Mall
Penyertaan: 12 orang murid SK Parit Lapis
Pencapaian: JOHAN KATEGORI SR (A)

Alhamdulillah ! Pasukan Seri Dโ€™ Zafana Tari SK Parit Lapis telah berjaya mendapat Johan bagi kategori SR (A) Irama Malaysia pada pertandingan Taseem Peringkat Daerah Batu Pahat yang lalu.
Manakala bagi dua orang murid yang menyertai kategori SR B (Duo Tradisional) telah berjaya mendapat tempat keempat.
Kejayaan ini membuktikan bahawa Seri Dโ€™ Zafana Tari SK Parit Lapis merupakan antara salah satu pasukan tarian sekolah yang tidak kurang hebatnya di Batu Pahat.
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertainya ! Bawalah nama Batu Pahat dengan kesungguhan di dada !โค๏ธโค๏ธโ€๐Ÿ”ฅ
Terima kasih diucapkan kepada Unit Tari PPD Batu Pahat Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat atas peluang dan ruang yang diberikan ! Syabas di atas penganjurannyaโค๏ธ.

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026Tarikh: 22 September 2026Penglibatan: Murid tahap 2Aktiviti:1. Gotong-royong kawasan pers...
26/09/2026

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA 2026

Tarikh: 22 September 2026
Penglibatan: Murid tahap 2
Aktiviti:
1. Gotong-royong kawasan persekitaran sekolah.
2. Pengumpulan,Pengasingan dan Kitar Semula Sisa (kertas,plastik dan tin)
3. Timbang berat sisa kitar semula.

KEM UJIAN LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS PENGAKAPKem Ujian Lencana Kemajuan Keris Emas Pengakap telah berlangsung pada 24 h...
13/08/2026

KEM UJIAN LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS PENGAKAP

Kem Ujian Lencana Kemajuan Keris Emas Pengakap telah berlangsung pada 24 hingga 26 Julai 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di SK Parit Lapis.

Program ini melibatkan ahli Pengakap yang telah lulus Lencana Keris Perak dan dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, disiplin serta kepimpinan para peserta selaras dengan Jiwa Keris Emas.

Turut dilaksanakan slot SDG 2: Zero Hunger dengan kerjasama Badan Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas Daerah Batu Pahat**. Slot ini memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan menangani isu kelaparan serta membudayakan sikap prihatin, bekerjasama dan saling membantu dalam komuniti.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kem ini dapat menjadi bekalan kepada para peserta untuk terus melangkah maju sebagai Pengakap yang berdisiplin, berilmu dan berjiwa pemimpin.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kem ini.

SALAM TAKZIAHุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Sekolah Kebangsaan Pa...
12/07/2026

SALAM TAKZIAH

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Sekolah Kebangsaan Parit Lapis merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Nurul Alya Syakirah Binti Hamaden, murid Tahun 5 SK Parit Lapis yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.48 pagi.

Pemergian seorang insan kecil yang berbudi pekerti mulia, sopan dan disenangi ramai merupakan satu kehilangan yang amat dirasai. Walau jasadnya telah pergi menghadap Ilahi, senyuman, akhlak yang indah serta kenangan bersamanya akan terus mekar dalam ingatan dan terpahat di hati seluruh warga sekolah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosanya, melapangkan dan menerangi kuburnya, serta menempatkannya bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

โ€œYang pergi tidak akan kembali, namun doa dan ingatan yang tulus akan sentiasa mengiringi perjalanan abadi.โ€

Al-Fatihah.

16/05/2026

โœจ โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ โœจ

Hari Guru bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi satu penghargaan besar buat insan yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk masa depan anak bangsa. Di sebalik kejayaan seorang murid, pasti ada tangan seorang guru yang sabar memimpin, ada suara seorang guru yang tidak putus memberi semangat, dan ada hati seorang guru yang sentiasa ikhlas berkorban demi pendidikan.

Tema โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ membawa maksud yang sangat mendalam. Guru merupakan tunjang utama dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing. Tanpa guru, tiadalah pemimpin, doktor, jurutera, usahawan mahupun insan berjaya yang mampu membangunkan negara. Guru bukan hanya mengajar di dalam bilik darjah, tetapi turut mendidik nilai kehidupan, menyemai adab serta membina jati diri anak-anak agar menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Seorang guru mungkin tidak memiliki harta yang mewah, namun jasa dan pengorbanannya terlalu besar nilainya. Datang awal, pulang lewat, menyediakan bahan pengajaran, memikirkan kebajikan murid, mendidik dengan penuh kesabaran walaupun penat dan lelah โ€” semuanya dilakukan demi memastikan setiap anak didik mendapat peluang untuk berjaya.

Terima kasih buat seluruh warga pendidik yang terus cekal menabur bakti tanpa mengenal erti putus asa. Semoga segala usaha dan pengorbanan kalian menjadi amal yang berpanjangan serta terus diberi kekuatan untuk mendidik generasi pewaris negara.

๐ŸŒน Selamat Hari Guru ๐ŸŒน
โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€
Jasamu dikenang, baktimu disanjung, pengorbananmu terpahat selamanya di hati anak bangsa.

Ikhlas dari Warga SK Parit Lapis, Batu Pahat

Pada 24-25 April 2026, seramai 8 orang murid Prasekolah Permata, SK Parit Lapis telah mewakili daerah Batu Pahat ke Perk...
03/05/2026

Pada 24-25 April 2026, seramai 8 orang murid Prasekolah Permata, SK Parit Lapis telah mewakili daerah Batu Pahat ke Perkhemahan Murid Prasekolah KPM, Peringkat Negeri Johor di SK Penyabong, Mersing. Murid-murid ini berjaya mendapat tempat ke-5 di dalam acara Irama Warisan Si Cilik. Tahniah diucapkan kepada murid-murid berikut :
1. Muhammad Rifqi
2. Muhammad Ammar
3. Ahnaf Nazhan
4. Nur Auliya Afeeya
5. Nur Auni Faiha
6. Ainul Mardhiah
7. Wan Aisyah Umairah
8. Nur Aminah Safiyyah
Tahniah dan terima kasih kepada guru-guru & AKP yang terlibat iaitu Cikgu Norshahidah, Cikgu Syed Adil, Cikgu Vinohthini, Cikgu Hayatun Nabilah, Ustaz Nizam & Pn.Kasliza.

Semoga Prasekolah Permata SK Parit Lapis terus berjaya di masa akan datang.

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Penggalakan Puisi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Batu Pahat 2026 telah berlangsun...
03/05/2026

Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Penggalakan Puisi Sekolah Rendah Peringkat Daerah Batu Pahat 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 April 2026 di SK Parit Lapis, Batu Pahat.

Program ini telah menghimpunkan penyertaan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di seluruh daerah Batu Pahat, sekali gus menjadi platform dalam mencungkil bakat serta memupuk minat murid dalam bidang puisi dan kesusasteraan.

Sekolah Kebangsaan Parit Lapis selaku tuan rumah telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran penganjuran majlis ini.

Berikut merupakan penglibatan peserta mengikut kategori pertandingan:

๐Ÿ“Œ Pertandingan Deklamasi Sajak (SJK)

1. SJKC Cheng Siu 2
2. SJKT Ladang Yong Peng
3. SJKC Tongkang
4. SJKC Hua Min
5. SJKC Sin Hwa Bukit Pasir
6. SJKT Seri Pelangi
7. SJKC Panchor
8. SJKC Chong Hwa Senggarang
9. SJKC Tung Cheng
10. SJKC Ai Chun 2

๐Ÿ“Œ Pertandingan Deklamasi Sajak (Sekolah Rendah - SK)

1. SK Monfort
2. SK Tengku Mariam
3. SK Parit Kadir
4. SK Parit Lapis
5. SK Parit Raja
6. SK Parit Ju
7. SK Agama Bersepadu Batu Pahat
8. SK Bukit Rahmat
9. SK Seri Chantek
10. SK Seri Maimon

๐Ÿ“Œ Pertandingan Dendangan Syair (SK)

1. SK Kota Dalam
2. SK Seri Bengkal
3. SK Senggarang
4. SK Seri Telok
5. SK Bukit Rahmat
6. SK Tengku Mariam
7. SK Parit Bilal
8. SK Banang Jaya
9. SK Seri Laksana
10. SK Seri Sabak Uni

๐Ÿ“Œ Pertandingan Dendangan Syair (SJK)

1. SJKC Tongkang
2. SJKC Panchor

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang serta semua peserta atas komitmen dan persembahan yang membanggakan.

Penghargaan khusus turut diberikan kepada wakil tuan rumah, SK Parit Lapis, iaitu Muhammad Aniq Nawfal bin Muhammad Azly, yang telah berjaya meraih tempat ke-4 dalam Pertandingan Deklamasi Sajak.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam memperkasa budaya bahasa dan sastera dalam kalangan generasi muda.

02/05/2026

Address

Batu Pahat

Telephone

+6074327185

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Portal Rasmi SK Parit Lapis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category