21/08/2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Di sini, pihak kolej kediaman melewar ingin menwar-warkan bahawa barangan pelajar kanan di melewar (lelaki dan perempuan) telah selamat dipindahkan di stor Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail (KKTDI).
Sehubungan dengan itu, pemilik barangan hendaklah berurusan di KKTDI untuk mengambil barangan tersebut. Tarikh urusan pengambilan barang adalah 4hb Sept 2016. Bagi sesiapa yang meletakkan motosikal di KKMK, motorsikal telah dikunci dan tarikh kunci dibuka juga pada 4hb Sept 2016.
Kami sudah cuba sehabis baik untuk memastikan, setiap barangan dalam keadan yang selamat.
Terima kasih, semoga kita berjumpa lagi.
DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA
21/06/2016
Assalamualaikum, dan salam sejahtera,
Pada 22hb Jun 2016, akan di adakan satu majlis ramah mesra di bawah pengurusan tertinggi UTHM bersama warga kolej kediamanan.
Tarikh : 22 Jun 2016
Tempat : Dataran Blok A, Kolej Kediaman Perwira
Pakaian : Baju Kebangsaaan / Sopan
Semua warga kolej di jemput hadir bagi memeriahkan acara
Terima Kasih
14/06/2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Seperti yang sedian maklum, awal pagi esok, Kolej Kediaman Melewar dan Kelisa akan mengadakan program Gerakan Subuh Berjemaah.
Firman Allah
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ. سورة التوبة: الآية: 18
Bermaksud:
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. (at-Taubah : 18)
Semua penghuni kolej kediaman melewar dan kelisa di jemput hadir. Sahur desediakan.
Di samping itu, Pada 21 dan 22, Pusat Pengajian Bahasa UTHM, akan mengagihkan 100 makanan percuma sehari bagi 2 tarikh tersebut untuk Kolej Kediaman Melewar dan Kelisa. Terhad kepada 100 terawal. Jam 12.30am sehingga 1.30am
Marilah kita beramai-ramai mengimarahkan rumah Allah.
Terima Kasih
07/06/2016
BORANG PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI SESI 2016/2017
***KELEBIHAN KOLEJ KEDIAMAN TAMAN UNIVERSITI ANTARANYA IALAH: 1. Kawasan strategik 2. Pengangkutan bas disediakan 3. Sewaan yang berpatutan 4. Berdekatan dengan McD
24/05/2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang dimaklumkan, tiada penawaran Kolej Kediaman bagi penempatan penginapan pelajar bagi sem 1 sesi 2016/2017 (September 2016)
Sekian terima kasih.
22/05/2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada awal pagi esok, Kolej Kediaman Melewar dan Kelisa akan mengadakan program Gerakan Subuh Berjemaah.
Firman Allah
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللّهَ فَعَسَى أُوْلَـئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ. سورة التوبة: الآية: 18
Bermaksud:
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”. (at-Taubah : 18)
Semua penghuni kolej kediaman melewar dan kelisa di jemput hadir. Makan desediakan.
Marilah kita beramai-ramai mengimarahkan rumah Allah.
Terima Kasih.
09/05/2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saudara/ Saudari
Adalah sukacita dimaklumkan bahawa satu program yang dipanggil ‘Program Helpers Love’
anjuran Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam KKMK akan diadakan pada :
Tarikh : 20 Mei 2016 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat (KK Melewar) & Pejabat (KK Kelisa)
Semua penghuni dijemput untuk menyertai program ini dengan mengisi borang permohonan seperti lampiran atau memuat turun borang tersebut di laman Facebook KK Melewar & Kelisa. Program ini adalah sebagai medium dalam membantu penghuni yang menghadapi masalah dari segi kewangan . Penghuni yang telah mengisi borang tersebut hendaklah menyerahkan borang tersebut kepada nama – nama berikut selewat – lewatnya 16 Mei 2016 :
1) Hafizah (JM 1/ 14) - 0145006382
Aizuddin (JM 3/7) - 0177715821
2) KK Kelisa – Sila letakkan borang permohonan anda di dalam kotak yang disediakan di dalam pejabat.
Sekian, terima kasih.
‘DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA’
Borang boleh di dapatkan pada link yang tertera di bawah
https://drive.google.com/file/d/0B0bkKFkprd3ISGVMektlYzJJVDQ/view?usp=sharing
07/05/2016
Assalamualaikum.
Pada 13 Mei & 14 Mei 2016 akan berlangsungnya Program Wellcome Avengers dan Wellcome Run
Wellcome Avengers
Tarikh : 13 & 14 Mei 2016 ( Jumaat & Sabtu )
Masa : 8.00 – 9.00 malam
Tempat : Sekitar UTHM
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50
1 kumpulan adalah terdiri daripada 5 orang ( 3 lelaki 2 perempuan ).
Wellcome Run
Tarikh : 13 Mei 2016 ( Jumaat )
Masa : 8.00 – 10.00 malam
Tempat : Sekitar UTHM
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10. Hadiah menarik menanti anda.
Hadiah ( WELLCOME AVENGER )
Tempat Pertama : Wang Tunai RM200 beserta Sijil Penyertaan dan Hamper
Tempat Kedua : Wang Tunai RM150 beserta Sijil Penyertaan dan Hamper
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM50 beserta Sijil Penyertaan dan Hamper
Saguhati : Sijil Penyertaan beserta Hamper
Hadiah ( WELLCOME RUN )
1 - 10 = Pingat
1 - 50 = Sijil
Peserta Lelaki
Tempat Pertama : RM100
Tempat Kedua : RM80
Tempat ketiga : RM50
Peserta Perempuan
Tempat Pertama : RM100
Tempat Kedua : RM80
Tempat ketiga : RM50
Program ini adalah bertujuan untuk mengutip dana untuk disumbangkan kepada 4 buah rumah anak yatim yang terpilih.
Untuk maklumat lanjut
Sila hubungi :
017 – 6772665 ( Khairul )
016 – 6061455 ( Kishyo )
02/05/2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lawatan ke Gempak Starz pada 22hb April lepas anjuran biro multimedia dan informasi kolej kediaman melewar dan kelisa. Pengalaman yang sangat menarik dan tak dapat dilupakan.
Terima kasih kepada GEMPAK STARZ kerana memberi kami peluang untuk membuat lawatan ke sana. Hebat dan sangat menakjubkan
02/05/2016
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Perhatian kepada semua penghuni Kolej Kediaman Melewar, sila beri perhatian kepada tarikh permotongan rumput oleh pihak Syarikat Pemada Enterprise bagi bulan Mei 2015. Butiran adalah sebagaimana berikut ;
Permotongan Pertama
15 Mei 2016
Masa : 1.30 PM - 4.00 PM
Permotongan Kedua
29 Mei 2016
1.30 PM - 4.00 PM
Mohon perhatian semua untuk meletakkan kenderaan anda di lokasi yang bersesuaian bagi mengelakkan cermin kereta pecah dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
01/05/2016
Assalamualaikum dan Salam UTHM,
MKGC kembali!!!
Kolej Kediaman Melewar dan Kelisa akan menganjurkan program "Melewa Kelisa Gaming Championship 2". Detail program adalah seperti berikut :-
Tarikh : 20-21 Mei 2016
Tempat : Makmal Komputer Kolej Kediaman Melewar
Penyertaan adalah terhad, rebut peluang yang ada di depan mata.
Borang penyertaan, boleh dapatkan pada tertera berikut
https://drive.google.com/file/d/0B0bkKFkprd3Icm5JN0tCbVhNQUk/view?usp=sharing
Anjuran bersama GamesBond
01/05/2016
Assalamulaikum dan selamat pagi,
Tahniah di ucapkan kepada semua peserta kerana telah memberikan kerjasama yang sangat ohsem dalam program pendakian Gunung Irau. Juga tahniah kepada semua peserta kerana berjaya selamat sampai ke puncak dan turun dengan selamat dengan masa 4 jam setengah mendaki dan 5 jam turun. Ketinggian Gunung Irau 2110m.