20/09/2026
🌿✨ PROGRAM HALATUJU SELEPAS SPM ✨🌿
🎓 Membina Halatuju, Mencorak Masa Depan
Sekolah Menengah Agama Tahfiz Integrasi Ad Darunnafis telah menganjurkan Program Halatuju Selepas SPM khusus buat para pelajar tingkatan 4 dan 5 sebagai persediaan dalam merancang langkah seterusnya selepas tamat persekolahan.
Program ini disampaikan oleh Hj. Mustafa bin Abdullah, Perunding Hala Tuju Pendidikan, yang telah berkongsi panduan, ilmu dan informasi berkaitan pilihan pendidikan serta perancangan masa depan pelajar.
Semoga program ini menjadi satu platform bermanfaat dalam membantu para pelajar dan ibu bapa memahami pilihan serta merancang hala tuju pendidikan yang lebih terarah selepas SPM. 🎓
“Ilmu Membina, Masa Depan Menanti.”
🌱Mengembalikan Kegemilangan Tunas - Tunas Islam 🌱