Halal UTHM

Halal UTHM Penyedia Latihan Halal (PLH) JAKIM & Rakan Strategik Sertu (RSS) JAINJ

โœจ๐—๐—ข๐—œ๐—ก ๐—ง๐—›๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿ” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—ซ๐—˜๐—–๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—™๐—œ๐—–๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—–๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—˜โœจThis Professional Halal Executive Certification Course ...
19/09/2026

โœจ๐—๐—ข๐—œ๐—ก ๐—ง๐—›๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿ” ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—™๐—˜๐—ฆ๐—ฆ๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—›๐—”๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ ๐—˜๐—ซ๐—˜๐—–๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—–๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—œ๐—™๐—œ๐—–๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—–๐—ข๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—˜โœจ

This Professional Halal Executive Certification Course by JAKIM is designed to provide knowledge on the functions and importance of HALAL certification and to ensure full compliance with JAKIM's halal procedures and guidelines.

โœจ๐–๐ก๐ฒ ๐œ๐ก๐จ๐จ๐ฌ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐„๐ฑ๐ž๐œ๐ฎ๐ญ๐ข๐ฏ๐ž ๐‚๐ž๐ซ๐ญ๐ข๐Ÿ๐ข๐œ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐‚๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ž ๐ฅ๐ž๐ ๐›๐ฒ ๐”๐“๐‡๐Œ?

โœ…HRD Claimable
โœ…JAKIM Professional Certification
โœ…UTHM Certificate of Participation
โœ…Comprehensive theory and practical modules
โœ…Qualified instructors
โœ…Affordable fees
โœ…Course Kit provided
โœ…Meals provided
โœจ Donโ€™t miss this opportunity!

๐Ÿ“ Registration Link:
Click here to register:
https://forms.gle/6ivKuSEVUXJa7pp6A

๐Ÿ“ Course Details
๐Ÿ”น Training Dates:
๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐œ๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“- ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐œ๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“ Location: ๐”๐“๐‡๐Œ, ๐๐š๐ซ๐ข๐ญ ๐‘๐š๐ฃ๐š

๐Ÿ’ฐ Fee
๐‘๐Œ๐Ÿ,๐Ÿ–๐ŸŽ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ

โœจ Payment Details:

๐๐š๐ง๐ค: ๐๐š๐ง๐ค ๐Œ๐ฎ๐š๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐
๐€๐œ๐œ๐จ๐ฎ๐ง๐ญ ๐๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ: ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ•-๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Ÿ–๐Ÿ‘-๐Ÿ•๐Ÿ-๐Ÿ“

๐ŸŽ‰ Don't miss this opportunity to upskill and boost your career in the growing Halal Industry!

13/08/2026

โœจ SIRI WEBINAR HALAL โœจ

Dokumen Persijilan Halal & Persiapan Lapangan
Yang Mana Lebih Utama?

๐Ÿ—“๏ธ 13 Ogos 2026 (Khamis)
๐Ÿ•™ 10.00 a.m. - 10.30 a.m.
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Encik Shamsudin bin Sahri
[Perunding Program Keselamatan Makanan]

Klik link di bawah untuk menonton rakaman live
๐Ÿ‘‰ https://shorturl.at/I9m1t

12/08/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN SEMASA HALAL

Keperluan Pelantikan Eksekutif Halal

๐Ÿ“Œ Mana-mana syarikat atau pemohon yang disyaratkan untuk melantik Eksekutif Halal hendaklah mematuhi keperluan seperti dinyatakan dalam Sistem Pengurusan Halal Malaysia (MHMS).

๐Ÿ“Œ Pelantikan Eksekutif Halal hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

โœ… Beragama Islam;
โœ… Warganegara Malaysia (tertakluk kepada MPPHM yang berkaitan);
โœ… Berjawatan tetap;
โœ… Berkelulusan minimum Diploma Pengurusan Halal atau mana-mana kelulusan yang setaraf dengannya atau berpengalaman dalam pengurusan halal sekurang-kurangnya lima (5) tahun; dan
โœ… Memiliki sijil Eksekutif Halal daripada Penyedia Latihan Halal yang berdaftar di bawah HPB.

๐Ÿ“Œ Ketiadaan pelantikan Eksekutif Halal merupakan suatu ketidakakuran besar sebagaimana yang dinyatakan dalam Klausa 31(2)(h) MPPHM (Pindaan) seperti berikut:

โ€œKetidakakuran berkaitan Eksekutif Halal, Penyelia Halal dan pekerja Muslim termasuklah penyembelih dan pemeriksa halal. (Contoh: bilangan pekerja Muslim tidak memenuhi keperluan Pensijilan Halal Malaysia).โ€




Kepada yang masih belum mengetahui dan dalam keraguan, Tuan/Puan boleh rujuk senarai terkini PLH JAKIM di siniโ˜บ๏ธ        ...
13/07/2026

Kepada yang masih belum mengetahui dan dalam keraguan, Tuan/Puan boleh rujuk senarai terkini PLH JAKIM di siniโ˜บ๏ธ




๐Ÿ“ HEBAHAN SEMASA HALAL

Senarai Terkini Penyedia Latihan Halal (PLH)

๐Ÿ“Œ Sehingga Jun 2026, sebanyak 42 Penyedia Latihan Halal (PLH) berdaftar dengan Halal Profesional Board (HPB), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

๐Ÿ“Œ Senarai terkini PLH boleh didapati dengan melalui Portal Halal Malaysia di pautan https://heyzine.com/flip-book/f8e5c37b34.html #/PLH atau imbas kod QR berikut.




๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” & ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’  ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐๐„๐๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐‰๐€๐Š๐ˆ๐ŒInstitut Ahli Sunnah...
13/07/2026

๐ŸŽ๐Ÿ“ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐Ÿ๐ŸŽ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” & ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐‘๐Ž๐…๐„๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐๐„๐๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐‰๐€๐Š๐ˆ๐Œ

Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah , UTHM selaku Penyedia Latihan Halal (PLH) JAKIM telah menjalankan Kursus Profesional Pensijilan Eksekutif Halal dengan kerjasama UTHM Education and Training yang telah berlangsung selama 7hari bermula 05 Julai 2026 - 10 Julai 2026 & 12 Julai 2026. Kursus ini telah diadakan di UTHM. Seramai 14 orang peserta terdiri daripada pelbagai industri dan skim serta 4 orang pelajar telah mengikuti kursus ini.

Kursus ini adalah untuk memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada peserta dalam industri halal melalui kursus kompetensi yang diiktiraf serta dapat mempraktikan ilmu yang diperolehi untuk dilaksanakan bagi persediaan menjadi Eksekutif Halal dan sebagai sumber rujukan dalam isu hal yang berkaitan dengan halal.

iSWAJ sebagai pusat halal TVET UTHM sentiasa komited memperkasa industri halal dalam bentuk latihan dan kemahiran kepada peserta dan pemain industri halal di Malaysia secara amnya, khususnya di Negeri Johor.









๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐’๐ˆ ๐’๐„๐‘๐“๐”Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM telah menganjurkan  Kursus Kompetensi Sertu d...
17/06/2026

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐’๐ˆ ๐’๐„๐‘๐“๐”

Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM telah menganjurkan Kursus Kompetensi Sertu dengan kerjasama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi, UTHM Kampus Pagoh yang dihadiri seramai 42 pelajar dan melibatkan 3 orang pengajar dan jurusertu profesional.

Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar berkaitan pengurusan dan pelaksanaan sertu industri dengan memfokuskan kepada sertu dalam fiqh dan saintifik serta pengamalan industri.

Pelaksanaan sertu industri didedahkan kepada peserta sebagai persediaan dan panduan untuk mendepani isu pencemaran najis mughallazah (berat) melibatkan peralatan dan mesin yang sensitif dan kompleks di industri. Sijil Kompetensi Sertu merupakan pengiktirafan kepada pelajar sebagai jurusertu kompeten yang mendapat permintaan yang tinggi dalam industri halal masa kini.

Hadir dalam kursus ini Ust Hj. Muhamad Suhadi bin Mesran, Penolong Pengarah Unit Pengutkuasaan dan Pemantuan, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor serta Prof. Madya Dr. Khairun Nidzam bin Ramli, Pengarah iSWAJ.

ISWAJ UTHM merupakan Penyedia Latihan Halal (PLH) JAKIM serta Rakan Strategik Sertu (RSS) Jabatan Agama Islam Negeri Johor mendokong pemerkasaan halal TVET dan sentiasa komited memperkasa industri halal dalam bentuk latihan dan kemahiran kepada peserta dan pemain industri halal di Malaysia secara amnya, khususnya di Negeri Johor







๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐๐š๐ง ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง ๐‚๐š๐ค๐ง๐š ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐’๐–๐€๐‰ ๐”๐“๐‡๐Œ  ๐๐ข ๐‘๐ข๐ฎ๐ก ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐๐š๐ก๐š๐ญInstitut Ahli Sunnah Wal Jamaaah (ISW...
13/06/2026

๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ก๐ข๐ซ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐๐š๐ง ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง ๐‚๐š๐ค๐ง๐š ๐‡๐š๐ฅ๐š๐ฅ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ˆ๐’๐–๐€๐‰ ๐”๐“๐‡๐Œ ๐๐ข ๐‘๐ข๐ฎ๐ก ๐๐š๐ญ๐ฎ ๐๐š๐ก๐š๐ญ

Institut Ahli Sunnah Wal Jamaaah (ISWAJ) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah dijemput untuk melaksanakan Pocket Talk: Sembang Halal dan Pameran Halal bertempat di Summit Mall Batu Pahat, Johor, yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Jun 2026.

Program yang menyasarkan komuniti setempat anjuran Persatuan Solidariti Nasional (PERSONA), Hidayah Center, Persatuan Ibu Tunggal Batu Pahat dan Dapo Rakyat itu bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan dan kesedaran halal kepada usahawan dalam industri melalui pelbagai pengisian menarik dan berimpak.

Antara fokus utama program adalah penganjuran slot Pocket Talk: Sembang Halal yang disampaikan oleh Dr Wan Ainaa Mardhiah Binti Wan Zahari, Ketua Jabatan Ekonomi dan Halal, ISWAJ, UTHM yang memberi pendedahan berkaitan mitos dan fakta halal serta panduan permohonan pensijilan halal.

Selain itu, pameran halal juga diadakan bagi membawakan pameran kotak rujukan produk pengesanan unsur babi dalam barang gunaan seperti berus, kasut kulit, beg kulit serta alkohol dalam makanan. Penggunaan visual dan fizikal ini diambil bagi memberikan impak pendidikan yang lebih berkesan dalam melahirkan komuniti pengguna yang cakna halal.

Dalam pada itu, kaunter promosi program ISWAJ turut dibuka sepanjang program bagi menyebarkan maklumat terperinci mengenai kursus - kursus halal dan program ISWAJ seperti Kursus Kesedaran Halal serta Program Eksekutif Imam Profesional yang kini ditawarkan kepada umum bagi melahirkan lebih ramai tenaga kompeten dalam bidang berkaitan.

Bagi memeriahkan suasana juga pelbagai pengisian menarik turut diadakan seperti aktiviti santai โ€˜Kuiz Kenali Makanan Halal dan Toyyibโ€™ dan 'Kuiz Kesedaran Halal serta Klinik Halal bagi membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan ke arah permohonan sijil halal penuh serta sijil halal kotej.

ISWAJ UTHM terus komited dalam menyebarkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan halal kepada usahawan dan komuniti setempat dalam mengembangkan ekosistem halal bermula di peringkat asas dengan memfokuskan kepada usahawan setempat yang cakna halal.






Dari lensa๐Ÿ“ธ
09/05/2026

Dari lensa๐Ÿ“ธ

๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐‚๐€๐Œ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐“๐‘๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah,  UTHM dengan kerjasama Pejabat Ant...
09/05/2026

๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐‚๐€๐Œ๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐ˆ๐๐“๐„๐‘๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐“๐‘๐€๐ˆ๐๐ˆ๐๐† ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„

Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM dengan kerjasama Pejabat Antarabangsa UTHM telah menjayakan program HALAL CAMP 2026 dengan menerima penyertaan khusus dari Uzbekistan selama 14 hari bermula 27 April hingga 10 Mei 2026 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor.

Seramai tiga orang tenaga pengajar akademik daripada Bukhara State Technical University (BSTU) iaitu Dr. Komil Shokirov, Assoc. Prof. Dr. Gulinoz Ruziyeva dan Dr. Khilola Jafarova telah hadir sebagai delegasi utama dalam program ini.

Program latihan ini memberi pendedahan berkaitan ekosistem halal di Malaysia yang merangkumi aspek pelancongan Islamik, pengurusan halal dan industri halal perkhidmatan serta penekanan terhadap pemahaman standard halal Malaysia, prosedur pensijilan halal antarabangsa serta amalan terbaik dalam industri halal global.

Program HALAL CAMP 2026 ini merupakan satu platform pengantarabangsaan ilmu dan jaringan kerjasama strategik antara Malaysia dan Uzbekistan dalam memperkukuhkan pembangunan pendidikan serta industri halal di peringkat antarabangsa. Selain menjadi medium perkongsian kepakaran, program ini turut membuka ruang kepada pertukaran budaya, pengalaman akademik dan pembangunan profesional dalam bidang halal yang semakin berkembang di seluruh dunia.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.










๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐’๐ˆ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ : ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐BATU PAHAT, 23 April - Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hu...
24/04/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐“๐„๐๐’๐ˆ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ : ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐‹๐ˆ๐‡๐€๐

BATU PAHAT, 23 April - Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah menganjurkan Kursus Kompetensi Halal : Skim Rumah Sembelihan selama dua (2) hari bermula 22-23 April 2026 di UTHM Kampus Induk Pt Raja dengan dihadiri seramai 19 orang peserta daripada pengusaha ternakan daripada pelbagai kawasan dan daerah negeri Johor.

Kursus ini menyediakan tiga slot perkongsian utama yang disampaikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang masing-masing bertujuan untuk memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta berkaitan permohonan pensijilan halal Malaysia dengan topik hukum syarak, teknik penyembelihan yang betul, asas sains haiwan serta aspek keselamatan makanan di mana usaha ini penting bagi memastikan setiap proses penyembelihan komersial mematuhi piawaian halal yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa JAKIM.

iSWAJ sebagai pusat halal TVET UTHM dan merupakan Penyedia Latihan Halal (PLH) JAKIM serta Rakan Strategik Sertu (RSS) Jabatan Agama Islam Negeri Johor sentiasa komited memperkasa industri halal dalam bentuk latihan dan kemahiran kepada peserta dan pemain industri halal di Malaysia secara amnya, khususnya di Negeri Johor.







Address

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja Batu Pahat
Batu Pahat
86400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halal UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Halal UTHM:

Shortcuts

Share