SMK SERI MEDAN Satu Sekolah Satu Suara

SMK SERI MEDAN Satu Sekolah Satu Suara SMK Seri Medan
Sekolah Transformasi (TS25)
Sinergi Mencipta Kecemerlangan
MedanKu Number One

πŸ†βœ¨ TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 βœ¨πŸ†Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepa...
29/09/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 βœ¨πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 atas dedikasi, komitmen, integriti dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan.

Penerima anugerah :
1. Pn. Mislina Binti Misran
2.Pn. Amnah Binti Mat Ria
3.Pn. Norhidayah Binti Amin
4.Pn Nik Rosnizasuzila Binti Nik Hassan
5.En.Mohd Rozimi Bin Ismail
6.Pn.Siti Hawa Binti Mohd Yassim
7.En.Mohd Firdaus Bin Abd Rahim

Anugerah ini bukan sekadar sebuah penghargaan, tetapi merupakan pengiktirafan terhadap usaha, kesungguhan dan sumbangan yang diberikan demi kecemerlangan organisasi serta pendidikan anak-anak bangsa. πŸ‘πŸ»πŸŒŸ

Semoga pengiktirafan ini menjadi suntikan semangat untuk terus melangkah dengan penuh dedikasi, menjadi inspirasi kepada warga pendidik yang lain dan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

β€œKecemerlangan bukan sekadar pencapaian, tetapi hasil daripada keikhlasan, ketekunan dan komitmen yang berterusan.”

🌷 Tahniah dan syabas kepada semua penerima APC 2025!
Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.






KARNIVAL TINGKATAN 6 β€” PENGUCAPAN AWAMAlhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat MEDANIAN SIXERS!Pada 28 Sept...
28/09/2026

KARNIVAL TINGKATAN 6 β€” PENGUCAPAN AWAM

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat MEDANIAN SIXERS!

Pada 28 September 2026, MEDANIAN SIXERS telah menyertai Pertandingan Pengucapan Awam sempena Karnival Tingkatan 6 Peringkat Daerah Batu Pahat yang berlangsung di SMK Senggarang.

πŸŽ™οΈ KATEGORI LELAKI
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN
MUHAMMAD SHAHWAN HASRAF BIN SUFFIAN

πŸŽ™οΈ KATEGORI PEREMPUAN
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN
TASNEEM FATHINIE BINTI NORAZRI

Dan kejayaan hari ini menjadi lebih manis apabila pencapaian kedua-dua wakil kita turut membawa pulang…

πŸ† PIALA PUSINGAN
πŸ† JOHAN KESELURUHAN PENGUCAPAN AWAM
KARNIVAL TINGKATAN 6 PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT 2026

Tahniah Shahwan dan Tasneem! πŸ‘πŸ”₯
Tahniah juga utk cikgu pembimbing, cikgu Nur Hafizah bt Ibrahim πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Bukan sekadar berdiri dan berbicara di hadapan khalayak, tetapi membawa bersama keyakinan, keberanian dan nama MEDANIAN SIXERS.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada semua yang telah memberikan sokongan, bimbingan dan bantuan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sehingga kejayaan ini dapat dicapai. ❀️

Kejayaan ini milik kita bersama.

MEDANIAN SIXERS
ILMU β€’ MEMIMPIN β€’ KE HADAPAN

26/09/2026

πŸ“š PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK STPM β€” SIRI 1

Trial dah selesai, tapi perjuangan belum habis. πŸ”₯

Sekarang masa untuk MEDANIAN SIXERS terus melangkah ke hadapan melalui Program Peningkatan Akademik STPM Siri 1.

πŸ“… 22 & 23 September 2026
🎯 Fokus β€’ Usaha β€’ Bersama β€’ Cemerlang

Gunakan setiap sesi untuk perbaiki kelemahan, kukuhkan kefahaman dan tingkatkan persediaan menuju STPM sebenar. πŸ’ͺπŸ“–

Satu usaha hari ini, satu langkah lebih dekat kepada kejayaan.

Jom follow kami di Media Sosial Pusat Tingkatan 6
Fb
https://web.facebook.com/MPPU.SMKSM

Instagram
https://www.instagram.com/jptesmksm?igsh=M3liNGJxamdpMXky

Tiktok
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-990CWbMFsGK

πŸ’™πŸ’› MEDANIAN SIXERS
ILMU β€’ MEMIMPIN β€’ KE HADAPAN

✨ PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK SIRI 3 | PROGRAM KILAUAN PERMATA ✨🌟 Mencorak kecemerlangan, menyemai keyakinan, menggila...
20/09/2026

✨ PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK SIRI 3 | PROGRAM KILAUAN PERMATA ✨

🌟 Mencorak kecemerlangan, menyemai keyakinan, menggilap potensi!

Program Perkampungan Akademik Siri 3 meneruskan usaha SMK Seri Medan dalam memperkasa murid sasaran cemerlang melalui pengukuhan akademik bagi mata pelajaran WIG sekolah – Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. πŸ“šβœ¨

Seramai 67 orang murid Tingkatan 5 (5B, 5C & 5D) telah menyertai program yang berlangsung pada 16–18 September 2026 di JMJ Homestay, Batu Pahat.

Program ini menjadi ruang untuk murid:
🎯 Memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran akademik
πŸ’‘ Memperkukuh strategi pembelajaran dan penyelesaian masalah
πŸ”₯ Meningkatkan motivasi serta keyakinan diri
πŸ† Membina momentum menuju kecemerlangan SPM 2026

Dengan bimbingan dan komitmen guru, setiap usaha kecil hari ini diharapkan menjadi langkah besar menuju kejayaan SPM 2026. 🌟

β€œUsaha hari ini, kecemerlangan esok.”

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang terlibat! Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. πŸ’ͺπŸ»πŸ“–βœ¨








Kejohanan Dodgeball MSSD BP Bawah 14 tahun. Tarikh : 19/9/2026Masa : 8.00 pagi - 2.00 petangTempat : Finz Sport Pura Ken...
20/09/2026

Kejohanan Dodgeball MSSD BP Bawah 14 tahun.

Tarikh : 19/9/2026
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Finz Sport Pura Kencana
Guru pengiring : Cg Amirul, Cg Azahari & Cg Hawa

Keputusan : SMK Seri Medan - NAIB JOHAN πŸ₯ˆπŸ†

Alhamdulillah, 1st try 2nd place.❀️✨

Tahniah kepada semua jurulatih & atlet pasukan Dodgeball sekolah.Semoga penubuhan pasukan ini dapat melahirkan lagi lebih ramai atlet serta kemenjadian anak2 SMK Seri Medan.πŸ’ͺ

πŸ“šβœ¨ PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK SIRI 2 βœ¨πŸ“š11 & 12 September 2026β€œIlmu β€’ Disiplin β€’ Kecemerlangan”Alhamdulillah, Program ...
16/09/2026

πŸ“šβœ¨ PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK SIRI 2 βœ¨πŸ“š

11 & 12 September 2026
β€œIlmu β€’ Disiplin β€’ Kecemerlangan”

Alhamdulillah, Program Perkampungan Akademik Siri 2 kembali mengorak langkah dalam memperkukuh persediaan calon SPM 2026, dengan memberikan fokus khusus kepada mata pelajaran elektif. πŸ’ͺπŸ»πŸ“–

Pelbagai mata pelajaran elektif terlibat seperti Fizik, Perniagaan, Sains Sukan, Pertanian, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, SRT, Biologi, KMK, Reka Cipta, Pendidikan Seni Visual, Sejarah dan Tanaman Makanan.

Program ini menjadi ruang untuk murid:
🎯 Memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran
πŸ“ Memperkukuh teknik menjawab soalan peperiksaan
πŸ’‘ Membina keyakinan dan strategi menghadapi SPM
πŸ”₯ Meningkatkan motivasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan

Setiap sesi pembelajaran adalah satu langkah menuju impian.
Usaha hari ini, kejayaan esok. 🌟

Teruskan melangkah dengan penuh disiplin, kesungguhan dan semangat juang. Kecemerlangan SPM 2026 sedang kita bina bersama! πŸ’™πŸ’›

β€œBersama Mencapai Kecemerlangan”
πŸ† SPM 2026 β€” Kita Usahakan, Kita Jayakan! πŸ†






✨ JAMUAN MAKAN APRESIASI PPC 2026 βœ¨β€œMeraikan Usaha, Menghargai Pencapaian” πŸ†πŸ“šAlhamdulillah, satu lagi detik bermakna dir...
14/09/2026

✨ JAMUAN MAKAN APRESIASI PPC 2026 ✨

β€œMeraikan Usaha, Menghargai Pencapaian” πŸ†πŸ“š

Alhamdulillah, satu lagi detik bermakna diraikan bersama warga SMK Seri Medan melalui Jamuan Makan Apresiasi PPC 2026. πŸ’™πŸ’›

Program ini menjadi ruang untuk menghargai usaha, kesungguhan dan pencapaian murid sepanjang menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2026.Antara anugerah yang diraikan ialah
Pencapaian AR2 melepasi OTR2 (68 orang )
dan Pencapaian Cemerlang 7A hingga 9A (11 orang).

Setiap usaha yang dicurahkan, setiap cabaran yang ditempuhi dan setiap pencapaian yang diraih adalah langkah penting menuju kejayaan sebenar. 🌟

Semoga apresiasi ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah dengan lebih yakin, berusaha dengan lebih gigih dan memburu kejayaan SPM 2026. πŸ’ͺπŸ»πŸ“–βœ¨

Terima kasih kepada seluruh warga sekolah atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Usaha kita hari ini, kejayaan mereka esok.
SMK Seri Medan β€” Bersama Menuju Kecemerlangan! πŸ†πŸ’™πŸ’›

πŸ“… 14 September 2026
⏰ 10.00 pagi
πŸ“ Kantin SMK Seri Medan






πŸ“šπŸ”₯ PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK SIRI 1 πŸ”₯πŸ“šMencipta Momentum, Membina Kecemerlangan SPM 2026!Tanggal 22 & 23 Ogos 2026, t...
11/09/2026

πŸ“šπŸ”₯ PROGRAM PERKAMPUNGAN AKADEMIK SIRI 1 πŸ”₯πŸ“š
Mencipta Momentum, Membina Kecemerlangan SPM 2026!

Tanggal 22 & 23 Ogos 2026, telah berlangsung Program Perkampungan Akademik Siri 1, sebuah inisiatif kecemerlangan akademik yang dirangka khusus bagi memperkukuh persediaan calon SPM 2026.

🎯 Sasaran: Semua murid Tingkatan 5
πŸ“… Tarikh: 22 & 23 Ogos 2026
πŸ“– Fokus: 6 mata pelajaran teras
πŸ”Ή Bahasa Melayu
πŸ”Ή Bahasa Inggeris
πŸ”Ή Sains
πŸ”Ή Matematik
πŸ”Ή Pendidikan Islam
πŸ”Ή Sejarah

Program ini menjadi wadah untuk murid memantapkan penguasaan konsep, memperkukuh kemahiran menjawab soalan serta meningkatkan keyakinan dalam menghadapi peperiksaan SPM yang semakin hampir.

πŸ’ͺ Setiap ilmu yang dipelajari, setiap soalan yang diselesaikan dan setiap usaha yang dicurahkan hari ini adalah langkah menuju kejayaan yang diimpikan.

✨ Teruskan melangkah. Jangan berhenti berusaha.
Kerana kejayaan SPM 2026 bukan sekadar impian, tetapi sasaran yang sedang kita perjuangkan bersama!

πŸ”₯ Perjuangan bermula hari ini. Kecemerlangan menanti di garisan penamat!







11/09/2026

πŸŽ“βœ¨ TAHNIAH, MEDANIAN SIXERS! βœ¨πŸŽ“

Setinggi-tinggi tahniah kepada 5 orang pelajar Semester 3 atas pencapaian cemerlang dalam Keputusan Peperiksaan Semester 2 STPM 2026!

🌟 Badrul Hisyam β€” PNGK 3.67
🌟 Adriana Sofea β€” PNGK 3.58
🌟 Nur Ain Syafiqah β€” PNGK 3.25
🌟 Nur Farah Izzati β€” PNGK 3.08
🌟 Shahwan Hasraf β€” PNGK 3.08

Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi hasil daripada usaha, disiplin dan kesungguhan yang berterusan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh dan turut memberi inspirasi kepada seluruh warga Medanian Sixers.

Terima kasih juga kepada semua pelajar Semester 3 atas usaha, komitmen dan kesungguhan yang telah diberikan sepanjang Semester 2. Setiap peningkatan, setiap cabaran yang berjaya ditempuhi dan setiap usaha untuk terus menjadi lebih baik amat kami hargai.

Perjalanan masih belum selesai. Teruskan berusaha, perbaiki apa yang masih kurang dan jadikan keputusan kali ini sebagai pembakar semangat untuk mencapai keputusan yang lebih baik pada semester seterusnya.

Kejayaan diraikan, usaha semua tetap dihargai.

Jom follow kami di Media Sosial Pusat Tingkatan 6
Fb
https://web.facebook.com/MPPU.SMKSM

Instagram
https://www.instagram.com/jptesmksm?igsh=M3liNGJxamdpMXky

Tiktok
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-990CWbMFsGK

ILMU β€’ MEMIMPIN β€’ KEHADAPAN

MAJLIS ANUGERAH GURU INOVATIF DAN KAJIAN TINDAKAN (AGIKT’26)DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2026Tahniah kepada Dr Noor Izwan bin...
10/09/2026

MAJLIS ANUGERAH GURU INOVATIF DAN KAJIAN TINDAKAN (AGIKT’26)
DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2026

Tahniah kepada Dr Noor Izwan bin Nasir atas Anugerah Kajian Tindakan (Kategori Lepasan Menengah) dan Pn Nor Azlina binti Tajudin Kategori (Pendidikan Khas).Moga menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan.

Address

Jln Pt Hj Ariff , Seri Medan
Batu Pahat

Telephone

074850243

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK SERI MEDAN Satu Sekolah Satu Suara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category