Maahad AlQuran ArRaudhah

Maahad AlQuran ArRaudhah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad AlQuran ArRaudhah, Education, Batu Pahat.

Sebuah institusi pengajian AlQuran yang menggunakan pengajian bersistematik dalam melahirkan Huffaz yang berkualiti serta menyediakan fasiliti madrasah yang lengkap

27/02/2025

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa."
(Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Nantikan Pengisytiharan Permulaan Puasa Tahun 1446H/2025M pada 28 Februari 2025 (Jumaat), pukul 8.00 malam hanya di RTM.

Photos from Maahad AlQuran ArRaudhah's post 26/01/2025

Infografik ringkas Isra wal Mikraj

26/01/2025

Selamat Menghayati Peristiwa Israk Mikraj 1446H / 2025M

Peristiwa agung Israk dan Mikraj bukan sekadar perjalanan Rasulullah SAW, tetapi sebuah pengajaran yang penuh hikmah. Ia mengingatkan kita untuk sentiasa taat kepada perintah Allah SWT, kerana azab-Nya amat pedih bagi mereka yang ingkar.

Melalui peristiwa ini, Allah SWT memerintahkan untuk mengerjakan solat fardu sebanyak 50 waktu namun atas sifat rahmat-Nya umat Islam diwajibkan untuk mengerjakan sebanyak lima waktu.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 1:

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Marilah kita hayati ibrah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj ini.
Jadikan ia pedoman untuk memperbaiki akhlak, memperkukuhkan iman, serta meninggalkan kemungkaran demi mencapai keredhaan Allah SWT.

Daripada Maahad Al-Quran Ar-Raudhah

26/01/2025

Kedudukan Tertinggi Manusia ialah Hamba
=====
1. Antara perkara yang menarik untuk direnungi dalam ayat mengenai Israk Mikraj ini ialah keperibadian Rasulullah ﷺ yang disifatkan sebagai seorang hamba. Firman Allah:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa...”

2. Bayangkan, sekalipun Rasulullah ﷺ dijemput dengan upacara penghormatan yang amat sempurna, (iaitu disediakan kenderaan, diiringi oleh ketua malaikat, diberi kemuliaan mengimamkan para Nabi) namun, atas segala kemuliaan ini Allah menyifatkan Baginda sebagai seorang hamba. Ini menunjukkan, setinggi-tinggi, dan semulia-mulia tahap seorang makhluk itu ialah menjadi seorang hamba kepada Allah.

3. Atas sebab itu kita dapati dalam al-Quran bagaimana Allah menyifatkan Rasulullah ﷺ dengan gelaran hamba ketika Baginda menggalas tugas-tugas penting. Sebagai contoh, ketika memikul tugas mulia sebagai seorang pendakwah, Allah menyifatkan Nabi sebagai seorang hamba. Insiden ini berlaku saat Rasulullah ﷺ menyampaikan dakwahnya kepada golongan jin. Firman Allah:

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللَّهِ يَدْعُوهُ كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا

“Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka (golongan jin) hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya.” (Surah al-Jin: 19)

4. Begitu juga ketika Rasulullah ﷺ menggalas tugas sebagai penerima wahyu, maka Baginda juga dipanggil sebagai hamba. Firman Allah:

إِن كُنتُمْ فِى رَيْبٍۢ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍۢ مِّن مِّثْلِهِۦ

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu...” (Surah al-Baqarah: 23)

5. Jelas di sini, semulia-mulia kedudukan manusia adalah menjadi hamba di sisi Tuhannya. Saat Rasulullah ﷺ diseru menghadap Allah Yang Maha Esa, Baginda dipanggil hamba. Saat beliau memikul tugas mulia sebagai pendakwah, Allah memanggilnya sebagai hamba dan saat dia menjadi penyampai kepada wahyu Ilahi, Allah tetap menyifatkannya sebagai hamba.

6. Gelaran ini juga adalah jelas satu peringatan buat kaum muslimin agar tidak mengangkat seorang hamba itu menjadi Tuhan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Kristian. Kemuliaan dan keajaiban yang dikurniakan kepada Nabi Isa menjadikan mereka kagum dan terkeliru sehingga meletakkan Nabi Isa sebagai anak Tuhan.

Perbincangan ini merupakan petikan dari analisis buku Prinsip Kehidupan Dalam Hadis Isra dan Mikraj. Dapatkan untuk perbincangan lanjut di:

https://shopee.com.my/PRINSIP-KEHIDUPAN-DARI-HADIS-ISRAK-MIKRAJ-OLEH-DR-AHMDA-SANUSI-AZMI-i.510934549.24564773865
https://shopee.com.my/PRINSIP-KEHIDUPAN-DARI-HADIS-ISRAK-MIKRAJ-OLEH-DR-AHMDA-SANUSI-AZMI-i.510934549.24564773865

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

01/01/2025

Kau tahu, 2024 ni, kalau nak cerita, penuh dengan pengajaran untuk umat Islam. Dunia bergolak, umat berpecah, dan kita sering lupa nak tengok balik kompas kehidupan kita mengikut Al-Quran.

Ironinya, tahun baru 2025 kali ni bermula tepat pada 1 Rejab, bulan haram yang Allah muliakan. Kau rasa kebetulan ke?

Abang tak rasa macam tu.
Allah ni Maha Perancang.

Kalau kita nak faham, ini sebenarnya satu seruan dik, untuk kita berhenti sejenak, muhasabah dan fikir balik apa hala tuju hidup kita.

Rejab ni bukan sekadar bulan dalam kalendar Islam. Dalam sejarah, ia bulan persediaan. Bulan yang Rasulullah dan para sahabat gunakan untuk “pemanasan” sebelum Ramadan.

Kalau kau nak tahu, Rejab ni ibarat Allah suruh kita “slow down” kejap, muhasabah diri dan mula reset hidup.

Allah mention dalam Al-Quran, “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi; di antaranya empat bulan haram.” (At-Taubah: 36).

Rejab adalah salah satu daripadanya.

Dalam bulan ni, Allah tuntut kita untuk lebih berhati-hati dengan dosa dan lebih bersungguh-sungguh dalam kebaikan. Tapi semua tu perlukan AZAM YANG KUAT.

Kau tahu apa maksud azam dalam Islam?

Bukan sekadar buat list “nak kurus” atau “nak kaya”. Azam adalah tekad yang terikat dengan niat kerana Allah. Rasulullah dah pesan, “Setiap amal itu bergantung pada niat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Azam ni kau tak ukur dengan kata-kata. Kau ukur dengan perubahan tindakan.

Cuba tengok hidup kau sepanjang 2024.
Apa yang kau dah buat?

Adakah Al-Quran jadi peta kau atau kau sesat ikut jalan yang dunia lukis untuk kau?

Sebab itu Nabi pesan, “Yang terbaik di kalangan kamu ialah yang hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini.”

Dik, Allah turunkan Al-Quran bukan untuk dibaca waktu tadarus Ramadan je. Tapi sebagai peta. Satu-satunya panduan yang boleh selamatkan kita dari jalan yang bengkang-bengkok.

Al-Quran ni ibarat GPS.
Kalau kau tak guna, kau takkan sampai ke destinasi.

Allah dah pesan, “Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku (Al-Quran), maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit…” (Taha: 124).

2024 banyak ajar kita tentang pentingnya berpegang pada Al-Quran. Kau tengok isu umat Islam, perpecahan, ketidakadilan dan sebagainya. Semua ni sebab kita jauh dari Quran.

Kita lebih percaya cakap manusia dari wahyu Allah.
(Sigh!)

Sempena 1 Rejab jatuh pada 1 Januari.
Dua permulaan besar dalam satu hari.

Apa maknanya?
Maknanya Allah beri kita peluang untuk reset dua kali ganda.

Dalam Rejab ni, kau mulakan dengan membersihkan hati. Buang rasa dengki, benci dan dendam. Rejab adalah simbol “turning point” kau. Kalau tahun ni kau rasa hilang arah, inilah masanya untuk kau letakkan balik Quran sebagai imam hidup kau.

Pesan Abang untuk kau.

Kau jangan tunggu orang lain berubah.
Kau sendiri kena mula dulu. Azam kau tak perlu besar, tapi biar jelas. Contohnya:

1. Setiap pagi, baca Al-Quran walau satu ayat dan renungkan maknanya.

2. Solat awal waktu, sebab itu janji kau dengan Allah.

3. Buat satu kebaikan kecil setiap hari untuk keluarga atau orang sekeliling kau.

4. Pergi Tanah Haram dengan Rarecation, ikut trip Kembara Wahyu di sini https://www.rarecation.com/products/kembara-wahyu

Hidup ni pendek, dik. Rasulullah ajar kita untuk selalu bermuhasabah sebelum ajal datang menjemput.

Sabda baginda, “Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati.” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Jadi 2025 ni, kau jangan sekadar sibuk buat “new year resolution”.

Jadikan Rejab ni masa untuk kau betulkan arah. Buat azam yang Allah reda. Hidupkan rumah kau dengan Al-Quran, dengan solat berjemaah, dengan doa yang kau ajar anak-anak untuk sebut setiap pagi. Sebab akhirnya, yang kau tinggalkan adalah amal kau, bukan nama kau.

Kau masih ada masa untuk kembali pada Allah.

Rejab ni pintu taubat terbuka luas.
Jangan tunggu Ramadan untuk mula berubah.

Semoga langkah kau diberkati. Selamat melangkah ke 2025 dengan hati yang baru.



Shauqi Hasan
Mutawif Rare, Madinah.

31/12/2024

اللّهُمَّ بَارِك لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

“Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.”

Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan kita
di bulan Rejab sebagai persiapan untuk kita bertemu
dengan bulan Ramadan.

25/12/2024

Sempena cuti Krismas ini, min buatlah sikit ulang kaji sirah Nabi dengan fokus pada Nasrani. Asalnya nak extrak sikit saja untuk jadikan perkongsian di sini tapi melarat-larat jadinya. Banyak perkara yang min baru perasan. Sungguh, kita kena baca lagi dan lagi sirah Nabi. Kalau bukan maklumat baharu, perspektif baharu yang kita akan dapat.

Di sini min buatkan jadual sebahagian sahabat Nabi yang asalnya beragama Nasrani sebelum memeluk Islam. Tidak muat nak sebut semua. Dalam senarai min setakat ini, ada 15 orang. Seronok baca kisah keislaman masing-masing.

Alang-alang, min nak kongsikan 2 perspektif berikut:

1. Agama Nasrani ialah agama kedua terbesar dianuti orang Arab pada zaman jahiliah, kalau tidak agama terbesar. Kabilah-kabilah di sebelah utara semenanjung dan di sebelah Yaman majoritinya beragama Nasrani. Patutlah banyak wahyu al-Quran tentang mereka!

3. Banyak peristiwa besar dan penting berlaku antara Nabi dan golongan Nasrani. Mereka menjadi "pengacau" dakwah Nabi sepertimana kaum Quraisy juga. Antaranya mereka bunuh pendakwah yang Nabi hantar. Perang Daumatul Jandal, Muktah dan Tabuk antara siri reaksi pertembungan Nabi dengan mereka.

~ Admin Ibn Saad.

Setakat ini dulu. Min alu-alukan sebarang komentar dan tambahan daripada semua sahabat sirah sekalian.

10/12/2024

KENAPA ANAK KITA LEMAH HAFAZ QURAN?

Bila hantar anak ke sekolah tahfiz, didapati anak kita lambat hafaz, ulangan al-Quran tak ingat dan banyak lagi masalah lain.

Saya ingin menasihati ibubapa supaya tidak 'push' dah menyalahkan Ustaz semata-mata.

"Kenapa anak saya tak khatam-khatam?
Ustaz tak pandai mengajar ke?
Ustaz tidur je ke? Makan gaji buta ke?
Kenapa sikitnya anak saya hafaz bulan ni?"

* * *

Kalau anak kita lambat, susah ingat, susah hafaz Quran, cuba lihat pada diri sendiri.

1. Duit bayar yuran sekolah itu adakah sumbernya betul-betul halal atau haram?

2. Berapa kali follow up tanya masalah atau perkembangan untuk bantu ustaz yang mengajar anak kita.

3. Dah cuba ajar anak hafaz Quran sendiri?

4. Adakah tahu tahap hafazan, ingatan dan kemampuan anak-anak kita?

5. Berapa kali sehari kita berdoa untuk anak supaya mudah belajar dan hafaz Quran?

6. Makanan apa yang diberi pada anak sehingga anak susah sangat nak hafaz??!

7. Hantar anak masuk tahfiz, apakah niat kita? Nak bangga ada anak hafiz? Boleh jadi imam, tumpang bangga? Nak masuk syurga? Kerana Allah? Nak amal Quran?

Al-Quran bukan semata-mata BACA dan HAFAZ, tapi yang paling terpenting sekali ialah AMAL.

Nak beramal wajib tahu isi kandungannya iaitu dengan cara mentadabbur ayatnya. Bukan sekadar tengok terjemahan sahaja.

Hadiri kelas dan banyakkan bertanya pada guru. Moga kita semua lebih dekat dengan Quran.

Moga kita jadikan Quran sebagai teman hidup dan mati.

Kredit : Budak Madrasah

Photos from Maahad AlQuran ArRaudhah's post 08/09/2024

Alhamdulillah selesai Ihtifal Riyadhi Negeri Johor.. untuk Maahad AlQuran ArRaudhah ada 2 orang pelajar yang terpilih bagi mewakili kontinjen Batu Pahat bagi Pasukan Bola Sepak.

Syukur kepada Allah, Batu Pahat berada di tangga ke-2 untuk keseluruhan.

Ucapan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan diatas kejohanan kali ini..Insya Allah akan menyertai lagi pada masa akan datang.

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Batu Pahat

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00