SK Limpoon 1

SK Limpoon 1

Share

SK Limpoon 1
Jalan Lim Yew Leong
83000 Batu Pahat
Johor

Photos from SK Limpoon 1's post 17/06/2026

📌 16 Jun 2026 (Selasa)
🏆 HARI SUKAN SK LIMPOON 1 2026 🏃‍♂️🏃‍♀️

Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru, ibu bapa serta warga SK Limpoon 1 yang telah menjayakan Hari Sukan SK Limpoon 1 pada 16 Jun 2026 dengan penuh semangat kesukanan dan kerjasama.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Rumah Garuda (Merah) yang berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Sukan Tahunan SK Limpoon 1 2026! ❤️🏆

Kemenangan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin dan semangat juang yang tinggi daripada semua ahli rumah sukan. Tahniah juga kepada Rumah Merak (Biru), Rumah Nuri (Hijau) dan Rumah Kasawari (Kuning) atas persaingan yang sihat dan penuh semangat.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat kesukanan, perpaduan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kejohanan adalah kemenangan sebenar.

16/06/2026
15/06/2026

Kejohan Olahraga Tahunan 2026 peringkat SK Limpoon 1 : tahun 2026. 16hb Jun 2026

Photos from SK Limpoon 1's post 13/06/2026

📌 12 Jun 2026 (Jumaat)
🏃‍♂️🏃‍♀️ HARI SUKANTARA SK LIMPOON 1 2026🏃‍♀️🏃‍♂️

Pada 12 Jun 2026 telah berlangsung Hari Sukantara SK Limpoon 1 yang melibatkan persaingan sihat antara empat buah rumah sukan iaitu 🔵 Rumah Biru, 🟢 Rumah Hijau, 🔴 Rumah Merah dan 🟡 Rumah Kuning.

Pelbagai acara telah dijalankan dengan penuh semangat, kerjasama dan kesungguhan daripada para peserta. Tahniah kepada semua murid yang telah memberikan komitmen terbaik serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang program berlangsung.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi semangat berpasukan, disiplin dan usaha yang ditunjukkan oleh setiap peserta adalah kejayaan sebenar.

Photos from SK Limpoon 1's post 07/06/2026

📌 4 Jun 2026 (Khamis)
🌿♻️ Semangat kerjasama, kreativiti dan kelestarian alam disatukan dalam aktiviti gotong-royong membina Taman Kitar Semula SK Limpoon 1.

Terima kasih kepada semua guru yang telah berganding bahu, menyumbang tenaga dan idea bagi mewujudkan satu sudut pembelajaran yang ceria serta mesra alam untuk warga sekolah.

Setiap usaha kecil hari ini merupakan langkah besar ke arah membentuk generasi yang lebih prihatin terhadap penjagaan alam sekitar. 💚

Photos from SK Limpoon 1's post 31/05/2026

📌 4 Mei 2026 (Isnin) - 5 Mei 2026 (Selasa)
Syabas dan tahniah kepada murid-murid SK Limpoon 1 atas pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan di UTHM.

✨ Hari Pertama
🏅 Tempat Ke-4 – Muizzuddin & Aqmar

✨ Sesi Pagi
🏅 Tempat Ke-6 dan 17– Aqmar & Zayd

✨ Sesi Petang
🏅 Tempat Ke-8 dan 19 – Aqmar & Zayd

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, dedikasi dan semangat yang tinggi sepanjang pertandingan. Tahniah kepada para peserta, guru pembimbing serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu.

Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama SK Limpoon 1 di persada yang lebih tinggi! 🚀✨

Photos from SK Limpoon 1's post 30/05/2026

📌13 Mei 2026 (Rabu)
Sekalung tahniah diucapkan kepada Ainul Mardhiah binti Mohd Khairy atas pencapaian cemerlang dengan memperoleh Kepujian dalam Pertandingan Kaligrafi Sekolah Rendah (Bukan Cina) sempena Karnival Bahasa Cina Peringkat Daerah Batu Pahat 2026.

Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha, minat dan kesungguhan mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

✨ Tahniah juga kepada guru pembimbing dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dalam mengembangkan bakat murid. ✨

Photos from SK Limpoon 1's post 30/05/2026

📌 11 Mei 2026 (Isnin)
🚸 PELANCARAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2026 🚸

Program Sekolah Selamat telah berjaya dilancarkan dan disempurnakan oleh Puan Noor Lina, Guru Besar SK Limpoon 1. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Limpoon 1 ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah dalam membanteras gejala buli, gangguan seksual, tingkah laku jenayah serta penggunaan v**e.

Melalui program ini, murid-murid didedahkan kepada kepentingan menjaga keselamatan diri, menghormati orang lain serta mengamalkan nilai-nilai murni bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan sejahtera.

✨ Bersama Membanteras Buli, Gangguan Seksual, Jenayah dan V**e demi Sekolah yang Selamat dan Kondusif. ✨

Want your school to be the top-listed School/college in Batu Pahat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Jalan Lim Yew Leong
Batu Pahat
83000