Kolej Komuniti Selayang

Kolej Komuniti Selayang No.Tel : 03-6136 8200
No. Faks : 03-61207200
No.Tel Kursus Pendek : 03-6120 1267

Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi merupakan IPTA yang menyediakan laluan alternatif kemahiran TVET melalui penawaran Sijil & Diploma Kolej Komuniti. KOLEJ KOMUNITI SELAYANG tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. ........................................................................................

.........

SELAYANG COMMUNITY COLLEGE is not responsible for any loss or damages that may be incurred by the user as a result of using the information on this site.

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H12 Rabiulawal 1448H - MADANI Dihayati, Ummah DiberkatiKolej Komuniti Selayang mengucapkan Sela...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H
12 Rabiulawal 1448H - MADANI Dihayati, Ummah Diberkati

Kolej Komuniti Selayang mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh warga KKSY dan umat Islam.

Marilah kita menghayati sirah dan akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan sifat kasih sayang, amanah, kesederhanaan dan perpaduan sebagai pedoman dalam kehidupan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta membentuk ummah yang lebih berilmu, berakhlak dan diberkati.

Salam Maulidur Rasul 1448H
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati






PSH: KURSUS ASAS APLIKASI KOMPUTER: MICROSOFT EXCEL PERKASA KEMAHIRAN DIGITALKolej Komuniti Selayang telah menganjurkan ...
24/08/2026

PSH: KURSUS ASAS APLIKASI KOMPUTER: MICROSOFT EXCEL PERKASA KEMAHIRAN DIGITAL

Kolej Komuniti Selayang telah menganjurkan Kursus Asas Aplikasi Komputer: Microsoft Excel pada 22 Ogos 2026. Kursus yang dikendalikan oleh Puan Nur Hanani Sariman ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Microsoft Excel dalam mengurus, menyusun dan menganalisis data dengan lebih sistematik dan berkesan.

Penganjuran kursus ini turut membantu meningkatkan kemahiran digital peserta, khususnya dalam penggunaan aplikasi komputer yang penting untuk keperluan pembelajaran, pekerjaan serta pengurusan tugasan harian.





PSH: KURSUS ASAS APLIKASI KOMPUTER: MICROSOFT POWERPOINT PERKASA KEMAHIRAN DIGITALKolej Komuniti Selayang telah menganju...
24/08/2026

PSH: KURSUS ASAS APLIKASI KOMPUTER: MICROSOFT POWERPOINT PERKASA KEMAHIRAN DIGITAL

Kolej Komuniti Selayang telah menganjurkan Kursus Asas Aplikasi Komputer: Microsoft PowerPoint pada 23 Ogos 2026. Kursus yang dikendalikan oleh Puan Haryati Baharuddin ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Microsoft PowerPoint sebagai salah satu aplikasi penting dalam penyediaan bahan pembentangan yang lebih sistematik, menarik dan profesional.

Penganjuran kursus ini selaras dengan usaha memperkukuh kemahiran digital dalam kalangan peserta, khususnya dalam menguasai aplikasi komputer yang dapat dimanfaatkan dalam pembelajaran, pekerjaan serta urusan seharian.





PSH: KURSUS ASAS BAHASA JEPUN PERKASA KEMAHIRAN KOMUNIKASIKolej Komuniti Selayang telah menganjurkan Kursus Asas Bahasa ...
24/08/2026

PSH: KURSUS ASAS BAHASA JEPUN PERKASA KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kolej Komuniti Selayang telah menganjurkan Kursus Asas Bahasa Jepun pada 22 Ogos 2026, bertempat di Dewan Kuliah KKSY. Kursus ini memberi pendedahan asas kepada peserta dalam mempelajari bahasa dan budaya Jepun. Kursus telah disampaikan oleh Encik Abdul Halim bin Nawi, manakala Puan Siti Zubaidah bertindak sebagai urus setia.

Program seumpama ini diharap dapat memperkaya kemahiran komunikasi serta membuka peluang kepada peserta untuk mengenali bahasa dan budaya antarabangsa.





AI PEMANGKIN KREATIVITI DAN PELUANG PENDAPATAN PELAJARKolej Komuniti Selayang terus memperkasa pelajar dengan perkongsia...
21/08/2026

AI PEMANGKIN KREATIVITI DAN PELUANG PENDAPATAN PELAJAR

Kolej Komuniti Selayang terus memperkasa pelajar dengan perkongsian ilmu industri apabila En. Abdul Hanan Ismail, Founder Kelembai Studio, berkongsi pengalaman dan kaedah penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menghasilkan karakter 3D.

Perkongsian turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai proses mencetak karakter 3D dan menghasilkan produk komersial yang berpotensi untuk dipasarkan, sekali gus membuka peluang menjana pendapatan walaupun masih dalam tempoh pengajian.





KKSY PERKUKUH TEKNOLOGI XR BROADCAST DAN CINEMA 5D MELALUI KOLABORASI INDUSTRIKolej Komuniti Selayang (KKSY) menerima ku...
21/08/2026

KKSY PERKUKUH TEKNOLOGI XR BROADCAST DAN CINEMA 5D MELALUI KOLABORASI INDUSTRI

Kolej Komuniti Selayang (KKSY) menerima kunjungan Frances Tan dan pasukan daripada Medianetic Sdn. Bhd. bagi meninjau fasiliti XR Broadcast dan Cinema 5D KKSY, sekali gus membuka ruang perkongsian kepakaran dalam memperkukuh ekosistem pendidikan berasaskan teknologi imersif.

Dalam kunjungan tersebut, Frances dan pasukan turut memberikan konsultasi berkaitan persediaan dan penetapan XR Broadcast, selain merancang latihan pensyarah bagi penggunaan perisian Pixotope dan VR Simlab. Perkongsian ini diharap dapat memperkasa kompetensi warga akademik serta menyokong penerapan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran TVET.

Menariknya, Frances Tan merupakan alumni Politeknik Ungku Omar (PUO) tahun 1984, menjadikan kunjungan ini satu kesinambungan hubungan alumni dalam menyumbang kepakaran dan pengalaman kepada pembangunan TVET negara.





KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA: KKSY DEKATI PELAJAR SMK TAMAN MELAWATIGOMBAK, 21 Ogos 2026 - Kolej Komuniti Selayang (K...
21/08/2026

KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA: KKSY DEKATI PELAJAR SMK TAMAN MELAWATI

GOMBAK, 21 Ogos 2026 - Kolej Komuniti Selayang (KKSY) telah menyertai Karnival Pendidikan dan Kerjaya di SMK Taman Melawati dengan membuka reruai pameran bertujuan mempromosikan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) di samping memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian di KKSY. Pengunjung turut diberikan penerangan berkaitan program pengajian, syarat kemasukan, kemudahan pembelajaran serta prospek kerjaya yang ditawarkan.

Melalui penyertaan ini, KKSY terus memperkukuh peranannya sebagai institusi TVET yang komited dalam menyebarluaskan akses pendidikan berkualiti kepada masyarakat. Inisiatif ini bukan sahaja membantu bakal pelajar membuat pilihan pengajian yang tepat mengikut minat dan potensi masing-masing, malah menyokong aspirasi negara dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara.





84 ANIMATION BUKA RUANG KOLABORASI INDUSTRI BERSAMA KKSYSELAYANG, 21 Ogos — Kolej Komuniti Selayang (KKSY) terus memperk...
21/08/2026

84 ANIMATION BUKA RUANG KOLABORASI INDUSTRI BERSAMA KKSY

SELAYANG, 21 Ogos — Kolej Komuniti Selayang (KKSY) terus memperkukuh jaringan kerjasama dengan industri menerusi sesi bersama 84 Animation Studio, khususnya dalam bidang animasi dan teknologi kreatif.

Pengarah Urusan dan Pengarah Animasi 84 Animation Studio, Puan Maryawati Ramili dan Encik Muhammad Feerdaus Abdul Manaf yang bertindak sebagai mentor industri telah diberikan penerangan Work-Based Learning (WBL) oleh Encik Adli Che Arsad, Penyelaras WBL KKSY, selain sesi semakan Letter of Intent (LOI) dan lawatan ke fasiliti Diploma in Games Art Technology (DGA).

Kolaborasi bersama pemain industri ini diharap dapat memperkukuh hubungan akademia-industri serta membuka lebih banyak ruang kepada pelajar untuk memperoleh pendedahan terhadap keperluan dan perkembangan sebenar industri animasi dan kreatif.





KKSY RAIH PINGAT PERAK DAN GANGSA DI ProAlBi 2026JELEBU, 19 Ogos — Kolej Komuniti Selayang (KKSY) mencipta kejayaan memb...
19/08/2026

KKSY RAIH PINGAT PERAK DAN GANGSA DI ProAlBi 2026

JELEBU, 19 Ogos — Kolej Komuniti Selayang (KKSY) mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya meraih Pingat Perak dan Pingat Gangsa pada Projek Alam Bina (ProALBi) 2026 Peringkat Antarabangsa yang berlangsung di Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan pada 17 - 19 Ogos 2026.

Program tersebut turut diserikan dengan Perasmian Penutup oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Kejayaan KKSY ini membuktikan komitmen, kreativiti dan kesungguhan warga institusi dalam mengetengahkan idea serta inovasi dalam bidang alam bina di peringkat antarabangsa.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para pensyarah dan pelajar KKSY yang terlibat atas usaha, komitmen serta kerja keras sehingga berjaya membawa pulang dua pingat berprestij tersebut.

Penghargaan turut diberikan kepada para pensyarah yang sentiasa membimbing, memberi tunjuk ajar dan menjadi penggerak kepada kejayaan para pelajar. Semoga pencapaian ini menjadi suntikan semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.





PELAJAR SKU KKSY SERTAI NUMEE GARDENIA GOURMET CHALLENGE 2026MELAKA, 19 Ogos — Tahniah diucapkan kepada enam pelajar Sij...
19/08/2026

PELAJAR SKU KKSY SERTAI NUMEE GARDENIA GOURMET CHALLENGE 2026

MELAKA, 19 Ogos — Tahniah diucapkan kepada enam pelajar Sijil Kulinari (SKU), Kolej Komuniti Selayang (KKSY) yang terlibat dalam Numee Gardenia Gourmet Challenge 2026, anjuran Numee Gardenia dengan kerjasama Politeknik Merlimau Melaka.

Penyertaan itu mencerminkan komitmen pelajar dalam memperkasa kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam bidang kulinari, selain menjadi platform untuk mereka menimba pengalaman serta menguji keupayaan dalam suasana pertandingan sebenar.

Syabas dan tahniah kepada keenam-enam pelajar SKU atas keberanian membawa nama institusi ke pentas pertandingan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan dalam bidang kulinari pada masa hadapan.





Address

Batu Caves

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60361368200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Selayang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share