03/08/2026
Persiapan menuju Malaysia Robotics & AI Challenge (MRAC) semakin rancak! 🤖🚀*
Sabtu lalu, Ibu Pejabat *Karisma Mutiara* di *Sri Gombak* menjadi pusat latihan dan persiapan buat para peserta yang bakal beraksi di *MRAC*.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sekolah yang sanggup datang dari pelbagai negeri, menempuh perjalanan yang jauh demi menimba ilmu dan memperkukuhkan kemahiran dalam bidang robotik, pengaturcaraan dan AI. Komitmen anda amat kami hargai. ❤️
*Ucapan penghargaan khas* juga buat barisan *Trainer Karisma Mutiara* yang sanggup meluangkan masa pada hari *Sabtu dan Ahad* untuk melatih pasukan in-house Karisma Mutiara serta membimbing sekolah-sekolah yang hadir dari jauh. Dedikasi dan semangat anda menjadi tulang belakang kejayaan program ini.
Semoga segala usaha ini menjadi bekalan terbaik buat semua peserta untuk memberikan persembahan cemerlang di pentas *Malaysia Robotics & AI Challenge (MRAC)*.
*Jumpa di MRAC! 💪🤖🇲🇾*