21/01/2015
Dengan kerjasama MPP, MESTA & SMF.
Ceramah Maulidur Rasul 1437 H
"Tangisan Sebatang Tamar" -Ustaz Fauzan-
Ya Rasulullah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu
Ya Rasulullah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga
(Tangisan Sebatang Tamar - Daqmie)
Kisahnya:
Pada masa itu Masjid Nabawi hanya beratap batang pokok kurma. Manakala mimbar asalnya diperbuat dari pohon tamar. Itulah tempat Rasulullah s.a.w bersandar ketika menyampaikan khutbah. Apabila sudah tidak digunakan lagi, pohon tamar itu bersedih dan menangis kerana rindu kepada Rasulullah s.a.w yang mulai menjauhinya. Juga menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingati Allah s.w.t.
Rasulullah tersenyum sambil mengusap-usap batang tamar itu lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.”
*Betapa hebatnya tahap kecintaan sebatang tamar terhadap Rasulullah s.a.w. sehinggakan dapat bersama-sama dgn baginda di syurga kelak. Bagaimana p**a dengan kita? Bukan sekadar pengakuan lidah, apa bukti kecintaan dan kerinduan kita kepada Rasulullah s.a.w ? Sejauhmana kita merasakan rindu untuk bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
*Oleh itu, berlumba-lumbalah kita utk menjadi umat Muhammad yg terbaik & berusaha utk menjadi "4 ciri-ciri org yg cemerlang"
1.Org yg mencintai, menyayangi & beriman dgn sepenuhnya kpd Rasulullah s.a.w.
2.Org yg memuliakan Rasulullah dgn mengikuti sunnah & akhlak Rasulullah
3.Org yg membantu agama Nabi s.a.w.
4. Org yg mengikuti Al-Quran & as-Sunnah
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.
Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.
*Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg dicelakakan kerana tidak berselawat ke atas Nabi apabila nama Nabi disebut. Marilah kita melazimi diri dgn berselawat ke atas nabi & mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan kita memperolehi syafaat Rasulullah di akhirat nanti. Wallahua'lam
Foto : Amir MRO