28/04/2026
Kelas 4 Raya
Murid belajar mengenal huruf "y" dan bunyinya dengan betul.
Selain itu, anak-anak juga belajar membaca bacaan panjang huruf hijaiyyah "ج" berbaris fathah, kasrah dan dhommah dengan tepat.😊
27/04/2026
Assalamualaikum..
Kelas 5 lily
Hari ini anak-anak belajar maksud Al-Malik dan Al-Ghafur☺️
Al-Malik bermaksud Maha menguasai
Al Ghafur bermaksud Maha Pengampun🫶
06/03/2026
🌙 Salam Nuzul Quran 🌙
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang hak dan yang batil).” (Surah Al-Baqarah: 185)
Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk kita kembali kepada Al-Quran membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Semoga Ramadan kali ini lebih dekat dengan Al-Quran, dan kita didik anak-anak mencintai kalam Allah sejak kecil 🤍📖
31/01/2026
Mengenal tanda bacaan pendek dalam Al-Quran, iaitu fathah (َ ), kasrah (ِ ) dan dhammah (ُ ).
Pengenalan tanda bacaan ini sangat penting kerana ia membantu anak2 menyebut huruf hijaiyah dengan bunyi yang betul, seterusnya membaca Al-Quran dengan sebutan yang tepat dan jelas. Pembelajaran asas ini juga menjadi langkah awal sebelum anak2 dapat membaca ayat Al-Quran dengan lancar pada peringkat seterusnya.
Kerjasama ibu bapa untuk mengulang bacaan di rumah amat dihargai. Terima kasih.
31/01/2026
Masih ada kekosongan untuk anak 4 tahun!
Persediaan awal adalah kunci kejayaan anak. Selari dengan saranan kerajaan, anak yang bersedia dari awal lebih yakin melangkah ke Darjah 1 seawal 6 tahun.
📚 Daftar sekarang & beri permulaan terbaik buat si kecil anda.
29/01/2026
❣ CUTI SEMPENA HARI THAIPUSAM ❣
29/01/2026
Assalamualaikum ibu ayah..
Anak anak membuat aktiviti " capan" menggunakan jari bagi membentuk daun pada pokok..