Bawang Hollen

Bawang Hollen TERUSKAN BERJUANG SEHINGA TERCAPAI �

02/05/2025

Salam Jumaat buat semua 😘

01/05/2025

Pas**an bomba tiba untuk mengambil pesakit di cam site Gua Musang...terima kasih kepada Pihak Bomba yang terlibat

01/05/2025

Hai hai hai 🤗

Saya ahli baru di FBpro 🥰

Ukur baju di badan sendiri 🥰
01/05/2025

Ukur baju di badan sendiri 🥰

BILA ISTERI TAWAR HATI"Saya nak bercerai dengan suami. Saya rasa tak bahagia. Saya rasa give up nak masuk syurga Allah s...
26/08/2020

BILA ISTERI TAWAR HATI

"Saya nak bercerai dengan suami. Saya rasa tak bahagia. Saya rasa give up nak masuk syurga Allah sebagai seorang isteri. Susah sangat..."

Jika isteri asyik minta cerai & suami asyik marah-marah, marah anak, bentak isteri.. itulah tandanya sesuatu keberkahan di dalam rumahtangga kita telah hilang.


Jangan main-main apabila isteri telah tawar hati. Dia yang dulu mungkin sangat s**a tersenyum & tergelak berubah menjadi seperti tidak pandai mengukir senyum. Dia yang dulu s**a bercakap mungkin semakin lama semakin hilang butir bicara. Dia sudah tidak kisah apa yang hendak si suami lakukan, bicarakan. Kalau dulu pandangannya lekat sentiasa di wajah suami, kini memandang muka suami pun sudah tidak sudi.

Semuanya kerana dia sudah tawar hati, pelbagai hal yang terpendam akhirnya menyebabkan hatinya semakin menjauh.

Untuk para suami, sekiranya isteri berubah sikap jauh berbeza dari sifatnya semasa baru menikah denganmu, telitilah perkara ini,

1) Semaklah bagaimana hubunganmu dengan Ilahi. Bagaimana layanan isteri kepada kita seakan cerminan bagaimana layanan kita dengan Allah. Solat jaga atau tidak? Konsisten solat berjemaah atau tidak?

Jika kita sebagai hamba pun tak taat kepada Allah, bagaimana isteri nak taat kepada kita? Respect is earned, not given.

2) Kamu ambil berat atau tidak soal ibadah wajib isteri? Makan pakainya? Ada tanya isteri dah solat ke belum? Ada tanya isteri dah makan ke belum? Ada beri ruang untuk isteri solat, mengaji & makan dengan tenang tanpa perlu anak-anak mencelah sama? Atau langsung tak pernah beri ruang untuk isteri ber-Me Time?

3) Apabila isteri minta jagakan anak, bagaimana reaksimu? Marah? Membentak? Merungut?

Sebenarnya jika isteri dah mula mahu marah-marahkan anak-anak, peranan suami ialah untuk ambil tugas melayan anak-anak, biarkan isteri cool down. Bukannya si suami pergi menambah marahkan anak-anak p**a. Itu hanya menambahkan stress si ibu.

Ketahuilah tiada ibu yang s**a marah kepada anak-anak melainkan sebenarnya dia telah terlalu 'tepu'.

4) Apabila isteri berkongsi cerita, dengarlah. Apabila isteri meluah perasaan, dengarlah. Bukan sekadar duduk di sisi tetapi tangan sibuk main fon, tidak mendengar dengan telinga & hati sekali. Akhirnya isteri hilang 'rasa' untuk meluahkan apa terbuku di hati lalu menjadi barah yang bakal merosakkan tautan hati sesebuah perkahwinan.

5) Apabila kita diminta untuk berubah, meninggalkan sesuatu perkara buruk yang menjejaskan kredibiliti kita sebagai suami di sisi isteri, berusahalah untuk berubah. Sekiranya isteri tidak s**a kita asyik main game hingga terabai rumahtangga, ubahlah. Sekiranya isteri tak s**a kita merokok, cubalah untuk berhenti. Sekiranya isteri tak s**a kita terlalu melayan komen-komen kaum wanita di media sosial, respect permintaannya & berubahlah!

Apabila kita belum berubah tetapi isteri tidak lagi menegur untuk kita berubah, itu bukanlah tanda dia sudah menerima, melainkan sebenarnya dia sudah tawar hati & jauh hati!


Rumahtangga adalah mujahadah. Kita tidak boleh expect hanya sebelah pihak sahaja yang berusaha keras untuk menjayakannya. Ia perlu pengorbanan & kerjasama kedua belah pihak.

Sekiranya perkahwinan itu adalah kenderaan, ia tidak cukup hanya bermodalkan cinta (petrol) untuk memastikan ia terus berjalan, melainkan perlu diservis enjin & sebagainya (toleransi, muafakat, hormat menghormati).


Perbaikilah apa yang perlu di dalam diri & keluarga agar rumahtangga akan terus kukuh. Jangan pendam masalah hingga akhirnya apabila ditanya apa masalah, diri sendiri pun sudah tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan.

"Tak tahulah. Yang saya tahu, saya dah tak boleh nak hidup dengan awak, nak pandang muka awak pun saya dah menyampah,"

Masalah rumahtangga ibarat anai-anai. Kita tak nampak ia memusnahkan di sebalik dinding, nampak seperti rumah masih kukuh, alih-alih rupanya semakin rapuh, tahu-tahu sudah runtuh!





Edited : tulisan ini berfokus pada peranan suami, namun bukanlah bermaksud si isteri boleh menyerahkan & menyalahkan sepenuhnya atas suami semata, untuk menjayakan rumahtngga yang ideal, ia adalah usahasama, kerja keras & pengorbanan kedua belah pihak suami & isteri. Harap maklum.

Isteri ni kan...Kita buat baik dgn dia, 2x ganda dia buat baik dgn kita...kita hormat dia, 2x ganda dia hormat kita...ki...
26/08/2020

Isteri ni kan...

Kita buat baik dgn dia, 2x ganda dia buat baik dgn kita...kita hormat dia, 2x ganda dia hormat kita...kita memuliakan dia, 2x ganda dia memuliakan kita...

Kita tak berkira dgn dia, dia LAGI tak berkira dgn kita...

Senang ja nk ambik hati isteri ni sebenarnya...kita hanya perlu buat apa yg sepatutnya seorang suami buat, selebihnya dia akan cover atau tutup rapat apa yg kita tak sempat, tak mampu atau terlupa nak buat...

Bila dia tahu suami dia balik lambat sbb cari rezeki utk keluarga, dia takkan bagi rumah nmpk bersepah bila suami dia smpai ke rumah...bila dia tahu suami dia penat bekerja, dia takkan bagi anak2 bising atau kacau suami dia tgh berehat...

Keje rumah, yg mana sempat dan larat utk dia buat, dia akan buat bg habis sbb dia xnak suami dia nmpk, pastu suami dia plak yg buat...

Kenapa sampai mcm ni?

Asbab dpt suami yg baik, rajin, ringan tulang, s**a membantu, bertimbang rasa, hormat dia dan memuliakan dia sebagai wanita yg bergelar isteri...suami plak tak pernah abai hak dia, tanggungjawab dia setakat kemampuan yg dia ada...

Klu kita suami yg mcm ni, kita akan beruntung sbb isteri akan memudahkan hidup kita...klu kita blum jd suami yg mcm ni, maka blum terlambat utk jadi...

Semoga bermanfaat... 🙏✌️

Credit :- Firdaus shakirin

Anak-anak ahli syurga..1) Jangan pukul anak dari lutut keatas2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul ana...
26/08/2020

Anak-anak ahli syurga..

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
..Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika s**a geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda p**a yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah :1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang seba...
25/08/2020

6 PRINSIP KEIBUBAPAAN POSITIF yang PENTING untuk Kita Pegang dan Usaha Lakukan Ialah :

1. KETAHUILAH, TERIMALAH yang sebarang tingkahlaku anak yang kita nampak kurang betul, kurang elok, tantrum, melawannya dan sebagainya yang tidak ikut spec kita, sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi anak.

TINGKAHLAKU = BAHASA, ada mesej yang nak disampaikan, terutama anak kecil yang belum mampu mengucapkan atau meluahkan, apatah lagi anak yang sudah besar namun sudah tahu bila dia cakap, pasti tidak dapat, atau tidak disokong, atau mungkin akan dimarahi, Maka berlakulah missbehaviour...

Missbehave = Mesej Sesuatu Nak Disampaikan kepada sekeliling dia

2. Anak-anak ada usahanya, kepada apa jua permintaan kita atau kita tak minta pun dia ada fitrah nak cuba melakukan sesuatu yang baik. Maka sahkah ia (validate ia) atau pastikan anak tahu yang kita terima, kita nampak, dan kita hargai usaha kecil dia.

Contoh anak kecil yang berusaha nak cuba buatkan kopi untuk mak dia (macam Yumna saya - sebenarnya dia s**a nak tuang dari teko kaca tu ke mug mak dia 😅) masyaAllah rajinnya, tak perlu disuruh, atau baru sebut aja dia sibuk-sibuk nak buatkan. Tunjukkan yang kita 'perasan', akan niatnya yang baik itu. Puji 'noticed' usaha dia yang belum berlaku pun dan kesanggupan dia itu. Hmm memang anak kecil ni sesuatu yang kita belajar ialah mereka ni super duper yakin diri tau.

Apatah lagi anak besar, remaja yang cuba membantu urusan rumah apabila ada konflik ibu ayahnya dengan memasakkan nasi untuk adik-adiknya atau membelikan sayur dengan menaiki motosikalnya. Pujilah usahanya itu.

Puji, nyatakan secara jelas (Tangki Emosi: Perkataan: Words of Affirmation)

3. Luahkan KEYAKINAN kita kepada keupayaan anak, di saat anak ada rasa 'down feeling'nya, momen emosi konflik diri, rasa tak yakin dirinya melanda... (ni biasanya anak sudah sekolah mula akan rasa inferioriti vs. yakin diri sesuai dengan tugas perkembangan usia 6-12 kanak-kanak).

Bukan berbahasa basi, namun tunjukkan, luahkan, persepsi anda yang positif.

"Ya, Mama YAKIN abang boleh buat, hari tu Mama tengok abang usaha berjaga malam siapkan kerja Matematik Tambahan tu. Bila kita usaha, insyaAllah adalah hasilnya berbanding kita tak buat apa-apa...".

"Mama YAKIN kakak boleh present atas pentas dengan baik, berani, relaks dan fokus. Kami semua doakan. Lagipun kakak kan dah practice".

4. Hormatilah anak, berikan HORMAT kepada mereka seperti mana kita mahu mereka hormati kita.

Cara paling basic ialah pandang wajah mereka (beri full face - muka penuh) bila mereka mahu bercakap dengan kita, tinggalkanlah semua kerja yang sedang dilakukan, barang sebentar 10 saat pun amat bermakna untuk si anak sewaktu terujanya mereka mahu berbicara dengan kita.

Apatah lagi anak remaja yang ada pandangan sendiri, keputusan sendiri, dan tindakan sendiri, hormatilah keputusan mereka, bawalah kepada berbincang dan negosiasi bila kita tidak setuju, dengan cara bermusyawwarah ya.

5. Anak kita kan ada macam-macam reaksi dan perasaan, bila mereka ada perasaan yang kita rasa kurang sesuai, kurang wajar dirasai, ditunjukkan, tidaklah perlu hukum atas perasaan yang mereka rasa dan tunjukkan itu.

Feelings are real. Tak kiralah perasaan baik ke, perasaan teruk ke, kita rasa macam drama sangat ke, mengada ke - No, isunya mereka sedang rasa. Hargailah perasaan itu, validate dulu barulah kita proses ia dengan bawa kepada perbincangan asertif.

"Mama tengok tadi bila cousin datang, kakak macam serba tak kena, apa sebenarnya yang kakak rasa"(walau sebenarnya nak marah kenapa tergedik sangat anak Mama nih ya). (Berikan feedback dan dapatkan clarification dari dia).

"Tadi Ayah tertinggi suara sikit aja, apa sebab abang meraung raung menangis macam tu, hmmm Ayah rasa malu, juga pelik sebab apa abang jadi macam tu. Cuba abang bagitahu ayah, ayah nak faham". (ni waktu tenang-tenang kemudian masa - usaha fahami si anak).

6. Akhir, INGATLAH yang bila tingkahlaku anak Tak OK, sebenarnya ia reflek kepada perasaan Tak OK mereka juga.

Jadi sebenarnya dalam keibubapaan ini, kita sentiasa nak bawa kepada anak memahami perasaan dia sendiri (mulakan dengan kita pun perlu fahami perasaan mereka dulu), anak perlu berasa ok dengan perasaan dan pemikiran dia, maka stabillah tingkahlaku dia ya. Biasanya mereka pun tidak faham akan diri mereka sendiri kenapa bertindak begitu.

Contohnya anak yang dimarahi teruk di rumah, akan sangat buat hal di sekolahnya.

Anak yang rasa dirinya teruk, tak pandai dsb, juga akan bertingkahlaku sesuai dengan perasaannya terhadap dirinya sendiri, jadi tidak mahu membaca, tidak mahu terlibat dengan aktiviti akademik, benci sekolah/teacher dsb.

Jadi nak baiki tingkahlaku anak, hanya perlu kenalpasti perasaan dia terhadap diri dan dunianya, bantu dia, dan kelak tingkahlaku mereka akan berubah jadi lebih baik, ok :)

KREDIT BY Maznah Ibrahim

13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH☺1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW s...
25/08/2020

13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH☺

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak s**ar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Sumber : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. Media

Kredit: Kisah Zakat Malaysia

Kita semua nanti akan dpt rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan.Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni ba...
25/08/2020

Kita semua nanti akan dpt rezeki jadi mak mertua. Moga Allah mudahkan.

Bila dah jadi mak mertua nanti, bacalah post ni balik.

1. Kalau anak perempuan, minta ajelah menantu bg mas kahwin semampunya. Tak payah mintak hantaran bagai. Kahwinkan anak dengan simple sekali. Kalau menantu tu anak Sultan Brunei, tak apa. Buatlah kenduri 40 hari 40 malam. Tak ada siapa kisah. Jgn lupa jemput saya.

2. Jangan bagi anak dan menantu tinggal kat rumah lebih dari 2 bulan. Bulan ketiga kahwin, suruh aje dia orang keluar rumah dan cari tempat lain.

3. Tak payahlah masuk campur hal anak menantu. Sukahati dia oranglah nak susun perabot macamana, nak potong sayur style apa, nak masak nasi pakai dapur apa! Lantaklah dia orang

4. Menantu kalau perempuan, biarlah dia nak buat apa kat rumah dia. Nak mandikan anak ke atau mandikan anak 2 hari sekali ke. Biarlah. Kalau cucu tu masam sangat, mandikan sendiri.

5. Biar anak kita hidup dengan orang yang dia sayang cara dia. Kalau anak lelaki kita nak tolong isteri dia masak dan mengemas, biarkan. Dia kan dah besar, taulah dia nak hidup

6. Tak payah gosip ngan anak2 lain pasal menantu. Ingat! Anak kita pun menantu orang gak

7. Kalau anak ngan menantu bergaduh, bgtau anak, tak payah mengadu. Selesaikan sendiri.

8. Kalau menantu tu jenis orang susah tak berduit, jangan dibezakan dia. Mana tahu masa depan nanti dialah yang basuhkan berak kencing kita dalam seluar sebab dia yang paling free sekali. Menantu yang kaya tu busy kerja. Jangan menyesal p**ak.

9. Jadilah mertua yang waras dan beriman.

10. Jangan buat tak tentu ngan anak orang. Allah tu tak lupa.

Credit: Normaliza Mahadi

Address

Baserah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bawang Hollen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share