25/11/2024
11 November 2024
Foyer KKKL
๐๐ก๐จ๐ฐ๐๐๐ฌ๐ ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ซ ๐๐๐ฆ๐๐ฌ๐ญ๐๐ซ ๐ ๐๐๐ ๐ข ๐๐จ๐๐ฎ๐ฅ ๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐๐ญ
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar IT Rangers Semester 3 atas kejayaan menjayakan Showcase Projek bagi Modul STM30294-Projek di bawah bimbingan Puan Nur Hidayah Binti Ishak.
Program ini memberikan impak besar dalam meningkatkan persiapan pelajar untuk pembentangan rasmi di Penilaian Akhir, termasuk memperbaiki kualiti projek melalui maklum balas awal daripada pensyarah, rakan sebaya, dan pihak luar. Pendedahan ini menjadikan pelajar lebih peka terhadap aspek teknikal dan persembahan projek mereka. Selain itu, pameran ini membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dengan melatih mereka menyampaikan projek kepada audiens pelbagai latar belakang, mengurangkan kebimbangan, dan meningkatkan kecekapan mereka dalam menjawab soalan atau kritikan. Dari segi kemahiran komunikasi, pelajar berpeluang mengasah keupayaan menyampaikan maklumat secara jelas dan berkesan kepada audiens yang berbeza. Program ini juga memupuk sikap proaktif dan inovatif dalam kalangan pelajar, mendorong mereka menghasilkan bahan yang menarik dan kreatif untuk memikat minat audiens. Keseluruhannya, pameran ini memberikan pengalaman berharga yang menyumbang kepada peningkatan kualiti projek, keyakinan diri, kemahiran komunikasi, serta sikap proaktif pelajar.
Sebanyak 17 projek berkumpulan telah dipamerkan, merangkumi kategori Web Development, Mobile Application, IoT, dan Game Development, iaitu:
1. Smart Bin-e
2. RFID Library KKKL
3. Bellish
4. ID TOUCH
5. Health Check Application
6. Menu Western Seaside
7. Sambal Cik Mai
8. Smart Pigeon Hole Detection
9. EZ Class
10. Sensor Alert Door Security
11. RFID Attendance User Card System
12. Door Sensor Visitor Counter
13. Website Koperasi Anak Kelantan Perantau Malaysia
14. Flood Detection System
15.Kudap Kimi
16. Sensor Alert Door Security
17. Enclipse Card
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah KKKL, En. Suhairi, serta para pensyarah STM dan para pelajar KKKL yang memberikan sokongan terhadap penganjuran showcase ini. Syabas diucapkan kepada semua pelajar IT Rangers Semester 3 atas pencapaian cemerlang mereka! ๐