Persatuan Alumni MITS - PENAMITS

Persatuan Alumni MITS - PENAMITS Tempat berhimpunnya semua Alumni pelajar MITS

Al-Quran bukan hanya dilazimi di bibir sebagai bacaan dan zikir harian. Bahkan ia diterjemahkan ke dalam kehidupan sebag...
24/09/2020

Al-Quran bukan hanya dilazimi di bibir sebagai bacaan dan zikir harian. Bahkan ia diterjemahkan ke dalam kehidupan sebagai manifestasi hidup berlandaskan panduan dan manhaj (sistem) yang tersusun, bervisi dan melahirkan individu yang seimbang pembinaan peribadi dari sudut akhlak, rohani, kognitif dan fizikalnya.

Bersempena program julung-julung kali anjuran Persatuan Alumni Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, PROFAZZ Center menawarkan harga istimewa bagi semua buku terbitan mereka di program Hari Penamits yang bakal berlangsung pada Sabtu ini, 26 September 2020! Pembelian secara langsung di booth yang yang dibuka pada hari program menawarkan 6 buah buku yang sangat memberi inspirasi dalam merealisasikan aspirasi membina generasi Al-Quran.

1. Membina Keluarga Profazz
2. Membina Keluarga Profazz (2)
3. 10 teknik Hafazan Al-Quran
4. Study Lepak Result Gempak
5. Suri Rumah Profesional
6. Wahai Ibu...Bertabahlah

Semoga semua mendapat manfaat dari naskhah yang membukukan pengalaman kehidupan sebuah keluarga yang hebat!
Penyertaan program masih dibuka bagi warga alumni MITS Selangor.

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran program, boleh hubungi atau whatsapp nombor di bawah

Afifah Jasri (Bendahari)
www.wasap.my/60133528426/penamits

"Generasi Profaz Pencetus Perubahan"

Bahang Hari Penamits semakin hampir!!Kenali speaker kita pada hari sabtu ini.Nama: SUHAYL SALMIPROFESSIONAL•SPM 8A•Open ...
24/09/2020

Bahang Hari Penamits semakin hampir!!

Kenali speaker kita pada hari sabtu ini.

Nama: SUHAYL SALMI

PROFESSIONAL
•SPM 8A
•Open University of Malaysia (Shariah & Management)
•PROFAZZ Holdings (Business Dev Manager)
•PROFAZZ Training & Consultancy (Chief Trainer)

HUFFAZ
•Hafaz the Quran & 30 Juz Reading Sanad (Cairo, Egypt)
•University of Yarmouk, Jordan (Aeabic Language)
Untuk makluman, Program Hari PENA-MITS merupakan program sulung anjuran Persatuan Alumni Maahad Integrasi Tahfiz Selangor. Butiran program adalah seperti berikut :

▶️ Tarikh : 26 September 2020 (Sabtu)
▶️ Masa : 8.00am - 1.00pm
▶️ Tempat : Dewan Al-Hambali, Masjid As-Syarif Meru, Klang

Ayuh.. apa tunggu lagi?? 🙂👍

Mari sama-sama kita rapatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama alumni MITS. Buktikan kesatuan yang utuh dikalangan alumni MITS 😍😍👍

Jom sertai program kami. Terhad hanya untuk 200 alumni MITS yang terawal sahaja.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menyertai program ini, boleh hubungi atau whatsapp nombor di bawah

Afifah Jasri (Bendahari)
www.wasap.my/60133528426/penamits

“Generasi Profaz Pencetus Perubahan”

PROGRAM HARI PENA-MITS | ANJURAN PERSATUAN ALUMNI MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (PENA-MITS) DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN...
21/09/2020

PROGRAM HARI PENA-MITS | ANJURAN PERSATUAN ALUMNI MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (PENA-MITS) DENGAN KERJASAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, JAIS

Assalamualaikum,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (PENA-MITS) akan mengadakan Hari PENA-MITS khusus untuk para alumni MITS di Selangor.

Untuk makluman, Program Hari PENA-MITS merupakan program sulung anjuran Persatuan Alumni Maahad Integrasi Tahfiz Selangor.

Butiran program adalah seperti berikut :

▶️ Tarikh : 26 September 2020 (Sabtu)
▶ Masa : 7.45 am - 12.45 pm
▶ Tempat : Dewan Hambali, Masjid Asy-Syarif, Meru, Klang

Ayuh.. apa tunggu lagi?? 🙂👍

Mari sama-sama kita rapatkan ukhuwah dan silaturrahim sesama alumni MITS,

Buktikan kesatuan yang utuh dikalangan alumni MITS 😍😍👍

Jom sertai program kami. Hanya untuk 200 alumni MITS yang terawal sahaja.

Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin menyertai program ini, boleh hubungi atau whatsapp nombor di bawah

Afifah Jasri (Bendahari)
www.wasap.my/60133528426/penamits

“Generasi Profaz Pencetus Perubahan”

Subuh yang pilu bagi pelajar MITS Istana Bandar Kuala Langat.Assalammualaikum YBhg Tan Sri/Dato' Sri/Dato' dan Tuan² Pua...
04/08/2020

Subuh yang pilu bagi pelajar MITS Istana Bandar Kuala Langat.

Assalammualaikum YBhg Tan Sri/Dato' Sri/Dato' dan Tuan² Puan²,

Subuh tadi kita telah dikejutkan dengan berita kebakaran di MITS Istana Bandar Kuala Langat (MITIB). Kami dari PENAMITS mengucapkan takziah kepada pihak pengurusan MITS Istana Bandar , khususnya kepada adik-adik yang terlibat dalam kemalangan . Kami juga turut bersimpati atas kejadian yang berlaku dan Alhamdulillah tiada kecederaan dan kehilangan nyawa berlaku.

“𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙐𝙟𝙞𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖 𝙝𝙞𝙠𝙢𝙖𝙝𝙣𝙮𝙖”

𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐌𝐈𝐓𝐒 𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓

Sumbangan bantuan akan disalurkan kepada pelajar asrama perempuan yang ditimpa musibah kebakaran (ganti rugi pakaian/ buku-buku dan sebagainya) pada 4 Ogos 2020.
Sumbangan dalam bentuk wang boleh disalurkan ke akaun:

MPIBG Mits Istana Bandar:
12074010048320
Bank Islam Berhad

Sebarang persoalan berkenaan sumbangan boleh dirujuk kepada:
☎ 0132759755 - Pn Izzah (Bendahari MPIBG MITS Istana Bandar)
☎ 03-31202932 - Pejabat MITS Istana Bandar Kuala Langat

*Setiap sumbangan secara talian mohon ditulis “KEBAKARAN”. Manakala CDM atau pun cash mohon dimaklumkan kepada pegawai yang tertera utk perekodan.

Segala sumbangan anda didahului dgn jazakumullahu khairan kathiran dan moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

“𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙅𝙖𝙩𝙪𝙝 𝙇𝙖𝙜𝙞 𝘿𝙞𝙠𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜, 𝙄𝙣𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙪𝙡𝙖 𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙢𝙖𝙞𝙣”

Assalamualaikum W.B.T,Ingin diingatkan bahawa tarikh tutup pertandingan logo semakin menghampiri. Yang dah buat tu janga...
28/11/2018

Assalamualaikum W.B.T,

Ingin diingatkan bahawa tarikh tutup pertandingan logo semakin menghampiri. Yang dah buat tu jangan simpan lama-lama takut terlupa 😁. Yang baru nak buat tu masih sempat lagi jangan tergesa-gesa 😉. Tarikh tutup Jumaat ni.

**Minta tolong share ye semua. Terima kasih

Assalamualaikum W.B.T,Hasil mesyuarat dan persetujuan dari ajk alumni, pihak kami akan melanjutkan Pertandingan Logo ini...
23/11/2018

Assalamualaikum W.B.T,

Hasil mesyuarat dan persetujuan dari ajk alumni, pihak kami akan melanjutkan Pertandingan Logo ini sehingga 30 November ( jumaat minggu depan). Sehubungan dengan itu kami berharap kepada semua alumni yang ingin menyertai pertandingan ini dapat menghantar ke email yang telah dinyatakan di dalam poster sebelum atau pada 30 November. Dalam email tersebut hendaklah didahulukan dengan pengenalan diri dan contact yang senang untuk dihubungi kelak.

**Minta bantuan dari semua untuk share.

Terima kasih.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،Untuk post pertama bagi page PenAMITS ni kami ingin mengadakan pertandingan mencipta log...
08/11/2018

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

Untuk post pertama bagi page PenAMITS ni kami ingin mengadakan pertandingan mencipta logo bagi Alumni MITS dan ianya terbuka bagi semua pelajar Alumni MITS. Logo tersebut akan digunakan sebagai logo rasmi alumni. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor yang tertera di dalam poster di bawah.

***Bolehlah share (jangan lupa like page ini sekali 😄) dan panjangkan kepada alumni lain yang berminat dalam menyertai pertandingan mencipta logo ini.

***Bagi syarat yang post di FB, peserta tidak perlu untuk post di FB hanya pemenang sahaja yang akan kami post dipage PenAMITS.

Address

Jalan Istana Lama, Kampung Bandar,
Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni MITS - PENAMITS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Persatuan Alumni MITS - PENAMITS:

Shortcuts

Share