08/04/2026
SEK REN ISLAM ( I ) AT TAQWA
BUKIT CHANGGANG
Kg Bukit Changgang,
42700 Banting, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan
Ruj. Kami : SRIIAT.K.LGT 07/002/03
Tarikh : 08 April 2026
19 Syawal 1447
Kepada,
*Ibu Bapa / Penjaga Murid*
*SRI Integrasi At Taqwa Bukit Changgang*
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,
*PER: MAKLUMAN STATUS PENDAFTARAN SEKOLAH, PEPERIKSAAN DAN PERKARA BERKAITAN TANAH BAGI TAHUN 2026*
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Pihak pengurusan sekolah ingin memaklumkan beberapa perkembangan penting berkenaan operasi sekolah bagi tahun 2026 seperti berikut:
2.1. *Status Pendaftaran Sekolah & Peperiksaan Tahun 2026*
Adalah dimaklumkan bahawa urusan pendaftaran sekolah dan pelaksanaan peperiksaan bagi tahun 2026 berjalan seperti biasa. Semua sesi pembelajaran dan pentaksiran akan diteruskan mengikut kalendar akademik yang telah ditetapkan. Ibu bapa dan penjaga tidak perlu risau mengenai perkara ini.
2.2. *Proses Kelengkapan Dokumen oleh Kementerian Pendidikan Malaysia*
Pihak pengurusan sekolah sedang dalam proses melengkapkan semua dokumen yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerjasama dan sokongan semua pihak amat dihargai bagi memastikan proses ini berjalan lancar.
3. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan telah dan sedang mengambil tindakan sebagaimana yang disyaratkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan permohonan lanjutan pendaftaran. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. Melantik jururunding bagi menguruskan permohonan Kebenaran Merancang (KM) yang diperlukan.
ii. Melaksanakan pendaftaran secara dalam talian melalui sistem yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sebarang perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Kerjasama dan doa daripada ibu bapa serta penjaga amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Yang benar,
Nor Azni bin Sanot
Pengerusi
SRI Integrasi At Taqwa
Bukit Changgang
c. c
i. Gurubesar SRI (I) AT TAQWA
ii. YDP PIBG SRI ( I) AT TAQWA