Kolej Pendeta Za'ba UKM (Official)

Kolej Pendeta Za'ba UKM (Official)

Share

Merupakan official page Kolej Pendeta Za'ba UKM Bangi. No. Tel. Pejabat Pengurusan KPZ : +6 03 - 8921 6851

Kolej Pendeta Zaโ€™ba merupakan kolej terbesar di kampus induk Bangi.Kolej ini juga merupakan antara kolej yang teraktif dan seringkali menjuarai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pihak UKM

Photos from Kolej Pendeta Za'ba UKM (Official)'s post 11/06/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐ƒ๐€ ๐€๐‘๐€๐’ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐“๐๐‚ ๐‡๐„๐๐€ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐“๐”๐ ๐‡๐”๐’๐’๐„๐ˆ๐ ๐Ž๐๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐”๐“๐‡๐Œ)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Kolej Pendeta Za'ba (KPZ), Universiti Kebangsaan Malaysia berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi lawatan penanda aras berkaitan pelaksanaan Menu Kasih Siswa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UTHM, bersama barisan pegawai UTHM atas kesudian mengadakan lawatan ke UKM dan KPZ bagi meninjau amalan serta pelaksanaan inisiatif Menu Kasih Siswa yang dilaksanakan untuk kebajikan mahasiswa.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor (HEPA) UKM, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Darfizzi Derawi, Pengarah HEP-UKM serta Ketua HEPA UKM dan Pengarah PPP UKM yang telah menyelaras dan mengiringi lawatan ini. Turut bersama dalam lawatan ini ialah Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Irwan Zubairi, Pengetua KPZ.

Semoga sesi perkongsian amalan terbaik ini dapat memperkukuh kerjasama antara institusi serta memberi manfaat dalam usaha memperkasakan agenda kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa.

Sekian, terima kasih.

๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘›.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™๐™š๐™ก๐™ค, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™€๐™ ๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง &
๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™Ÿ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ฉ๐™– ๐™•๐™–'๐™—๐™–,
๐™๐™ฃ๐™ž๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–

10/06/2026

๐Œ๐„๐๐” ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐ˆ๐’๐–๐€ @ ๐Š๐๐™

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selaras dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Pakej Kasih Siswa, Kafe Kolej Pendeta Zaโ€™ba, UKM kini menawarkan pilihan makanan pada harga RM3 hingga RM5 (tanpa minuman) khusus untuk semua pelajar.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu meringankan kos sara hidup serta memastikan kebajikan dan kesejahteraan pelajar terus terpelihara. Sehingga kini, tujuh (7) pengusaha makanan di Kafe KPZ telah bersama-sama menyertai inisiatif ini dalam menyediakan makanan yang lebih mampu milik kepada warga pelajar.

Pihak pengurusan berharap usaha ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga pelajar serta mendapat sokongan berterusan daripada semua pihak demi mewujudkan persekitaran kampus yang lebih prihatin dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.

๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘›.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™๐™š๐™ก๐™ค, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™€๐™ ๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง &
๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™Ÿ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ฉ๐™– ๐™•๐™–'๐™—๐™–,
๐™๐™ฃ๐™ž๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–

Photos from Kolej Pendeta Za'ba UKM (Official)'s post 07/06/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐“๐„๐Œ๐”๐ƒ๐”๐†๐€ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐„๐Š๐’๐„๐Š๐”๐“๐ˆ๐… ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ (๐Œ๐„๐) ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐“๐€ ๐™๐€'๐๐€ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

Pada Sabtu, 6 Jun 2026 (8.30 malam โ€“ 11.00 malam) telah berlangsung Sesi Temuduga Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Za'ba bagi sesi 2026/2027 yang melibatkan seramai 30 orang calon yang disenarai pendek dan berhasrat untuk menyumbang bakti serta menerajui kepimpinan pelajar kolej pada sesi akan datang.

Sesi temuduga ini dikendalikan oleh panel yang terdiri daripada Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Irwan Zubairi (Pengetua), ChM. Dr. Nurul Asikin Mijan (Timbalan Pengetua), En. Mohd Kamal, En. Muhammad Naeimmuddin Zakaria serta empat orang felo kolej.

Temuduga telah dijalankan secara hibrid, iaitu bersemuka di Bilik Seminar Razak dan secara dalam talian serta bersemuka di Bilik Mesyuarat.

Sesi ini menjadi platform penting dalam mengenal pasti calon-calon yang mempunyai ciri kepimpinan, komitmen, daya fikir kritis dan semangat kebersamaan yang tinggi untuk memacu kecemerlangan Kolej Pendeta Za'ba.

Tahniah dan terima kasih kepada semua calon yang telah menunjukkan kesungguhan sepanjang sesi temuduga berlangsung.

Sekian, terima kasih.

๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘›.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™๐™š๐™ก๐™ค, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™€๐™ ๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง &
๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™Ÿ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ฉ๐™– ๐™•๐™–'๐™—๐™–,
๐™๐™ฃ๐™ž๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–

Photos from Kolej Pendeta Za'ba UKM (Official)'s post 03/06/2026

๐‘ฒ๐‘ท๐’๐’”๐’‰๐’‚๐’“๐’†: ๐‘ป๐‘ฐ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ ๐’€๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘น๐‘ป๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฎ๐‘จ๐‘ณ!

Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) mengucapkan tahniah atas tawaran melanjutkan pengajian di UKM.

Melalui inisiatif "Tiada Yang Tertinggal", Pusat Hal Ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (HEP-UKM) terus komited dalam memastikan tiada mahasiswa yang tercicir kerana kekangan kewangan. KamI sedia membantu pelajar dalam aspek kebajikan, bantuan kewangan, dan yuran pendaftaran bagi pelajar yang memerlukan.

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan:
Encik Muhammad Tajuddin Abdul Rahim (Ketua Unit Kebajikan & Penajaan)
Tel: 03-89213229
Emel: [email protected] / [email protected]

Sekali lagi UKM mengucapkan selamat datang dan kami sentiasa bersedia dalam memberi bantuan kepada yang memerlukan.

01/06/2026

๐‘ซ๐’Š๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‰๐’‚๐’š๐’– ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–

Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada hari Isnin, 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada;

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™๐™š๐™ก๐™ค, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™€๐™ ๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง &
๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™Ÿ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ฉ๐™– ๐™•๐™–'๐™—๐™–,
๐™๐™ฃ๐™ž๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–

30/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐ž๐ฌ๐š๐ค

Seluruh warga Kolej Pendeta Za'ba, UKM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha.

Semoga sambutan Hari Wesak ini membawa kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan kepada seluruh masyarakat, serta menyemarakkan nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan dalam kehidupan bersama.

Sekian, terima kasih.

๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘›.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™๐™š๐™ก๐™ค, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™€๐™ ๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง &
๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™Ÿ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ฉ๐™– ๐™•๐™–'๐™—๐™–,
๐™๐™ฃ๐™ž๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ

26/05/2026

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒ™

Seluruh warga Kolej Pendeta Za'ba, Universiti Kebangsaan Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha merupakan simbol pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mengajar kita erti kesyukuran serta kepentingan memperkukuhkan nilai kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat. Semoga semangat pengorbanan yang dizahirkan terus menyatukan hati, mempererat ukhuwah serta menjadi inspirasi dalam membentuk warga yang berilmu, berintegriti dan berjiwa ihsan.

Semoga segala ibadah, pengorbanan dan amalan yang dilaksanakan diterima serta dikurniakan keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan buat semua.

Salam Aidiladha 1447H

๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘›.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™๐™š๐™ก๐™ค, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™€๐™ ๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง &
๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™Ÿ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ฉ๐™– ๐™•๐™–'๐™—๐™–,
๐™๐™ฃ๐™ž๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–

26/05/2026

Adakah anda seorang alumni atlet KPZ? Atau mungkin anda ada kakak, abang, kawan atau kenalan yang pernah wakil kolej dalam sukan? ๐Ÿ‘€๐Ÿ†

Jom turun padang dan meriahkan kembali semangat kesukanan alumni KPZ! ๐Ÿ”ฅ

๐Ÿ“ข Pencarian Atlet Alumni KPZ kini dibuka untuk menyertai Sukan Alumni Antara Kolej 2026

Kenapa kena join?

๐Ÿค Dapat jumpa kawan kawan lama & kenali alumni lain
๐Ÿ’ช Lepaskan rindu bersukan dan wakil kolej semula
๐Ÿ… Sama-sama bawa nama KPZ dalam pertandingan

๐Ÿ“Œ Sukan dipertandingkan:
* Bola Sepak 9 Sebelah
* Bola Jaring
* Bola Tampar Campuran

๐Ÿ’ฅ Penyertaan adalah PERCUMA!

๐Ÿ—“๏ธ 21 Jun 2026
โฐ 9.00 pagi
๐Ÿ“ Kompleks Sukan & Padang Bola UKM

๐Ÿ”— LINK PENDAFTARAN:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfOuyW38eRb2N7v2Xdc_C2t12NIofaUSlsqKQlS4UPBVY3ozQ/viewform?usp=dialog

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
๐Ÿ“ฒhusna (013-3702139)

Keterlihatan dan Ketelusan

EKSEKUTIF SUKAN DAN REKREASI
MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR
KOLEJ PENDETA ZAโ€™BA

Photos from Kolej Pendeta Za'ba UKM (Official)'s post 25/05/2026

๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐Ž๐‹๐„๐‰ (๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐“๐€๐… ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”)

YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Saiful Irwan Zubairi telah mempengerusikan sesi temuduga bagi pengambilan jawatan Pembantu Kemahiran H1 (Elektrik) yang melibatkan seramai 9 orang calon. Sesi temuduga ini dilaksanakan secara teratur dan profesional dengan kerjasama panel penilai yang terdiri daripada En. Arif (JPP), Pn. Fatihah (N5) , En. Muhammad Arif (H1) serta Pn. Ruzita (N2).

Temuduga ini bertujuan menilai tahap kompetensi, kemahiran teknikal, pengalaman serta kesesuaian calon dalam memenuhi keperluan organisasi dan memperkukuhkan pengurusan operasi kolej.

Proses penilaian turut dilaksanakan secara telus, berintegriti dan berlandaskan prosedur yang telah ditetapkan bagi memastikan pemilihan calon terbaik untuk menyokong kecemerlangan institusi pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘›.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™Ÿ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ฉ๐™– ๐™•๐™–'๐™—๐™–,
๐™๐™ฃ๐™ž๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–

23/05/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’ ๐ƒ๐ˆ๐”๐‚๐€๐๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐’๐๐ซ. ๐‡๐€๐ˆ๐Š๐€๐‹ ๐‡๐€๐Œ๐ˆ๐ƒ๐ˆ

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Muhammad Haikal bin Hamidi, Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga mantan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Kolej Pendeta Zaโ€™ba sesi 2025/2026, atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia 2025 pada 21 Mei 2026 di Bangi Resort Hotel. Pengiktirafan berprestij ini merupakan manifestasi terhadap kepimpinan beliau yang berwibawa, komitmen yang tidak berbelah bahagi serta jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang memimpin dan memperjuangkan aspirasi mahasiswa di peringkat kolej mahupun universiti.

Sepanjang menerajui kepimpinan mahasiswa, beliau telah memperlihatkan ketokohan, integriti dan semangat dedikasi yang tinggi dalam memperkasakan kebajikan pelajar, memupuk budaya kepimpinan progresif serta membawa nama Kolej Pendeta Zaโ€™ba dan Universiti Kebangsaan Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.

Semoga segala pencapaian yang diraih akan terus menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan serta menjadi contoh teladan kepada generasi mahasiswa UKM.

Sekian, terima kasih.

๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘™๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’๐‘ก๐‘’๐‘™๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘›.

๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™๐™š๐™ก๐™ค, ๐™ˆ๐™–๐™Ÿ๐™ก๐™ž๐™จ ๐™€๐™ ๐™จ๐™š๐™ ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™› ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™Ÿ๐™–๐™ง &
๐™’๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™†๐™ค๐™ก๐™š๐™Ÿ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ฉ๐™– ๐™•๐™–'๐™—๐™–,
๐™๐™ฃ๐™ž๐™ซ๐™š๐™ง๐™จ๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐™†๐™š๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™จ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–

Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone