20/09/2017
Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN kelulusan 11/09/2017, Pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada:
Tarikh : 20 (Rabu) dan 21 September 2017 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi-4.30 Petang
Tempat : Auditorium Siswa, Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sehubungan dengan itu, pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk Makluman pelajar, bagi pelajar UKM perlu menggunakan akaun Bank Islam sahaja. Jika pelajar menggunakan akaun selain Bank Islam(CIMB/MAYBANKPUBLIC BANK/RHB DAN LAIN-LAIN). Pelajar perlu membuka akauan Bank Islam terlebih dahulu sebelum menghantar surat tawaran dan dokumen perjanjian.
Mohon Pelajar mendapatkan tandatangan saksi pelajar sebelum menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian. Untuk makluman pelajar juga boleh menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian dimana-mana cawangan PTPTN yang terdekat.
Jika pelajar masih belum menerima email dari pihak PTPTN, pelajar perlu menyemak kelulusan permohonan di laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/gateway/
Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN kelulusan 11/09/2017, Pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada:
Tarikh : 20 (Rabu) dan 21 September 2017 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi-4.30 Petang
Tempat : Auditorium Siswa, Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sehubungan dengan itu, pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Untuk Makluman pelajar, bagi pelajar UKM perlu menggunakan akaun Bank Islam sahaja. Jika pelajar menggunakan akaun selain Bank Islam(CIMB/MAYBANKPUBLIC BANK/RHB DAN LAIN-LAIN). Pelajar perlu membuka akauan Bank Islam terlebih dahulu sebelum menghantar surat tawaran dan dokumen perjanjian.
Mohon Pelajar mendapatkan tandatangan saksi pelajar sebelum menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian. Untuk makluman pelajar juga boleh menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian dimana-mana cawangan PTPTN yang terdekat.
Jika pelajar masih belum menerima email dari pihak PTPTN, pelajar perlu menyemak kelulusan permohonan di laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my/gateway/
19/05/2015
Perutusan Naib Canselor UKM untuk 45 Tahun UKM
Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UKM,
Selamat menyambut ulang tahun ke 45 Universiti Kebangsaan Malaysia.
Marilah kita semua mensyukuri penubuhan universiti yang kita cintai ini. Marilah kita menanam azam setinggi gunung untuk terus memberi yang terbaik bagi menjulang nama baik universiti ini.
18 Mei, 1970, impian segenap lapisan masyarakat dijelmakan. Gegaran penubuhan UKM terasa diseluruh pelusuk negara. Tidak dapat digarab dengan perkataan apa yang terdetik di sanubari setiap rakyat disaat penubuhan UKM 45 tahun yang lalu. Harapan yang begitu tinggi. Hampir separuh isi rumah negara pada ketika itu masih bergelumang dengan kemiskinan, mengharapkan kehidupan yang lebih selesa. Malaysia meletakkan harapan yang tinggi keatas UKM untuk mencorakkan masa depan negara. Membina kesarjanaan yang memanfaatkan semua.
Warga UKM yang saya hormati, marilah kita mendukung citra penubuhan universiti ini, menjadi Pendaulat Amanah Negara. Universiti yang membawa negara ini dan rakyatnya maju kehadapan dengan kersarjanaan yang disegani dan dihormati. Universiti yang Mengilham Harapan dan Mencipta Masa Depan yang gemilang untuk semua.
Ukurlah kejayaan kita merealisasikan amanah dan misi ini dalam setiap tindakan kita. Sejauh mana amanah negara telah kita tunaikan? Sebanyak manakah harapan yang telah kita ilhamkan? Apakah masa depan yang telah kita ciptakan? Ini tanggungjawab kita semua yang bergelar Warga UKM. Bukan calang-calang amanah dan misi yang kita dukung. Berat sekali, namun insyaAllah dapat kita tunaikan kiranya kita laksanakan bersama.
45 tahun telah mendewasakan UKM. Amanah dan harapan negara perlu ditafsir seiring dengan cabaran semasa dan mendatang. Tahap sosio-ekonomi yang lebih tinggi, keperluan dan kehendak masyarakat yang lebih canggih, lanskap persekitaran dan persaingan yang lebih getir memerlukan kita semua bersedia dan berani untuk membuat perubahan dan memikul tanggungjawab baru yang umumnya lebih mencabar.
Banyak kelaziman yang terbina perlu dinilai dan dicorakkan semula. Kita mesti memastikan UKM terus relevan, dirujuk dan dihormati kewibawaannya. Menjadi pencetus, peneraju dan pendorong untuk seluruh negara berganjak ke era pembangunan yang baru.
Kekuatan setiap warga perlu digembeling bersama sebanyak yang mungkin. Kita perlu tingkatkan integrasi ilmu, kepakaran dan kesarjanaan merentasi disiplin bagi mencipta penyelesaian yang bermakna dan tawaran yang bernilai tinggi. Kita perlu struktur pengoperasian yang menggalakkan integrasi ini. Kita mesti meletakkan penghasilan impak yang tinggi untuk semua pemegang taruh. Mencabar kelaziman secara sistematik dengan daya inovasi dan kreativiti yang tinggi perlu menjadi lumrah dikalangan kita. Enam (6) keberhasilan strategik yang digariskan menjadi teras kepada tindakan-tindakan kita.
Sama-samalah kita menjayakan universiti ini. Kepada Allah SWT kita berharap dan mendoakan agar UKM terus berdiri gagah, cemerlang dan memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih dan salam saya pada semua Warga UKM, yang dahulu dan semasa. Selamat menyambut ulang tahun ke 45 UKM. Semoga diberkati Allah SWT semuanya.
Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
16/12/2013
PENGUMUMAN
BANTUAN PELAJAR UKM YANG DITIMPA BENCANA BANJIR 2013.
Sukacita dimaklumkan bahawa kepada pelajar UKM yang ditimpa bencana banjir. Sila datang ke Unit Kebajikan Pelajar, di JPPel
dengan mengemukakan dokumen seperti berikut;
-Surat Permohonan
-Borang Permohonan Bantuan Kebajian Pelajar
-Salianan Kad Pengenalan
-Kad Matrik
-Laporan Polis
-Surat Pengesahan Ketua Kampung
-Gambar bukti banjir
-Senarai anggaran kerosakan
Permohonan hanya terbuka kepada pelajar UKM yang dilanda bencana banjir sahaja. Sila hantar permohonan ke;
Unit Kebajikan Pelajar,
Jabatan Perkhidmatan Pelajar
UKM
43600 Bangi, Selangor
No: 0389214368, Faks: 0389214451
26/10/2013
PENGUMUMAN
PROGRAM PEMANTAPAN KENDIRI SESI 2013/2014
PELAJAR TAJAAN JPA
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Malaysia dengan kerjasama Unit Kebajikan Pelajar JPPel menganjurkan Program Pemantapan Kendiri Bagi Sesi 2013/2014 khas untuk pelajar tajaan Biasiswa JPA. Sehubungan dengan itu pelajar sila datang ke Unit Kebajikan Pelajar untuk menyemak nama, dan pelajar yang tersenarai dikehendaki hadir pada Program tersebut pada
Tarikh : 12hb November 2013 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Di Auditorium Siswa, JPPel Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsan Malaysia Bangi.
Kerjasama pelajar amat di alu-alukan dan kehadiran adalah WAJIB serta berpakaian kemas
BAGI PELAJAR UKM KAMPUS KUALA LUMPUR BAS DISEDIAKAN. DAN PELAJAR
DIKEHENDAKI MENUNGGU DI TIBE PADA PUKUL 7.00 PAGI.
19/10/2013
Pengumuman kepada pelajar-pelajar tahun 1, anda semua boleh mengambil kad diskaun siswa 1 Malaysia anda di luar auditorium siswa hari ini dan esok. Mulai isnin, tempat pengambilan kad diskaun bertukar di one stop centre JPPel.....
17/10/2013
Makluman daripada Bahagian Pengurusan Akademik kepada semua bakal graduan.
17/10/2013
PANDUAN DAN PERATURAN MENGISI SURAT TAWARAN, DOKUMEN PERJANJIAN, LAMPIRAN PERJANJIAN DAN AKUAN TERIMAAN SURAT TAWARAN DAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN
* Sila semak dulu mengikut panduan ini sebelum menghantar dokumen perjanjian mulai esok sehingga ahad, sekiranya ada ketinggalan, sempat untuk membuat pembetulan.
* Berpakaian kemas dan berkasut semasa pengutipan dokumen PTPTN.
Harap maklum dan terima kasih.
http://www.ptptn.gov.my/docs/PanduanPengguna/Panduan%20Pengisian%20Dokumen%20Perjanjian%20PTPTN_JPDPP_pin%208.pdf
http://www.ptptn.gov.my/docs/PanduanPengguna/Panduan%20Pengisian%20Dokumen%20Perjanjian%20PTPTN_JPDP
17/10/2013
Pengumuman: PENYEMAKAN DAN PENGHANTARAN SURAT TAWARAN/DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN
BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014
(KELOMPOK I)
Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2013/2014 (Kelompok l) pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada :
UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 18,19 dan 20 Oktober 2013(Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, Bangunan Pusanika, UKM
Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil perlu dilampirkan untuk mengelak sebarang kesulitan. * Kaunter untuk pengambilan kad diskaun siswa juga dibuka pada masa yang sama.
16/10/2013
Untuk makluman semua pelajar-pelajar (Pilihan pertama)Tahun 1, sesi Akademik 2013/2014 yang namanya tersenarai seperti dilampiran, sila datang di Kuanter Pusat Khidmat Pelajar (OSC) JPPel di Pusat Akreditasi Pembelajaran di aras 4
Bangunan PUSANIKA, UKM. Bagi kemasukan pilihan kedua sesi akademik 2013/2014, pengambilan Kad Diskaun akan dimaklumkan kemudian. SILA SEMAK NAMA ANDA DI SENARAI NAMA dan sekiranya ada keciciran, mohon maklum kepada Unit Kebajikan Pelajar.
http://www.ukm.my/e-pelajar/pdf/2013/okt/bul_16102013-18_2.xls
10/10/2013
Pengumuman: PENYEMAKAN DAN PENGHANTARAN SURAT TAWARAN/DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN PENDIDIKAN PTPTN
BAGI SESI AKADEMIK 2013/2014
(KELOMPOK I)
Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan Pinjaman Pendidikan PTPTN bagi Semester l Sesi 2013/2014 (Kelompok l) pelajar dikehendaki menghantar Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian pada :
UKM KAMPUS BANGI
Tarikh : 18,19 dan 20 Oktober 2013(Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, Bangunan Pusanika, UKM
UKM KAMPUS KL/PPUKM
Tarikh : 31 Oktober 2013(Khamis)
Masa :9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Ruang Legar TIBE, Bangunan Pentadbiran, UKM KL
Sehubungan dengan itu pelajar perlu melengkapkan semua dokumen perjanjian dan salinan sijil perlu dilampirkan untuk mengelak sebarang kesulitan.
10/10/2013
PENGAMBILAN KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA
Untuk makluman semua pelajar-pelajar Tahun 1 Sesi 2013/2014 bagi pelajar kemasukan pertama, Penyerahan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia pada:...
Tarikh : 18,19 dan 20 Oktober 2013(Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Siswa, Bangunan Pusanika, UKM
Bagi pelajar kemasukan kedua Kad Diskaun Siswa 1Malaysia akan dimaklumkan kemudian.
15/09/2013
Tarikh tutup permohonan PTPTN adalah 30 September, maka tarikh, tempat dan masa pengutipan dokumen PTPTN akan dimaklumkan nanti. Segala maklumat lanjut sila melawat Unit Kebajikan Pelajar (UKP), JPPel, UKM.