11/05/2026
π SEKALUNG TAHNIAH! π
Warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
π₯ Ts. Dr. Puvaneswaran Chelvanathan
π₯ ChM. Sharifah Nurain Syed Nasir
di atas penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025! πβ¨
Terima kasih atas segala dedikasi, komitmen yang tidak berbelah bahagi, dan sumbangan cemerlang anda kepada institut dan universiti. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pembakar semangat untuk terus berbakti serta mencipta lebih banyak kejayaan gemilang pada masa akan datang.
Kami seluruh warga SERI amat berbangga dengan pencapaian hebat anda berdua! ππ
01/05/2026
Selamat Hari Pekerja 2026! π²πΎ
Tema tahun ini, "Pekerja MADANI KESUMA Bangsa", mengangkat martabat para pekerja sebagai tunjang kecemerlangan negara. Di SERI UKM, kami komited dalam memperkasakan inovasi tenaga lestari demi masa depan yang lebih hijau dan makmur.
Terima kasih kepada semua tenaga kerja atas dedikasi, keringat, dan sumbangan anda dalam membangunkan Malaysia.
25/04/2026
"Adakah kita bersedia ubah cara hidup?" π§
Soalan ini telah dijawab dengan cukup tuntas oleh para panelis, terutamanya dari sudut pandang akademik dan teknikal oleh Prof. Dr. Norasikin Ahmad Ludin (Pengarah SERI, UKM). Beliau menekankan betapa pentingnya kesediaan minda dan adaptasi teknologi hijau dalam kehidupan seharian kita hari ini.
Pautan : https://youtu.be/XMm3v4YsLqQ?si=9DBXl9lRS3bCHB6y
21/04/2026
Assalamualaikum and a very good day,
Join TReES 2026: Tropical Renewable Energy Summer School and experience renewable energy like never before:
π
26 July β 8 August 2026
π Solar Energy Research Institute (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
π Why join?
β Learn solar, biomass, wind & energy storage technologies
β Visit real solar farms & research labs
β Gain hands-on experience with experts
β Build international connections
π΄ Not just a course β an experience:
Explore Kuala Lumpur, Putrajaya & Malacca, enjoy cultural visits, and even jungle trekking!
π Ideal for students, researchers & professionals in energy and engineering
π Turn knowledge into impact. Be part of the global energy transition.
Registration Link : https://forms.gle/XkP8sdXjpgArSEuN8
15/04/2026
Tahniah Atas Kenaikan Pangkat! πβ¨
Seluruh warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada:
Dr. Mohd Norizam Md Daud di atas kenaikan pangkat ke Pegawai Penyelidik Q12.
En. Ahmad Afif Safwan Mohd Radzi di atas kenaikan pangkat ke Pegawai Penyelidik Q10.
Kenaikan pangkat ini berkuat kuasa mulai 6 April 2026. Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang bakti dalam bidang penyelidikan tenaga keterbaharuan demi kelestarian masa hadapan.
Selamat maju jaya! βοΈπ
01/04/2026
Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Norasikin Ahmad Ludin berkata, situasi semasa menunjukkan bahawa keselamatan tenaga bukan lagi sekadar isu harga bahan api, sebaliknya melibatkan keupayaan negara memastikan ketersediaan bekalan secara berterusan dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.
"Kemampuan membeli tanpa jaminan bekalan akan mengakibatkan pasaran gelap, gangguan perkhidmatan awam dan yang paling membimbangkan ialah krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan," katanya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/.../krisis-selat-hormuz...
Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Norasikin Ahmad Ludin berkata, situasi semasa menunjukkan bahawa keselamatan tenaga bukan lagi sekadar isu harga bahan api, sebaliknya melibatkan keupayaan negara memastikan ketersediaan bekalan secara berterusan dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.
"Kemampuan membeli tanpa jaminan bekalan akan mengakibatkan pasaran gelap, gangguan perkhidmatan awam dan yang paling membimbangkan ialah krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan," katanya.
Baca lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/krisis-selat-hormuz-peluang-percepat-reformasi-tenaga-bukan-alasan-panik
20/03/2026
πβ¨ Salam Aidilfitri 1447H β¨π
Daripada seluruh warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria, SERI UKM, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua muslimin dan muslimat.
Semoga segala amal ibadah sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan kita dikurniakan hati yang bersih, jiwa yang tenang serta keberkatan dalam kehidupan.
Sabda Rasulullah SAW:
βSesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.β
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Di hari yang mulia ini, marilah kita saling bermaafan, mengeratkan silaturrahim, dan mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan.
π Taqabbalallahu minna wa minkum π
Semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadan yang akan datang.
Ikhlas daripada,
Warga SERI UKM πΈ
19/03/2026
πππ₯ππ¦ ππ’ππ’π₯ππ’ππ«π’ πππππ | πππππ.β£
β£
Ikuti ucapan khas Hari Raya buat semua dari Prof. Dr. Norasikin Ahmad Ludin, Pengarah Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM dan seluruh warga SERI.β£
β£
Semoga Syawal ini membawa sinar kegembiraan dan mengeratkan silaturahim.β£
β£
β£
β£β£β£β£β£β£β£
β£β£β£β£β£β£β£β£
β£β£β£β£β£β£β£β£
SERI Raya Aidilfitri 2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026.Tulus ikhlas dari seluruh warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), UKM.
07/03/2026
eluruh warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada:
DR. NURFARHANA ALYSSA AHMAD AFFANDI
atas pelantikan sebagai Felo Penyelidik di institut ini berkuat kuasa pada 29 Disember 2025.
dan
Dr. Muhammad Amir Aziat Ishak atas pelantikan sebagai Felo Penyelidik di institut ini berkuat kuasa pada 1 Mac 2026.
Kami amat berbesar hati menerima kehadiran Dr. Nurfarhana dan Dr. Muhammad Amir ke dalam keluarga besar SERI. Semoga dengan kepakaran dan pengalaman yang dibawa akan dapat memacu kecemerlangan penyelidikan serta inovasi dalam teknologi tenaga suria, selaras dengan visi UKM.
Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya!
18/02/2026
π Salam Ramadan 1447H | 2026M π
Daripada Warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria, SERI UKM
Marhaban ya Ramadan. Semoga kehadiran bulan penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka buat kita semua.
Rasulullah ο·Ί bersabda:
βApabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.β
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih bertakwa, sabar, ikhlas dan sentiasa memperbaiki diri.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Ikhlas daripada Warga SERI UKM π€
16/02/2026
π΄ β¨ Selamat Tahun Baru Cina 2026 β¨π
Warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria, Seri UKM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya.
Semoga tahun ini membawa kesejahteraan, kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan kejayaan berpanjangan dalam setiap usaha yang diceburi.
Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan, kerjasama dan keharmonian demi masa depan yang lebih lestari dan cemerlang.
π§§ Gong Xi Fa Cai π§§
Ikhlas daripada,
Warga Institut Penyelidikan Tenaga Suria,
Seri UKM