04/04/2026
MANAGING YOUR FEAR
Sabtu lepas adalah kelas pertama dibulan Syawal. Niat asal nak sampaikan teknik ringan dan santai-santai je. Maklumlah masih dalam mood raya.
---------
Permulaan kelas ada perbincangan sesama Aikidoka mengenai kes**aran dalam "tecnique ex*****on".
Melalui pengalaman aku sendiri belajar Aikido selama 18 tahun, kes**aran bukan disebabkan pemahaman atau tahap kemahiran seseorang. Tapi lebih kepada FEAR yang mempengaruhi mindset Aikidoka ketika buat teknik dalam latihan.
---------
Biasa orang sebut " You must overcome your fear " atau "Control your fear". Aku lebih berpendapat kita tak mampu overcome atau control fear. Tapi secara realistik kita mampu MANAGE perasaan takut kita.
Ambil contoh seorang kanak-kanak yang takut gelap. Setiap kali berada di tempat yang gelap, pasti dia akan berasa takut. Bukan mudah nak overcome atau control perasaan takut tu. Sampaikan ada yang kekal takut gelap sampai dewasa.
Managing the fear adalah mencari solusi dalam menangani atau mengubah persepsi perasaan takut tersebut. Antaranya, bila kena ke tempat gelap ajaklah peneman, jangan pergi seorang diri. Atau gunalah lampu suluh yang terang.
----------
Dalam Aikido pun konsep yang sama. Dalam latihan, teknik serangan akan bermula secara perlahan sebagai pendedahan awal. Apabila jiwa, minda dan badan Aikidoka sudah develop the "muscle memory", teknik serangan akan ditingkatkan menjadi lebih laju, lebih kuat. Mirip serangan sebenar.
Disinilah kemahiran Aikidoka akan betul-betul diuji. Kebolehan Aikidoka dalam melaksanakan teknik dalam keadaan tenang dan mampu mengurus perasaan takut bila diserang.
FYI, Aikido adalah salah satu martial arts yang tidak berundur ketika diserang. Inilah salah satu ciri yang yang membuatkan aku minat belajar seni beladiri Aikido.
--------
Ada yang ingin cuba Aikido? Jemput datang ke Dojo setiap Sabtu jam 9 pagi. Insya Allah aku cuba bagi penerangan yang lebih mendalam.
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
MyAikido Dojo
14/10/2025
Berita insiden terbaru yang berlaku di sebuah sekolah di Petaling Jaya pasti buat ramai parents yang risau, gelisah tentang keselamatan anak masing-masing.
Sebagai parents, kita takkan mampu kawal semua perkara yang berlaku di sekolah tapi aku nak share tips yang sering diajar dalam kelas Aikido remaja dan kanak-kanak kami.
Parents boleh share 5 tips ni dengan anak-anak jika berhadapan dengan situasi yang membahayakan keselamatan diri mereka:
1️⃣ Sentiasa dinamik, berlari atau bergerak jauh dari bahaya. Jangan berdiam diri pada satu tempat.
2️⃣ Dalam keadaan dinamik, jerit kuat-kuat mintak tolong secara berterusan sampai ada yang datang membantu.
3️⃣ Kalau tak mampu menjerit sebab panik, buat bunyi bising. Ketuk semua pintu kelas, pecahkan cermin tingkap...apa sahaja yang boleh tarik perhatian orang lain.
4️⃣ Cari tempat yang luas dan sentiasa ada orang seperti kelas yang ada guru mengajar, bilik guru, bilik pentadbir ataupun kantin. Elakkan berlari ke kawasan yang sunyi atau kawasan yang sempit seperti surau atau tandas.
5️⃣ Jika melibatkan senjata, capailah batang penyapu atau kerusi untuk pastikan ada jarak antara anak kita dan penyerang. Jika tiada pilihan, gunakan batang penyapu atau kerusi untuk pertahankan diri. Gunakan apa yang ada di persekitaran untuk melawan. Capai apa-apa dan baling ke arah penyerang. Jangan panik dan kaku.
Disclaimer: Tips diatas tidak memberi jaminan anak-anak kita dapat menghindari bahaya secara total. Tapi dengan izin Allah, ia mampu meningkat rate of survival anak-anak kita.
---------------
Tips ke-5 memerlukan keberanian dan sedikit kemahiran. Ambil iktibar dan hantar anak-anak belajar seni beladiri yang fokus kepada latihan yang praktikal.
Pengamatan peribadi aku parents lebih teruja hantar anak belajar sports martial arts yang fokus kepada pertandingan dan terhad kepada "set of rules" bagi memastikan keselamatan anak-anak ketika bertanding.
Konteks seni beladiri praktikal sangat berbeza dengan sports martial arts. Masing-masing ada pros and cons. Topik ni aku akan kupas lebih detail di posting lain.
Semoga bermanfaat.
-------------------
Sensei Azli
Aikido Instructor and Practitioner
MyAikido Dojo
18/07/2025
Perasaan geram, marah dan sedih bila aku baca berita hari ni berkenaan kejadian yang berlaku di Sabah.
Kegiatan buli ni umpama tiada kesudahan. Membanteras kegiatan buli memerlukan penglibatan semua pihak iaitu autoriti, institusi, masyarakat dan keluarga.
Masing-masing perlu main peranan secara proaktif. Bukan sekadar bertindak bila insiden jadi viral. Lepas tu sunyi sepi dan "back to normal".
------------
Kebanyakan mangsa buli memilih untuk DIAM sebab merasa malu, takut dan tidak mahu dianggap LEMAH. Ada juga yang memilih untuk DIAM sebab aduan mereka sering diremehkan oleh pihak yang menerima aduan mereka.
--------------
Guru-guru dan ibubapa especially, tolong ambil aduan pelajar/anak secara serius jika anak-anak ini mengadu mereka dibuli. Jangan normalisasikan buli sebagai salah satu proses menguatkan "jati diri". Jangan anggap aduan mereka itu sebagai tanda "kelemahan". Bukalah minda dan buanglah pemikiran lapuk ketinggalan zaman ini.
PLEASE LISTEN TO THEIR CRY FOR HELP BEFORE IT'S TOO LATE!!!
--------------
Aku sendiri ada pengalaman berinteraksi dengan kanak-kanak dan remaja yang menjadi mangsa buli. Mereka datang ditemani parents yang concern dan ingin support anak mereka untuk mengatasi masalah buli.
Kali pertama datang ke Dojo, mereka ini mostly mempunyai low self esteem, lack of confidence dan ada trust issues. Mereka jugak ada kes**aran untuk bersosial. Banyak bersendiri dan menyendiri. Mereka tidak pernah mengaku mereka dibuli dan akan deny jika ditanya.
Melalui latihan Aikido, aku cuba create emotional connection dengan mereka. Fokus utama adalah bantu mereka gain their self-confidence dan their self trust.
Ada yang dapat adapt dengan cepat, ada yang memerlukan lebih masa dan ada jugak yang tidak meneruskan latihan Aikido dan memerlukan khidmat lebih pakar.
Yang stay on dengan Aikido, mereka diberi peluang untuk ikut pace masing-masing
supaya tidak rasa tertekan. Tapi pada masa yang sama diberi sokongan dan dorongan untuk improve dan celebrate each small wins.
--------------
Kita semua berperanan dalam membanteras kegiatan buli. Peka dengan situasi di sekeliling kita dan tanya diri kita sendiri: ""Apa yang aku boleh buat/bantu bila berhadapan dengan situasi buli?"
Marilah kita sama-sama mengambil langkah proaktif dalam membanteras kegiatan buli ini. Mengambil keputusan untuk berdiam diri umpama kita "memberi kebenaran" untuk kegiatan buli terus berleluasa.
SAY NO TO ALL FORMS OF BULLY!!!
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
MyAikido Dojo
07/03/2025
Sabtu lepas kelas terakhir sebelum Ramadhan. Kami ambil peluang untuk berlatih sepuasnya.
Antara perkongsian pada kelas kali ni bagaimana Aikido dapat membantu kita mengawal EGO.
-----------
Latihan Aikido sentiasa memerlukan partner. Latihan Aikido mementingkan mutual respect. Jika emosi tidak dikawal, kemungkinan berlaku kecederaan adalah tinggi.
Sebagai Sensei, kami sentiasa memantau aktiviti dalam latihan. Sentiasa mengingatkan Aikidoka supaya mengawal emosi ketika berlatih. Aikidoka akan ditegur immediately jika kami dapat detect sebarang "conflict" ketika berlatih.
--------------
Sesi kali ni kami menerima kunjungan ahli 1Fit Apps. Seorang doktor yang sanggup datang dari Klang untuk mencuba Aikido. Alhamdulillah dan terima kasih. Semoga doktor sudi datang lagi.
--------------
Di bulan Ramadhan, training session diteruskan setiap Sabtu pagi 9am. Aktiviti fizikal akan dikurangkan. Lebih tumpuan akan diberikan kepada teori dan falsafah Aikido.
Mohon share perkongsian kali ini kepada kenalan anda yang ingin mengenali Aikido lebih dekat. Jemput datang ke MyAikido Dojo. Domoarigato.
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
MyAikido Dojo
10/02/2025
Senyum puas semuanya dapat new experience.
Belajar seni beladiri ni kadangkala tanpa sedar kita "syok sendiri". Antara puncanya sesi latihan dibuat dalam konteks "safe zone". Teknik dilakukan dalam suasana santai. Masing-masing sudah tahu dan menjangka setiap langkah di dalam setiap teknik.
Yang menyerang pun tidak beri komitmen sepenuhnya. Sekadar memenuhi syarat untuk membolehkan partner execute teknik sahaja.
-------------
Untuk aikidoka level beginner (bawah 6 bulan), biasanya aku benarkan mereka berlatih dalam zon selesa. Kepada aikidoka yang sudah 6 bulan ke atas, aku akan push to the next level. Teknik serangan lebih bertenaga dan lebih pantas. Dan partner yang menerima serangan juga mesti lebih peka dan komited.
Untuk level senior (senpai), expectation lebih tinggi, lambat bertindak akan hinggaplah penumbuk ke muka atau perut. Lambat buat tenkan (pusingan), singgahlah penampar ke muka.
-------------
So Jumaat lepas aku buat sedikit kelainan dalam sesi latihan. Pressure testing melalui knife defense drill. Serangan pisau (training knife) tanpa teknik khusus. Serangan bertubi-tubi.
Sekali-sekala pressure testing ni sangat perlu, terutama untuk senpai. Supaya mereka lebih mengenali tahap diri mereka dimana. Elakkan dibuai mimpi dan "syok sendiri". Alhamdulillah dapat memberi perspektif yang baru kepada senpai-senpai di MyAikido. Semoga mereka terus istiqamah dalam latihan dan memantapkan lagi ilmu beladiri masing-masing. Insya Allah.
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
MyAikido Dojo
21/01/2025
Aku baru dapat tengok beberapa keratan video kes yang berlaku di Kemaman baru-baru ni.
Sedih, marah, geram...‼️
Kemana hilangnya kewarasan akal❓❓❓
Kemana perginya sifat kemanusiaan❓❓❓
Dimana nilai kesabaran❓❓❓
Ada terbaca komen netizen, punca kejadian bermula dari yang dipukul. Jika benar, biarlah pihak berkuasa jalankan siasatan bagi menentukan keadilan.
Tapi wajar ke diperlakukan sebegitu sekali? Dipukul, dipijak, ditendang (termasuk di muka)...sedangkan dia tidak melawan walau sekali pun. Malah yang didengari adalah perkataan MAAF berkali-kali keluar dari mulutnya ketika diheret.
-------------
Inilah bahayanya MOB MENTALITY. Bila situasi dan emosi tidak dapat dikawal, hati dan minda bagai dirasuk...maka berlakulah kejadian pukul beramai-ramai sehinggakan mereka yang tidak terlibat pun ambil kesempatan nak lepaskan geram.
Lebih sedih bila ramai memilih untuk jadi "innocent bystander"...
Aku RESPECT dengan pemuda bertshirt hitam yang tampil dan cuba meleraikan walaupun dia seorang saja yang BERANI ke depan. Dimana yang lain? Sekadar memerhati dari tepi dan mengharapkan "orang lain" yang membantu?
-------------
Antara soalan yang sering aku ulangi dari semasa ke semasa kepada Aikidoka bila berlatih di Dojo:
Bersediakah kita untuk bertindak dan membantu sekiranya perlu?
Jika TIDAK adalah jawapan yang diberi, maka berlatihlah lagi dan lagi. Jangan disia-siakan ilmu seni beladiri yang dipelajari dan memilih untuk jadi seorang "innocent bystander".
-------------
Kepada semua diluar sana, belajarlah seni beladiri pilihan hati.
Belajar bersungguh-sungguh dan tanamkan AZAM untuk gunakan ilmu yang dipelajari sebaik-baiknya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Aku percaya bila lebih ramai yang ada rasa TANGGUNGJAWAB dan BERANI tampil ke depan memberi bantuan, perkara yang tak diingini seperti di Kemaman dapat dielakkan, Insya Allah.
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
MyAikido Dojo
28/12/2024
Pagi tadi kelas terakhir aku untuk 2024. Kebetulan ada another visitor dari 1Fit Apps. Sanggup datang dari Hulu Langat sebab nak belajar lagi dekat apa itu Aikido.
So dalam kelas hari ni aku banyak berkongsi tentang asas-asas dalam Aikido meliputi aspek fizikal dan falsafah dalam Aikido.
"One does not exist without the other".
-------------
Black Belt dan Hakama yang aku pakai setiap kali training bukan sekadar aksesori bagi nampak cantik semata-mata. They come with a great responsibility. Amanah yang perlu aku pikul dalam menurunkan ilmu Aikido yang sejati kepada students.
It also reflects the evolution of my personality yang harus aku jaga supaya seiring dengan falsafah Aikido. Kalau tidak maka hipokrit lah aku selama ni.
--------------
Doakan aku kekal istiqamah dalam mengembangkan ilmu seni beladiri ini supaya dapat memanfaatkan lebih ramai diluar sana. Aamiin.
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
MyAikido Dojo
15/12/2024
𝐁𝐔𝐋𝐈
Antara topik yang kerap timbul dalam kelas remaja dan kanak-kanak adalah isu buli. Kejadian buli yang sering berlaku diperingkat remaja dan kanak-kanak termasuk diejek, dikacau malah lebih teruk sehingga dipukul.
Kebiasaannya PEMBULI ni rata-rata dari background dan surrounding yang tidak sihat. Mereka mungkin sering kena marah dirumah atau disekolah. Malah ada PEMBULI yang sebenarnya mengalami trauma mereka sendiri dibuli, menyebabkan mereka melepaskan amarah kepada orang lain yang lebih lemah. Dan kitaran tidak sihat ni pun berterusan.
Social status tidak menentukan seorang PEMBULI. B40, M40, T20...sama je. Malah melalui pengalaman aku, anak-anak T20 yang jadi PEMBULI sering rasa diri mereka KEBAL disebabkan pengaruh social status mereka dan merasakan mereka " above the law".
--------------
Antara ciri-ciri PEMBULI:
❌Mencari mangsa yang lebih lemah.
❌Irihati atau jealous dengan mangsa.
❌Bergerak dalam kumpulan. Jarang ada PEMBULI yang solo.
❌Mendapat kepuasan dari reaksi mangsa seperti menangis atau tidak melawan balik.
❌Ada jugak yang dapat kepuasan bila mangsa cuba melawan tapi tak mampu. Yang ni lebih bahaya sebab PEMBULI dan geng dia akan jadi lebih agresif.
---------------
Aku nak kongsi tips yang aku share dengan student MyAikido termasuk anak-anak aku sendiri yang kerap dibuli masa disekolah rendah satu ketika dulu:
✅Kenalpasti "trigger point" PEMBULI. Apa yang buat dia tak puas hati dengan mangsa. Penampilan ke? Pergaulan ke? Ada yang membuli semata-mata kerana jealous sebab mangsa peramah dan s**a berkawan (true story jadi kat anak-anak aku).
✅Belajar untuk tidak "feed" the expected outcome yang diinginkan oleh PEMBULI. Jika dia nak kita menangis, jangan menangis. Jika dia nak kita marah, jangan marah. This will "throw off" momentum PEMBULI. Otak dia jem kejap.
✅Kalau buli secara lisan, setuju je dengan statement pembuli.
Contoh:
Pembuli: "Awak ni bodoh, dah la bodoh...hodoh pulak tu"
Mangsa: "Ha'ah betul la. Macam mana awak tau?"
Almost always PEMBULI akan mati akal sebab that is not the expected reaction yang dia mahu.
✅Doakan yang baik-baik untuk PEMBULI. Tips ni aku berani cakap berhasil sebab aku ajar anak-anak aku ketika mereka dibuli. Setelah sekian lama dibuli...balik sekolah selalu mengadu kasut disorok bila ke surau, sering diejek, sering ditolak sampai jatuh.
Aku pesan setiap kali dibuli, tadahkan kedua tangan depan PEMBULI dan doa kuat-kuat semoga Allah merahmati mereka, permudahkan urusan mereka dan tenangkan jiwa mereka...AAMIIN!
After a few attempts, my kids came back from school happy and said IT WORKED! Dah tak kena buli. Alhamdulillah.
Adakah aku marah bila anak dibuli? MESTI la aku marah. Aku arahkan cikgu buat pertemuan bertentang mata dengan parents PEMBULI. Tapi hajat tak kesampaian sebab cikgu lebih arif. Tak tau la apa jadi kalau dapat bertentang mata time tu.
-------------
Berbalik kepada student kami di MyAikido, ada parents yang hantar anak supaya anak mereka jadi lebih tough, lebih berani supaya tidak menjadi mangsa buli. Sebaliknya kami akan berterus-terang dengan parents yang objektik kami lain. Latihan kami bersifat pembentukan peribadi dan jati diri. Students belajar untuk percaya dengan keupayaan diri sendiri. Dari sini akan timbul Self Confidence, Self Control. Penampilan dan aura student akan berubah jadi lebih positif. Insya Allah, PEMBULI yang bergelumang dengan energy yang negative akan move on dan memilih mangsa seterusnya.
Dan of course...since kami mengajar seni beladiri. Pelbagai teknik mudah akan diajar kepada students sekiranya terlibat dalam buli berbentuk fizikal. Supaya mereka boleh EVADE and ESCAPE dari situasi buli tersebut.
--------------
Kalau ada yang sedang experience masalah buli, seek help. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa. Jangan sampai anak kita menghadapi masalah emosi. As parents, always be supportive. Be open supaya anak berani bercerita kepada kita kisah hidup mereka, yang baik mahupun yang buruk. Supaya kita boleh support dan bantu mereka sebelum terlambat.
--------------
Oh sebelum aku lupa, penulisan diatas juga applicable kepada golongan PEMBULI yang dah level bapak budak dan mak budak...termasuklah CYBERBULLYING!
Semoga bermanfaat. Domoarigato gozaimash.
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
My Aikido Dojo
18/11/2024
Sejak beroperasi pada 2009 sehingga sekarang, polisi MyAikido adalah tidak mendiskriminasi sesiapa yang ingin belajar Aikido. Para Aikidoka kami terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Selain golongan dewasa...kanak-kanak dan remaja istimewa pun ramai yang join.
-----------
Antara objektif parents hantar anak-anak istimewa ini supaya mereka didedahkan dalam suasana social interaction yang membolehkan mereka harness their social skills at their own pace and rely on their own personality strength. Tiada paksaan atau "social order/social standards" yang perlu dipatuhi secara spesifik, selain dari having fun ketika mengikuti syllabus yang diajar di dalam kelas.
Kami tumpang gembira bila melihat perubahan positif jati diri mereka dalam mengasah social skills yang buatkan mereka lebih confident, independent ketika berkomunikasi di dalam dan diluar kelas.
-------------
Aku pernah mengajar 3 orang Aikidoka remaja berusia 17 tahun yang menghadapi dissociative personality disorder, severe anxiety dan manic depression. Mereka berada dalam "social prison" masing-masing. Berkurung dalam bilik most of the time walaupun mendapat khidmat professional dari segi ubatan dan kaunseling. Namun begitu, mereka berkeinginan untuk belajar Aikido.
Kami terima dengan hati terbuka setelah berbincang dengan parents mereka dan identify bagaimana kami dapat membantu dan manage expectation mereka.
Dari individu yang langsung tiada eye contact, sentiasa membisu dan full of fear of the unknown....mereka melalui transformasi yang sangat positif di usia awal 20an. Mereka temui kekuatan jati diri yang terpendam selama ni. Mereka dapat keluar dari kepompong masing-masing. Ada yang sudah bekerja, ada yang berjaya sambung belajar di peringkat lebih tinggi.
------------
Syukur Alhamdulillah. Sesungguhnya kami hanyalah asbab yang Allah lorongkan kepada mereka.
Terima kasih Allah memberi peluang kami jadi sebahagian dari healing journey mereka. Semoga Allah melindungi mereka sentiasa. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
Sensei Azli
Self Defense and Aikido Instructor
MyAikido Dojo