Makmal Pembelajaran Autisme UKM

Makmal Pembelajaran Autisme UKM Makmal Pembelajaran Autisme menyediakan perkhidmatan intervensi awal & perkhidmatan pravokasional dan kemahiran hidup

Makmal Pembelajaran Autisme, Fakulti Pendidikan UKM mula beroperasi pada 3 Januari 2009. Tujuan utama penubuhan Makmal Autisme adalah bagi menjalankan penyelidikan mengenai autisme. Kami menyediakan perkhidmatan intervensi awal untuk kanak-kanak dan program pravokasional & kemahiran hidup untuk pelajar remaja/dewasa. Makmal beroperasi Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Terdap

at 2 sesi pembelajaran iaitu sesi pagi (9.00 pagi hingga 12 tengahari) dan sesi petang (2.00 petang hingga 5.00 petang)

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—₯π—”π—¦π— π—œ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π——π—œπ—”π—§π—₯π—œπ—ž, π—›π—’π—¦π—£π—œπ—§π—”π—Ÿ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—”π—•π——π—¨π—Ÿ π—”π—­π—œπ—­ 𝗦𝗛𝗔𝗛, π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—œ 𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜ π— π—”π—žπ— π—”π—Ÿ π—£π—˜π— π—•π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯𝗔𝗑 π—”π—¨π—§π—œπ—¦...
18/05/2026

π—Ÿπ—”π—ͺ𝗔𝗧𝗔𝗑 π—₯π—”π—¦π— π—œ 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗑 π—£π—˜π——π—œπ—”π—§π—₯π—œπ—ž, π—›π—’π—¦π—£π—œπ—§π—”π—Ÿ π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π—”π—•π——π—¨π—Ÿ π—”π—­π—œπ—­ 𝗦𝗛𝗔𝗛, π—¨π—‘π—œπ—©π—˜π—₯π—¦π—œπ—§π—œ 𝗣𝗨𝗧π—₯𝗔 π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜ π— π—”π—žπ— π—”π—Ÿ π—£π—˜π— π—•π—˜π—Ÿπ—”π—π—”π—₯𝗔𝗑 π—”π—¨π—§π—œπ—¦π— π—˜ π—¨π—žπ— 

Semoga lawatan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama strategik yang lebih erat dalam memperkasa intervensi awal dan sokongan holistik buat kanak-kanak autisme demi kesejahteraan masa depan mereka.

Syabas & Tahniah Omar Nazif!!
12/05/2026

Syabas & Tahniah Omar Nazif!!

17/04/2026

π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—›!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Mohd Syazwan Zainal, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti atas pelantikan semula sebagai Penyelaras Makmal Pembelajaran Autisme, Fakulti Pendidikan UKM berkuatkuasa 1 Januari 2026.

Semoga Fakulti Pendidikan terus cemerlang sebagai peneraju inovasi pendidikan berkualiti atas pelantikan ini.

17/04/2026

SAUDARA PENGARANGRINGKASAN BERITA AI βˆ’ Ramai remaja dan orang dewasa berada dalam spektrum autisme tanpa diagnosis, hanya menyedari sendiri selepas bertahun-tahun. Keupayaan menyesuaikan diri dan 'masking' menyebabkan kelewatan diagnosis dan keletihan emosi yang menjejaskan kesejahteraan mental. T...

17/04/2026
Mentari Syawal bersinar indah, Menghiasi hari penuh bermakna. Aidilfitri disambut penuh berkah, Kasih terjalin selamanya...
20/03/2026

Mentari Syawal bersinar indah, Menghiasi hari penuh bermakna. Aidilfitri disambut penuh berkah, Kasih terjalin selamanya.

Setelah sebulan meniti Ramadan yang penuh keberkatan, kini Syawal hadir membawa sinar kebahagiaan dan keampunan.Semoga Aidilfitri ini menjadi titik penyatuan hati, mengeratkan ukhuwah, serta menyemai kasih sesama insan.

Kami barisan pengurusan dan kakitangan Makmal Pembelajaran Autisme UKM dengan penuh keikhlasan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tulus ikhlas daripada:
Makmal Pembelajaran Autisme UKM Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

β€œTangani Autisme dengan Intervensi Awal”

JOM MEMBELI SAMBIL BERAMAL DAN MENINGKATKAN KESEDARAN AUTISMEAssalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera.Jualan amal sampul...
10/03/2026

JOM MEMBELI SAMBIL BERAMAL DAN MENINGKATKAN KESEDARAN AUTISME

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Jualan amal sampul raya edisi terhad 2026 Makmal Pembelajaran Autisme kini dibuka. Pembelian 5 set percuma 1 set sampul raya selagi stock masih ada!!

Bagi yang ingin mendapatkan sampul ini boleh menghubungi nombor berikut:

Cikgu Zarul: 019-9995085
Cikgu Ainor: 018-2058704
Cikgu Najah: 013-6327426
Makmal Pembelajaran Autisme (Pejabat): 03-89215945
Emel: [email protected]

Atau buat temujanji untuk hadir ke lokasi berikut:
Makmal Pembelajaran Autisme
Bangunan Tunas
Fakulti Pendidikan UKM

Hasil jualan akan disalurkan kepada Makmal Pembelajaran Autisme untuk menampung kos operasi. Dapatkan segera sementara stok masih ada.


Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pelajar latihan industri, Husna Nadjia Binti Husnul Hadi, yan...
30/01/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pelajar latihan industri, Husna Nadjia Binti Husnul Hadi, yang telah menjalani latihan industri di Makmal Pembelajaran Autisme ini bermula 6 Oktober 2025 hingga 23 Januari 2026.

Sepanjang tempoh latihan, Husna telah menunjukkan komitmen, sikap profesional, serta kesungguhan yang amat membanggakan dalam membantu pengurusan, intervensi, dan aktiviti pembelajaran bersama murid-murid autisme. Kehadiran dan sumbangan beliau amat bermakna kepada warga Makmal Pembelajaran Autisme.

Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk masa depan dan kerjaya Husna kelak. Kami mendoakan agar Husna terus cemerlang dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. 🌸

Terima kasih atas jasa dan bakti, Husna Nadjia. πŸ’™

Bengkel Pemerkasaan Ibu Bapa: Terapi Solat untuk OKUMulai tahun 2026, Makmal Pembelajaran Autisme akan memperkukuh pelak...
21/01/2026

Bengkel Pemerkasaan Ibu Bapa: Terapi Solat untuk OKU

Mulai tahun 2026, Makmal Pembelajaran Autisme akan memperkukuh pelaksanaan program seumpama ini secara berterusan sebagai inisiatif menyediakan sokongan tambahan kepada ibu bapa dalam aspek bimbingan, intervensi dan pembangunan sahsiah anak.

Semoga bengkel ini memberi manfaat serta menjadi rujukan bermakna kepada semua peserta yang hadir.

Address

Makmal Pembelajaran Autisme, Bangunan Tunas UKM, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Bangi
43600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60389217144

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Makmal Pembelajaran Autisme UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Makmal Pembelajaran Autisme UKM:

Shortcuts

Share

Category