05/04/2026
Keputusan SPM sudah keluar.
Banyak perkongsian ranking perbezaan sekolah-sekolah muncul di media sosial.
Personally saya tak berapa gemar sangat compare compare ranking sekolah ni. Walaupun sayalah penyumbang score dalam sekolah saya, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dahulu. Sebenarnya lebih banyak buruk dari baik.
Mengapa?
Kerana saya scorer. Saya tahu trick tricknya bila bermain dengan game "exam" dan ranking sekolah.
Cuma, tidak mengapalah, kita raikan saja.
Saya pernah mendengar, ada orang pernah berkata, geng geng yang galakkan homeschool ni sebenarnya dia sendiri tak nak sekolah, tak berjaya dalam pelajaran, pelajar malas dan tak pandai pun. Sebab itu nak lari dari exam.
Jawapan saya mudah. Mari kita talk heart to heart.
Saya tidak begitu.
Saya pelajar scorer. Saya pelajar pandai.
Saya pelajar yang memahami ilmu bukan sekadar dalam buku teks.
UPSR saya 5A
SDEA (Sekolah Agama Johor) saya pangkat 1
PMR saya 9A
SPM saya 11 1A
SKK (bagi pelajar KISAS) Mumtaz
Degree dan Master saya Jayyid Jiddan
Saya pelajar terbaik PMR seluruh negeri Johor tahun 2006
Saya top 10 pelajar straight 1A KISAS.
Kedua-duanya berita ini masuk surat khabar.
Selepas PMR saya menerima biasiswa PETRONAS ke KISAS.
Selepas SPM saya menerima biasiswa JPA degree ke Jordan.
Selepas Degree saya menerima biasiswa ISRA (Bank Negara) Master ke Jordan.
Saya orang susah.
Saya bukan keluarga berada.
Dengan ilmu, saya membantu ayah.
Ayah tidak perlu keluar sesen pun untuk tampung saya belajar.
Alhamdulillah.
Cuma, menjadi seorang yang pandai ada pro dan kontranya.
Saya akan berkongsi kemudian nanti.
Sehingga sampai satu tahap setelah menjalani peringkat peringkat belajar, rasa untuk berbakti dalam dunia pendidikan ini amat amat penting bagi saya. Rasa itu terus membuak-buak, sehingga p**ang saya ke Malaysia pada 2016, saya berkhidmat menjadi guru dengan gaji RM1500 sebagai pemegang sijil Master.
Barangkali, rasa itu sama seperti seorang Jack Ma yang telah membina empayar berbilion dengan AliBaba kemudian exit plan beliau adalah berkhidmat mendidik kanak-kanak di sekolah.
Billionaire menjadi cikgu kanak-kanak!
Kita kagum dengan kisah guru yang mempunyai PHD di Finland dan mendidik anak-anak seusia tadika, di sekolah yang diiktiraf terbaik dunia.
Guru ada PHD menjadi cikgu kanak-kanak!
Dan ketika berita-berita ini viral, itulah yang memberi saya inspirasi. Seorang "pandai" dan seorang "ada Master", tidak boleh malu dan ragu untuk mendidik anak-anak seawal usia.
Kerana anak itu adalah aset ummah.
Selalu saya pesan pada anak-anak,
Kalau sekolah, sekolah betul betul.
Kalau homeschool, homeschool betul betul.
Adakalanya s**a saya berkongsi kejayaan dalam sijil sijil ini kepada anak-anak.
Supaya anak-anak tahu.
Nilai ilmu.
Kesungguhan belajar.
Tidak kira apa bidang pun.
Disiplin wajib tinggi.
Jangan beralasan.
Jangan main main.
Perjuangan saya di Dewdemy bertitik tolak dari kisah perjalanan seorang yang menjadi pandai tetapi menemui kekurangan. Lalu berasa bertanggungjawab untuk berpesan kepada generasi baru supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Tulisan ini bukanlah untuk mendapat pujian & berlagak,
Jauh sekali sombong dan mengangkat diri.
Tetapi ia akan mengingatkan saya
Betapa besarnya amanah seorang yang berilmu
Untuk disampaikan ilmunya kepada generasi baru
Khususnya anak-anak yang masih suci dan bersih.
Mari semarakkan api pembudayaan ilmu dalam kalangan keluarga kita. π
Guru scorer dan ada Master yang cuma mengajar kanak-kanak?
Ya itulah saya.
Carilah saya di Dewdemy.
Cikgu Yaqzan,
Guru anak-anak anda.
Saya himpunkan penulisan di group komuniti :
bit.ly/komunitidewdemy
t.me/dewdemy