03/12/2021
🕌[EFINC KONGSI ILMU: EDISI JUMAAT]🕌
Assalamualaikum wrt wbt
✨Pada hari jumaat yang mulia ini, Economics with Finance Club (EFinC) ingin berkongsi tentang Kelebihan menuntut ilmu
✅Jom kita lihat apakah kelebihan menuntut ilmu ini ?
📖Allah SWT akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat berdasarkan firman-Nya:
يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya: “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]
✅ Allah SWT akan memudahkan jalan ke syurga
Menuntut ilmu merupakan kewajipan dan tuntutan terhadap setiap insan. Ini kerana, ilmu merupakan kayu ukur dalam kehidupan kita dalam menentukan samada perkara tersebut baik atau tidak. Selain itu, Allah SWT juga akan mengangkat orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.
✅ Mendapat perlindungan daripada para malaikat
Malaikat meletakkan sayapnya untuk para penuntu ilmu. Para malaikat menghormati pada orang yang menuntut ilmu dan mereka mencintai para penuntut ilmu, mereka meletakkan sayap-sayap mereka untuk menghormati para penuntut ilmu Allah SWT.
✅ Mendapat sakinah dan rahmat daripada Allah SWT
Sabda Nabi SAW “Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat” adalah dikatakan yang dimaksudkan dengan sakinah di sini adalah rahmat. Ini yang dipilih oleh al-Qadhi ‘Iyadh tetapi ia adalah dhaif disebabkan rahmat telah di’athafkan dengan sakinah. Dikatakan juga ia (yang dimaksudkan dengan sakinah) adalah thoma’ninah dan kemuliaan.
📝Terima kasih dan tahniah kerana anda berjaya menghabiskan bacaan.✨
✨ ONE TEAM. ONE SPIRIT. ONE SUCCESS ✨
EXCO AKADEMIK DAN TARBIYYAH
ECONOMICS WITH FINANCE CLUB (EFinC)
SESI 2021/2022
16/09/2021
*[THURSDAY SHARING WITH EXCO SUKAN⚽️]*
“TIPS DIET YANG BETUL DAN BERKESAN”
Cara diet yang betul adalah melalui pemakanan yang lengkap dan seimbang. Melalui tips diet sihat ianya boleh membantu melindungi diri kita daripada segala bentuk penyakit kekurangan zat makanan dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, sakit jantung, strok dan barah. Berikut adalah 4 tips diet yang betul dan berkesan.
*1. Makan Banyak Sayur-sayuran dan Buah-buahan🥕🍍*
Pengambilan buah dan sayur dapat diperbaiki dengan:
- Memakan buah dan sayur yang segar
- Elakkan memasak sayur dan buah secara berlebihan kerana ini boleh menyebabkan kehilangan nutrien penting.
- Jangan hadkan kepada 2 – 3 jenis sahaja, makan pelbagai jenis buah dan sayur-sayuran mengikut musim.
*2. Kurangkan Pengambilan Gula🍬*
Pengambilam gula dapat dikurangkan dengan:
- Amalkan untuk minum air kosong atau air rendah kalori pada setiap waktu makan.
- Menghentikan atau mengehadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi jumlah gula yang tinggi, seperti makanan ringan, gula-gula dan minuman manis.
*3. Mengawal Pengambilan Lemak dan Minyak🛢️*
Pengambilan lemak, terutamanya lemak tepu dan pengambilan lemak trans yang terhasil secara industri, dapat dikurangkan dengan cara berikut:
- Kukus atau rebus makanan dan bukannya menggoreng makanan anda.
- Menggantikan mentega dan ghee dengan minyak yang kaya dengan lemak sihat seperti minyak kacang soya, minyak canola, minyak jagung dan minyak bunga saff ataupun minyak bunga matahari.
*4. Kurangkan Pengambilan Garam*
Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk mengurangkan pengambilan garam dalam diet seharian:
- Memilih produk dengan kandungan sodium yang lebih rendah.
- Mengehadkan jumlah garam dan penambah perisa bersodium tinggi seperti kicap, sos ikan dan stok ayam/daging semasa proses penyediakan makanan.
*EXCO SUKAN & KHIDMAT KOMUNITI*
*ECONOMICS WITH FINANCE CLUB*
*EFinC*
*SESI 2021/2022*
16/09/2021
SELAMAT HARI MALAYSIA
Tarikh : 16 September 2021
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
Kami dari Barisan Pimpinan Economics with Finance Club (EFinC) 21/22 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-58 buat seluruh rakyat Malaysia.
“Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara” – Tunku Abdul Rahman – Perdana Menteri Malaysia Pertama
🇲🇾 Semoga kita dapat mengukuhkan lagi perpaduan kita dengan keunikan pelbagai kaum dan bangsa yang ada di negara Malaysia.
✨ ONE TEAM, ONE SPIRIT, ONE SUCCESS ✨
ECONOMICS WITH FINANCE CLUB (EFinC)
SESI 2021/2022
19/08/2020
[PERTANDINGAN LENSA MERDEKA RAYA PEMAJE]
Assalamualaikum wbt.
Kami dari Exco Multimedia dan Pemasaran PEMAJE mengadakan pertandingan semperna bulan kemerdekaan ini.
Mari sertai pertandingan kami dan asah bakat terpendam anda dalam bergambar😍.
Bagi peserta yang bertuah akan memenangi hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 150 bagi pemenang pertama🎉
Anda boleh hubungi kami:
*PENDAFTARAN*
Zul: www.wasap.my/60126413058
*PENGHANTARAN GAMBAR*
Mai: www.wasap.my/601121033091
*PERTANYAAN*
Falina: www.wasap.my/60183648826
Exco Multimedia dan Pemasaran
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 2020/2021
31/07/2020
*[Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Dari Pemaje]*
Kedatangan Aidiladha setiap tahun sentiasa mengingatkan kita tentang sejarah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Allah s.w.t menjadikan sejarah ini berlaku sebagai pedoman dan petunjuk bagi umat islam untuk mengorbankan harta dan jiwa demi keimanan kepada Allah s.w.t.
Dengan ini, kami dari Pemaje ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan berhati-hati di jalan raya.
"Aspirasi,komited,uniti"
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21
31/07/2020
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَأَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh."
(QS. Al-Hajj 22: Ayat 27)
Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21
29/07/2020
*[ Doa Memohon Rahmat Allah]*
* Tafsir Quran Surah Ali 'Imran Ayat 8*
Orang-orang yang berilmu tinggi itu berdoa, “Ya Rabb kami, janganlah Engkau belokkan hati kami dari kebenaran setelah Engkau tunjukkan kami kepada kebenaran. Selamatkanlah kami dari azab yang menimpa orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Dan berilah kami rahmat yang luas dari sisi-Mu untuk membimbing hati kami ke jalan yang benar dan memeliharanya dari kesesatan. Sesungguhnya Engkau -wahai Rabb kami- adalah Żat Yang Maha Memberi.
"Aspirasi, komited, uniti"
Exco Dakwah & Tarbiyah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21
29/07/2020
[Tazkirah quotes of the day]
"Berkawanlah dengan orang-orang yang dapat membuatkan dirimu mulia pada hari kiamat nanti"
-Habib Umar Al- Hafidz-
Aspirasi Komited Uniti
Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21
23/07/2020
📿 *QURAN HOUR LIVE* 📿
Assalamualaikum wrt wbt 😊
Dengan sukacita kami menjemput semua untuk memeriahkan majlis *PMFPM QURAN HOUR LIVE* dengan kerjasama 8 persatuan dibawah Fakulti Pengurusan & Muamalah yang akan dijalankan pada :
🌸 TARIKH : *24/7/2020*
🌹HARI : *JUMAAT*
⏰ MASA : *7.00-7.40 AM*
💻 live IG : * & .kuis*
📖Surah pilihan *Surah Al- Hasyr (1-24)*
by : *Exco Dakwah dan tarbiyah PEMAJE*
Dari Abu Bakar r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
*“Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan janganlah kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu yang membenci ilmu dan ahli ilmu"*
*AYUH HADIR KAN DIRI DAN ISI MASA ANDA DENGAN AL-QURAN*
*_Exco Dakwah & Tarbiyah_*
*_PEMAJE_*
17/07/2020
*[TOKOH EKONOMI ISLAM]*
📕Lahir di Arab Saudi dan merupakan penasihat merangkap penyelidik Islamic Research and Training Institute (IRTI) di Isl? amic Development Bank, Jeddah.
📙Penasihat Kanan Ekonomi, Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) selama 35 tahun.
📘Beliau juga pakar dalam bidang agama, ekonomi Islam dan perbankan Islam.
📗Beliau mencetuskan banyak idea baru dalam ekonomi Islam melalui penulisannya seperti Objectives of Islamic Economic Order, The Islamic Welfare State and Its Role in the Economy, Towards a Just Monetary System, Contribution to Islamic Economy Theory: A Study in Social Economics, Islam and the Economic Challenge, Islam and Economic Development dan sebagainya.
"Aspirasi, Komited, Uniti"
Exco Dakwah dan Tarbiah
PERSATUAN MAHASISWA JABATAN EKONOMI 20/21
16/07/2020
*Masih mencari tempat menyambung pengajian??* Jangan bimbang, jom dengar dulu taklimat kami🤗
*TAKLIMAT JOM DAFTAR BEF -*
*BACHELOR OF ECONOMICS & FINANCE (HONOUR)*
Bagaimana??🤔
Dengan menyertai taklimat kami seperti berikut:
Hari: Jumaat 17.7.2020
Masa: 3pm-4pm
Medium: Aplikasi zoom
Link pendaftaran: https://forms.gle/DB275pGDT3StJwQeA
🎯 *Yang Menarik*
1. Fasiliti KUIS
2. Penerangan prospek kerjaya BEF
3. Latar belakang program BEF
4. Apa kata alumni BEF
Jom tunggu apa lagi. Daftar segera 🤗