11/01/2025
PROGRAM EBM & FOOD FRIENDLY
Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia menggalakkan ibu untuk memberi susu ibu sahaja kepada bayi dari lahir sehingga berumur 6 bulan & diteruskan sehingga umur 2 tahun. Makanan pelengkap diberikan setelah bayi mencapai umur 6 bulan.
Bagi ibu² yang akan naik bekerja, pemberian susu ibu merupakan perkara yang agak mencabar atau juga menjadi s**ar & akhirnya memberhentikan pemberian susu ibu atas beberapa faktor :
✅ Ibu itu sendiri yang kurang ilmu penyusuan
✅ Taska/pengasuh/ ahli keluarga yang tidak pandai menguruskan susu perahan dengan BETUL
✅ Pihak taska / pengasuh / ahli keluarga meletakkan susu adalah keutamaan walaupun anak sudah boleh makan makanan pelengkap menyebabkan susu perahan mungkin tidak memenuhi demand anak bila tidak bersama ibu
penyebab ke-2 & ke-3 kami akan cuba bantu ibu² semampu kami.. sebab itulah, kami mengambil keputusan untuk menjalankan program ini bagi membantu melatih lebih ramai individu yang MAHIR menguruskan susu perahan & makanan pelengkap bayi..
Kami fokuskan kepada warga KOTA MARUDU :
Pengusaha taska, guru² taska, pengasuh serta ahli keluarga yang menjaga bayi.
Sila kontek kami untuk mendapatkan link pendaftaran bagi menyertai program ini..
&FoodFriendly