10/05/2026
Ibu.
Insan yang paling banyak berkorban tanpa pernah meminta balasan.
Sejak kita belum mengenal dunia ibu sudah menjaga dengan penuh kasih sayang. Menanggung sakit ketika mengandung, berjaga malam ketika kita sakit dan sentiasa mendoakan kebaikan anak-anak walau dirinya sendiri keletihan.
Allah SWT mengangkat darjat seorang ibu begitu tinggi. Dalam hadis, apabila seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad ﷺ siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik, Baginda menjawab:
“Ibumu, ibumu, ibumu… kemudian ayahmu.”
Ini menunjukkan betapa besarnya kedudukan seorang ibu di sisi Islam.
Hari Ibu bukan sekadar sambutan tetapi peringatan untuk kita menghormati ibu, menjaga hati ibu, mendoakan ibu setiap hari
dan membalas jasa mereka selagi masih ada kesempatan.
Kadang-kadang ibu tidak meminta harta yang banyak.
Cukup dengan perhatian, ucapan lembut dan masa bersama anak-anak sudah mampu membahagiakan hati mereka.
Bagi yang masih mempunyai ibu, peluklah mereka hari ini.
Bagi yang ibunya telah pergi menghadap Ilahi, kirimkan doa yang tidak pernah putus:
“Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, rahmatilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecil.”
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Maka jangan pernah jemu menghargai insan yang menjadi asbab keberkatan hidup kita. :)