Akademi Al-Quran Az-Ziyad Seri Iskandar

Akademi Al-Quran Az-Ziyad Seri Iskandar Risau Anak Masih Belum Pandai Ngaji? Jom Daftar Di Az-Ziyad.

SELAMAT TAHUN BARU  #2026Semoga langkah kita di tahun baru ini sentiasa dipandu oleh iman, diperkukuh dengan takwa dan d...
01/01/2026

SELAMAT TAHUN BARU #2026

Semoga langkah kita di tahun baru ini sentiasa dipandu oleh iman, diperkukuh dengan takwa dan dikuatkan dengan ama soleh.

Pendaftaran Kelas Mengaji & Tuisyen Hafazan Sesi 2026 Kini Dibuka!Ramai ibu bapa sedar satu perkara.. anak makin membesa...
31/12/2025

Pendaftaran Kelas Mengaji & Tuisyen Hafazan Sesi 2026 Kini Dibuka!

Ramai ibu bapa sedar satu perkara.. anak makin membesar, tapi bacaan Al-Quran masih tersekat, hafazan cepat lupa dan solat perlu diingatkan setiap hari.

Jika asas ini tidak dibina dari sekarang, anak akan terus belajar tanpa kefahaman dan disiplin, hafazan sekadar hafal bukan kekal dan Al-Quran hanya dibuka bila disuruh.

Sedangkan usia inilah waktu paling mudah membentuk hati dan tabiat.

Az-Ziyad membuka Pendaftaran Sesi 2026 untuk:

📖 Kelas Mengaji (Iqra’ & Al-Quran)
📚 Tuisyen Hafazan

Kami bimbing anak secara berperingkat, bertalaqqi dan berdisiplin,
supaya bacaan makin lancar dan hafazan lebih kuat.

Fokus pembelajaran:

✔ Pembetulan makhraj & tajwid
✔ Hafazan berfasa & semakan berkala
✔ Bimbingan solat & adab
✔ Kaedah mesra kanak-kanak & remaja

Ramai ibu bapa kongsikan perubahan anak mereka:

✨ Lebih yakin membaca Al-Quran
✨ Hafazan lebih ingat
✨ Lebih berdisiplin dan beradab

Sebahagian besar pelajar Az-Ziyad terus kekal setiap tahun kerana nampak hasilnya.

📍Lokasi: No 512, Persiaran SIBC, Bandar Seri Iskandar, Perak

Tempat terhad bagi menjaga kualiti bimbingan.

Jangan tunggu sampai anak makin besar dan sukar dibentuk. Mulakan asas Al-Quran dan hafazan mereka sekarang.

PM untuk info lanjut dan pendaftaran:

👉 https://wa.me/60198679825?text=PMSesi2026AzZiyad

Cuti sekolah semakin dekat… ibu bapa sudah rancang aktiviti bermanfaat untuk anak?Ramai ibu ayah risau bila cuti panjang...
28/11/2025

Cuti sekolah semakin dekat… ibu bapa sudah rancang aktiviti bermanfaat untuk anak?

Ramai ibu ayah risau bila cuti panjang, anak:

❌ banyak main gajet
❌ lupa hafazan
❌ tak semak bacaan
❌ masa terbuang tanpa pengisian agama

Az-Ziyad bawakan program khas untuk bantu anak kekal dekat dengan Al-Quran sepanjang cuti sekolah.. dengan cara yang seronok, mudah faham dengan bimbingan ustaz/ustazah berpengalaman.

Kami pastikan anak bukan sekadar belajar, tetapi seronok datang setiap hari.

PILIH PAKEJ MENGIKUT KESERASIAN ANDA:

🎒Pakej A — Weekend Sahaja (8 Hari)
RM100 sahaja
Sesuai untuk ibu bapa yang bekerja & nak anak dapat pengisian berkualiti setiap hujung minggu.

🎒Pakej B — Full Cuti Sekolah (16 Hari)
24 Dis – 8 Jan | RM150 sahaja

Pilihan terbaik untuk pastikan cuti sekolah anak terisi sepenuhnya dengan al-Quran.

Kenapa pilih Az-Ziyad?

✔️ Tenaga pengajar berpengalaman
✔️ Silibus mudah ikut tahap anak
✔️ Suasana pembelajaran selamat dan tersusun

⚠️ Tempat terhad untuk jaga kualiti kelas.

Klik untuk daftar atau pertanyaan lanjut:

👉 wa.me/60198679825?text=JomNgajiCutiSekolah

Keimanan sejati diuji ketika susah, bukan hanya ketika senang.Apabila ditimpa bencana, orang yang imannya rapuh akan men...
17/10/2025

Keimanan sejati diuji ketika susah, bukan hanya ketika senang.

Apabila ditimpa bencana, orang yang imannya rapuh akan menyalahkan takdir.

Sedangkan orang yang benar-benar beriman akan bersabar dan tetap berpegang pada Allah.

Ilmu lebih baik daripada harta kerana...Harta berkurang bila dibelanjakan, tetapi ilmu bertambah bila dikongsi.Semakin b...
04/10/2025

Ilmu lebih baik daripada harta kerana...

Harta berkurang bila dibelanjakan, tetapi ilmu bertambah bila dikongsi.

Semakin banyak kita memberi ilmu, semakin ramai orang mendapat manfaat, dan pahala kita terus mengalir.

Harta perlu dijaga, takut hilang atau dicuri.

Tapi ilmu p**a menjaga pemiliknya – ia menjadi panduan dalam hidup, penyuluh ketika gelap, dan bekalan menuju akhirat.

Harta hanya bermanfaat di dunia, sedangkan ilmu yang diamalkan akan terus memberi ganjaran sampai ke alam akhirat.

Sebab itulah para ulama dan orang soleh lebih mengutamakan ilmu berbanding harta.

Ilmu itu cahaya, dan siapa yang tidak bersama ilmu akan hidup dalam kegelapan.Rasulullah ﷺ mengajar kita, jadilah orang ...
20/09/2025

Ilmu itu cahaya, dan siapa yang tidak bersama ilmu akan hidup dalam kegelapan.

Rasulullah ﷺ mengajar kita, jadilah orang berilmu, penuntut ilmu, pendengar ilmu atau pencinta ilmu.

Kerana sesiapa yang berpaling daripada ilmu, maka dia termasuk dalam golongan yang rugi.

Dalam hidup ini jangan pernah lepaskan diri daripada majlis ilmu.

Jika belum mampu mengajar, maka belajarlah.

Jika belum mampu belajar, maka dengarlah. Dan jika belum mampu mendengar, maka cintailah ilmu.

Dengan cara itu, kita sentiasa dekat dengan keberkatan ilmu dan rahmat Allah SWT.

16/09/2025

Selamat Menyambut Hari Malaysia!🇲🇾

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk meraikan Hari Malaysia yang penuh makna ini.

Hari Malaysia bukan sekadar mengingatkan kita tentang penyatuan Sabah, Sarawak dan Semenanjung pada tahun 1963, tetapi juga mengajar kita erti ukhuwah, persaudaraan dan persatuan – nilai yang turut dituntut dalam Islam.

Firman Allah SWT:

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai.”

(Surah Ali Imran: 103)

Semoga Malaysia terus kekal sebagai negara yang aman, makmur, diberkati dengan masyarakat yang saling menghormati serta berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah.

Ikhlas daripada kami,
Akademi Al-Quran Az-Ziyad

Anak dah boleh baca Al-Quran… tapi tajwid masih keliru, makhraj huruf tak jelas, cepat lupa bila ulang.Bayangkan lepas c...
10/09/2025

Anak dah boleh baca Al-Quran… tapi tajwid masih keliru, makhraj huruf tak jelas, cepat lupa bila ulang.

Bayangkan lepas cuti sekolah ni, anak lebih yakin baca Al-Quran, sebutan huruf jelas dan seronok belajar sebab dia faham tajwid dengan cara yang mudah.

Itulah yang anak akan belajar dalam Kem Smart Al-Quran & Tajwid Junior.

Tarikh: 13 & 14 September
Masa: 9.00 pg – 12.00 tghr
Lokasi: Bandar Seri Iskandar, Perak
Offer Early Bird: RM70 sahaja

📲 Daftar segera sebelum tempat penuh:

https://wa.me/60198679825?text=PMKemTajwidSeriIskandar

"Salam Maulidur Rasul 1447H"Mari kita hayati perjuangan dan akhlak Nabi Muhammad SAW — sebagai pendidik, pemimpin dan ra...
05/09/2025

"Salam Maulidur Rasul 1447H"

Mari kita hayati perjuangan dan akhlak Nabi Muhammad SAW — sebagai pendidik, pemimpin dan rahmat buat seluruh alam.

Semoga kecintaan kita kepada Baginda menjadi inspirasi dalam mendidik anak-anak mengenal Al-Quran dan sunnah.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang terbaik.” (Al-Ahzab: 21)

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68!Kemerdekaan adalah nikmat Allah yang wajib disyukuri.Mari kita isi erti merdeka...
31/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68!

Kemerdekaan adalah nikmat Allah yang wajib disyukuri.

Mari kita isi erti merdeka dengan membina umat berilmu, berakhlak dan berpandukan al-Quran.

Cuti sekolah dah dekat…Mak ayah pernah tak rasa risau bila anak baca Al-Quran, tapi tajwidnya tunggang-langgang? 😔Kita t...
22/08/2025

Cuti sekolah dah dekat…

Mak ayah pernah tak rasa risau bila anak baca Al-Quran, tapi tajwidnya tunggang-langgang? 😔

Kita tahu anak-anak ada semangat nak belajar, tapi tanpa bimbingan yang betul, mereka mudah putus asa.

Bayangkan kalau cuti sekolah ini, anak kita belajar dalam suasana seronok…

📖 Dapat bimbingan tajwid asas
🎲 Main game interaktif
✨ Dan mula yakin baca Al-Quran dengan betul

Bukankah itu hadiah paling indah untuk mereka?

Akademi Al-Quran Az-Ziyad bawakan khas:

🌟 Kem Smart Al-Quran & Tajwid Junior 🌟
📆 13 & 14 September 2025
🕘 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Seri Iskandar
💰 Promosi Cuti Sekolah: RM70

Pengisian Program:

📖 Talaqqi 11 surah pilihan
✨ Tajwid Asas (Makharijul Huruf & Sifat Huruf)
🎲 Game & Aktiviti Interaktif Tajwid

Jangan biar cuti sekolah anak terbuang dengan gajet semata.

Isikan dengan ilmu Al-Quran yang akan mereka bawa sampai dewasa.

Hubungi kami untuk daftarkan anak.. tekan link kat Bawah:

https://wa.me/60198679825?text=PMKemTajwidSeriIskandar

PS: Tempat TERHAD – rebut peluang sebelum penuh!

Ganjaran bagi orang yang beriman dan beramal soleh adalah Syurga yang kekal selamanya.Iman bukan sekadar di hati, tetapi...
12/08/2025

Ganjaran bagi orang yang beriman dan beramal soleh adalah Syurga yang kekal selamanya.

Iman bukan sekadar di hati, tetapi dibuktikan dengan amalan yang baik — solat, mengaji, berbuat baik kepada ibu bapa, membantu orang lain dan menjauhi larangan Allah.

Setiap usaha kebaikan kita tidak akan sia-sia di sisi Allah.

Walaupun kecil di mata manusia, ia besar di sisi-Nya.

Jadikan setiap hari peluang untuk tambah iman dan amalan.

Syurga itu bukan untuk orang yang sempurna, tapi untuk orang yang terus berusaha.

Address

No 512, Persiaran SIBC 22
Bandar Seri Iskandar
32610

Telephone

+60198679825

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Al-Quran Az-Ziyad Seri Iskandar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category