SMK PULAI JAYA

SMK PULAI JAYA Sekolah Menengah Kebangsaan Pulai Jaya.

16/08/2026
Kejohanan Dodgeball Peringkat Negeri JohorπŸ† TAHNIAH CRIMSON VIPER! πŸ†Pasukan Crimson Viper, SMK Pulai Jaya telah menyerta...
15/08/2026

Kejohanan Dodgeball Peringkat Negeri Johor
πŸ† TAHNIAH CRIMSON VIPER! πŸ†

Pasukan Crimson Viper, SMK Pulai Jaya telah menyertai Kejohanan Dodgeball Peringkat Negeri Johor anjuran SMK Permas Jaya dengan menghantar 4 kategori.

Alhamdulillah, pasukan berjaya mencatat keputusan yang membanggakan:

πŸ₯‡ Lelaki Bawah 14 – Johan

πŸ₯‡ Perempuan Bawah 14 – Johan

πŸ₯ˆ Perempuan Bawah 17 – Naib Johan

πŸ† SMK Pulai Jaya – Naib Johan Keseluruhan

Tahniah dan syabas kepada semua atlet atas usaha, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. πŸ’ͺπŸ”₯

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Ashraf Jalal, Cikgu Ernila dan Cikgu Raja Izzaty yang menjadi tulang belakang kejayaan pasukan melalui bimbingan dan komitmen yang diberikan.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada para penyumbang dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, bantuan dan dorongan kepada pasukan. Sokongan anda semua amat bermakna dalam perjalanan Crimson Viper mencapai kejayaan ini. ❀️

πŸ† Tahniah semua!

MAJLIS PERASMIAN PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN & PERPADUAN TARIKH: 14 OGOS 2026 (JUMAAT) MASA : 2.30 PM - 4.00PMTEMPAT: ...
15/08/2026

MAJLIS PERASMIAN PENGHAYATAN BULAN KEMERDEKAAN & PERPADUAN
TARIKH: 14 OGOS 2026 (JUMAAT)
MASA : 2.30 PM - 4.00PM
TEMPAT: DEWAN KERUING JAYA

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Kulai atas kep...
11/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Daerah Kulai atas kepercayaan memilih SMK Pulai Jaya sebagai tuan rumah bagi Karnival Tautan Ukhuwah Puteri Islam PPIM Daerah Kulai.

Pihak SMK Pulai Jaya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada program yang penuh dengan aktiviti bermanfaat dalam mengeratkan ukhuwah, membina semangat kerjasama serta memperkukuh jati diri para Puteri Islam.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru, AJK, urus setia, para peserta serta semua pihak yang telah memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama bagi memastikan karnival ini berjalan dengan lancar dan meriah.
Semoga jalinan ukhuwah yang terbina terus kukuh dan program seperti ini dapat menjadi kenangan indah serta memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
Terima kasih dan tahniah kepada semua!

🌸 Ukhuwah Terjalin, Aspirasi Gemilang 🌸

Fasa 1 , Pemasangan 10 unit Televisyen 65 inci di kelas-kelas. Dana bagi pembelian  televisyen ini telah disumbangkan ol...
09/08/2026

Fasa 1 , Pemasangan 10 unit Televisyen 65 inci di kelas-kelas. Dana bagi pembelian televisyen ini telah disumbangkan oleh YB Tuan Liew Chin Tong.
Pemasangan Fasa 2 akan dilaksanakan jika kutipan sumbangan PIBG memberangsangkan.

Liew Chin Tong
Parlimen Iskandar Puteri

Pemasangan skrin LED (15x8 kaki) di Dewan Keruing Jaya hasil sumbangan daripada PIBG SMK Pulai Jaya. Semoga kemudahan in...
09/08/2026

Pemasangan skrin LED (15x8 kaki) di Dewan Keruing Jaya hasil sumbangan daripada PIBG SMK Pulai Jaya. Semoga kemudahan ini memberi manfaat kepada semua warga sekolah.

PERKHEMAHAN DAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAERAH KULAI TAHUN 2026.Unit Pembangunan Bakat Murid P...
06/08/2026

PERKHEMAHAN DAN UJIAN KENAIKAN PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) DAERAH KULAI TAHUN 2026.

Unit Pembangunan Bakat Murid PPD Kulai dengan kerjasama Sekretariat KRS Kulai telah menganjurkan Perkhemahan dan Ujian Kenaikan Pangkat KRS Daerah Kulai selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Ogos 2026 di Hutan Rekreasi UTM, Skudai.

Unit beruniform KRS SMK Pulai Jaya telah menghantar enam orang kadet untuk menyertai perkhemahan dan ujian kenaikan pangkat ini. Kadet-kadet perlu melalui pelbagai ujian seperti kecergasan, bertulis, kawad kaki, ikatan, bantu mula, hafazan dan pengucapan awam sebelum dianugerahkan pangkat dalam KRS.

Tahniah kepada enam orang kadet yang telah dianugerahkan pangkat sarjan dan koperal dalam ujian ini ;

1. Sarjan Muhammad Hail Hadi Bin Mohamad Azri - 3 Azalea

2. Sarjan Nur Alya Nabihah Binti Mohd Najib - 3 Alamanda

3. Sarjan Dhaniyah Batrisya Binti Yuzadilfitri - 3 Azalea

4. Sarjan Nur Allesya Elena Binti Nazemi - 3 Azalea

5. Koperal Damian Chin Yee Heng - 3 Daisy

6. Koperal Muhammad Haris Sufyan Bin Mohamad Hisam - 3 Akasia

Terima kasih juga diucapkan kepada dua orang pegawai kadet yang turut sama membimbing, mengurus kadet serta menjayakan program ini sebagai penguji iaitu ;

1. Pegawai Kadet Noraida Binti Daut
2. Pegawai Kadet Wahidah Binti Arkanudin

Semoga dengan penganugerahan pangkat ini dapat membina semangat dan jati diri para kadet untuk menjadi pemimpin yang berwibawa serta menjadi contoh kepada para pelajar di SMK Pulai Jaya.

PROGRAM STAR PENDIDIKAN MORALTARIKH : 1 OGOS 2026 (SABTU)MASA : 10:30 - 12:00 PAGIKELAS: 5 ROSEWOOD - 5 MERANTIAnjuran :...
02/08/2026

PROGRAM STAR PENDIDIKAN MORAL
TARIKH : 1 OGOS 2026 (SABTU)
MASA : 10:30 - 12:00 PAGI
KELAS: 5 ROSEWOOD - 5 MERANTI
Anjuran : Unit Kecemerlangan SMK Pulai Jaya

PROGRAM STAR PENDIDIKAN ISLAMTARIKH : 1 OGOS 2026 (SABTU)MASA : 8.30 - 10.00 PAGIKELAS : 5 SERAYA - 5 JATIMASA : 10.30 -...
02/08/2026

PROGRAM STAR PENDIDIKAN ISLAM
TARIKH : 1 OGOS 2026 (SABTU)
MASA : 8.30 - 10.00 PAGI
KELAS : 5 SERAYA - 5 JATI
MASA : 10.30 - 12.00 TENGAHARI
KELAS : 5 ROSEWOOD - 5 CENDANA
Anjuran: Unit Kecemerlangan SMK Pulai

PROGRAM STAR PRINSIP AKAUNTARIKH : 1/8/2026 ( SABTU) MASA  : 8.00 - 10.00 TGHARITEMPAT : 2 AZALEAAnjuran: Unit Kecemerla...
02/08/2026

PROGRAM STAR PRINSIP AKAUN
TARIKH : 1/8/2026 ( SABTU)
MASA : 8.00 - 10.00 TGHARI
TEMPAT : 2 AZALEA
Anjuran: Unit Kecemerlangan SMK Pulai Jaya

Address

SMK PULAI JAYA, PERSIARAN PULAI JAYA UTARA
Bandar Pulai Jaya
81110

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 04:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6075273637

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK PULAI JAYA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category