KAFA Darul Jalil

KAFA Darul Jalil KAFA Darul Jalil terletak di Blok C-00-04, Apartment Sri Rakyat, Jln 14/ 155C ,Bdr Bukit Jalil,Kuala

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Kafa Darul Jalil

Koleksi video raya dan gambar pra-raya boleh dapatkan pada LinkTree kami:
https://tr.ee/IMgmCtaoFC

Bunga melur di tepi perigi,Harum mewangi di pagi hari,Syawal tiba penuh berseri,Salam Aidilfitri ikhlas dari hati.Dengan...
20/03/2026

Bunga melur di tepi perigi,
Harum mewangi di pagi hari,
Syawal tiba penuh berseri,
Salam Aidilfitri ikhlas dari hati.

Dengan penuh rasa kesyukuran, KAFA Darul Jalil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 / 1447 kepada semua khususnya buat semua warga KDJ.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan ukhwah sesama kita.

Sebelum mengundur diri —
Terimalah ucapan dan takbir raya daripada anak-anak KDJ.

" SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN "

" تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ "

Tulus Ingatan :
Pihak Pentadbiran & Asatizah
KAFA Darul Jalil

Assalamualaikum wbt.🔖 Pihak KDJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua warga KDJ yang sudi berkongsi rezeki da...
14/03/2026

Assalamualaikum wbt.

🔖 Pihak KDJ ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua warga KDJ yang sudi berkongsi rezeki dan memberi sumbangan sepanjang Majlis Iftar Ramadan KDJ 2026 diadakan.

🔖Tidak lupa juga, penghargaan buat anak-anak terutama para pengawas yang sudi mengerah tenaga bergotong-royong membantu para guru dalam menjayakan majlis kali ini.

🔖 Tiada apa yang mampu kami balas melainkan doa dan harapan buat kebaikan semua para penyumbang dan anak-anak KDJ khususnya.

🔖 Di sini juga, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada 2 hamba Allah iaitu daripada pihak ibu bapa sendiri yang sudi menginfaq keperluan sekolah iaitu :-

•⁠ ⁠Karpet sejadah
•⁠ ⁠Buku Yasin

🔖 Dan, pihak KDJ memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

Sampai sini sahaja dahulu.
Sekali lagi, jazakumullahu khairan buat semua.

✨Salam Ramadan Al-Mubarak.
Ikhlas : KAFA DARUL JALIL

Assalamualaikum Bagi asatizah yang berminat untuk berbakti mendidik anak-anak Kafa Darul Jalil boleh hubungi atau emel p...
28/01/2026

Assalamualaikum

Bagi asatizah yang berminat untuk berbakti mendidik anak-anak Kafa Darul Jalil boleh hubungi atau emel pada alamat di bawah.

Terima kasih

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perpisahan, diiringi sejuta doa dan tangisan.Terima kasih Ustazah Azhani y...
17/01/2026

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap perpisahan, diiringi sejuta doa dan tangisan.
Terima kasih Ustazah Azhani yang sudi memegang tugas sebagai Ketua Guru di Kafa Darul Jalil sehingga Jumaat, 16 Januari 2026. Ustazah bukan sahaja mendidik anak-anak dengan cukup mesra, bahkan menganggap semua termasuk guru-guru sebagai satu keluarga.

Kami mendoakan ustazah umur yang panjang dan dimurahkan rezeki serta kekal ingatan kami bersama.

Untuk gambar dan momen boleh dapatkan pada pautan di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1OWCKmI6Iyt1JKDxtQMwfkJKEvwhGPGJ5?usp=share_link

12/01/2026

Selamat Kembali Persekolahan semua murid Kafa Darul Jalil ❤️

21/12/2025

Assalamualaikum wbt.

Tamatlah Majlis Graduasi anak² Al-Jawzi 2025 maka berakhirlah perjuangan mereka menuntut ilmu di KAFA Darul Jalil kini.

Saya; Ustazah Fazira selaku guru kelas ingin memohon maaf sekiranya ada — terkurang lebih, terkasar terherdik, terotan tercubit dan salah silap yang lain tanpa disengajakan mahupun dilaku sengaja atas alasan hanya cuma untuk mendidik dan inginkan kebaikan buat anak-anak semuanya.

Moga semua anak-anak mendapat kebaikan dunia akhirat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang.

Selamat menempuh alam persekolahan yang baru pada tahun baru nanti.

Sekali lagi, jari disusun mohon dihalalkan segalanya.

*"جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء "*

Salam sayang,
KAFA Darul Jalil

Alhamdulillah, program Hari Anugerah Kecemerlangan yang dirasmikan oleh Penyelia Kafa Zon 5, Ustaz Mohamad Rahimi bin Ab...
21/12/2025

Alhamdulillah, program Hari Anugerah Kecemerlangan yang dirasmikan oleh Penyelia Kafa Zon 5, Ustaz Mohamad Rahimi bin Abdul Rahim telah tamat dengan jayanya.
Ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua murid dan ibu bapa yang terlibat.
Bagi yang ingin mendapatkan gambar dan video, sila dapatkan di pautan LinkTree kami: http://linktr.ee/kafadaruljalil

Kami guru-guru mendoakan agar semua murid maju berjaya di dunia dan di akhirat insyallah

Sekian Terima Kasih

AssalamualaikumAlhamdulillah, program PUNCAK telah selesai diiringi dengan Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk calon Kaf...
28/09/2025

Assalamualaikum

Alhamdulillah, program PUNCAK telah selesai diiringi dengan Solat Hajat dan Bacaan Yassin untuk calon Kafa Darul Jalil yang menduduki peperiksaaan UPKK dan UPSRA Tahun ini.

Terima kasih pada ibu bapa yang sudi memberi sumbangan rezeki kepada sekolah demi anak-anak Kafa Darul Jalil. Doakan kesejahteraan dan kensenangan anak-anak Tahun 5 dan Tahun 6 ya.

Gambar dan program boleh dapatkan pada pautan di bawah

1. Program PUNCAK 2025: https://drive.google.com/drive/folders/1JV7OsldrnzXUVaya3mTTOK66P5KBe8z4?usp=share_link
2. Program Solat Hajat: https://drive.google.com/drive/folders/1fHHx2rsy8wJx4wSqBYEV95TfbdfoBqz9?usp=share_link

بِالتَّوْفِيقِ وَالنَّجَاحِ

Address

KAFA Darul Jalil, Blok C , Apartment Sri Rakyat
Bandar Bukit Jalil
57000KUALALUMPUR.

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60380825315

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Darul Jalil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share