Ustaz Dr Rosli

Ustaz Dr Rosli Selain daripada Telegram Tadabbur Wahyu boleh dieksess melalui blog DrRosli.Com

Tadabur Wahyu

Tadabbur Wahyu adalah siri kupasan ayat al-Quran yang dihasilkan oleh Ustaz Dr Rosli bin Mokhtar, diadun daripada beberapa rujukan tafsir muktabar.

SEMINAR DAN BENGKEL KEFAHAMAN KONSEP HMIUntuk orang awam ke? Jawabnya. Ye betul, kali ini InsyaAllah kita gerakan ke mas...
23/09/2024

SEMINAR DAN BENGKEL KEFAHAMAN KONSEP HMI

Untuk orang awam ke? Jawabnya. Ye betul, kali ini InsyaAllah kita gerakan ke masyarakat awam p**a. Bukan ekslusif untuk bidang kesihatan sahaja.

Kenapa? Sebab orang awam perlu tahu perkara ini. Usaha telah digerakkan sekian lama, yang perlu sekarang adalah sokongan dan dokongan daripada masyarkat.

Ingin tahu lebih lanjut. Jom mendaftar bersama kami! InsyaAllah sarapan pagi dan tengahari disediakan.

Link pendaftaran

https://forms.gle/ZtFJegxzBBEEhTtH8

Butiran program

Tarikh: 28 Sept 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi - 1 tengahari
Tempat: Universiti Islam Selangor

Sesi perkongsian dengan sahabat lama Fathi Aris dlm Pondok Siyasah
25/06/2023

Sesi perkongsian dengan sahabat lama Fathi Aris dlm Pondok Siyasah

25/03/2023

*TADABBUR WAHYU SIRI 895*

*Surah al-Maidah: 98*

Allah Maha Pengampun dan Maha Pedih AzabNya.

ٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ وَأَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيم.

98. Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).

Ayat ini merupakan kesimp**an terhadap perbincangan hukum sebelum ini, di mana Allah telah mengharamkan berburu bagi merka yang sedang berada dalam ihram, begitu juga berkenaan hukum halal berburu binatang laut kepada mereka.

Ayat ini juga mengingatkan terhadap nikmat Allah yang telah menjadikan kaabah sebagai kiblat dan tempat yang mulia. Meletakkan hukum khusus terhadap kawasan tanah haram telah menjadi satu nikmat yang tersirat kepada penduduk Mekah.

Permulaan ayat ini yang menyeru dengan “i’ilamu” bermaksud “ketahuilah” ia bagi menunjukkan kepentingan kandungan perbincangan yang perlu dihayati oleh pembaca.

Dalam ayat ini, tiga sifat Allah telah disebut. Pertama “Syadid al-Iqab” Allah Maha berat azab dan siksanya, kedua “Ghafur” iaitu yang maha mengampun dan ketiga “Rahim” bermaksud Maha Penyanyang.

Sifat-sifat ini disebut kerana Allah Maha berat azab dan siksanya bagi mereka yang telah melanggar hukum-hakamNya dan Allah Maha Pengampun dan Penyanyang kepada mereka yang mentauhid dan pentaatiNya.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com

4 Ramadan 1444
26 Mac 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

21/03/2023

*TADABBUR WAHYU SIRI 894*

*Surah al-Maidah: 96-97*

Rahsia Kemuliaan Kaabah Dan Tanah Haram

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ ٱلْبَحْرِ وَطَعَامُهُۥ مَتَـٰعًۭا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ ۖ وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ ٱلْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًۭا ۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِىٓ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

96. Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.

Ayat ini mengekalkan hukum membunuh binatang laut dan tidak mengharamkannnya. Menurut Ibnu Asyur sebab diharusan binatang laut ialah kerana ia tidak terdapat pada masa seseorang mengerjakan ibadat haji. Tambah beliau lagi, ini kerana larangan berburu adalah sebagai menghormati kemuliaan Kaabah dan Tanah Haram

Dalam rangkap kedua ayat ini, sekali lagi ditegaskan bahawa orang yang berada dalam ihram diharamkan untuk berburu binatang di darat. Ia sekali gus menegaskan bahawa keharusan berburu binatang laut tidak menyebabkan diharuskan juga berburu binatang darat bagi orang yang berada dalam ihram.

جَعَلَ ٱللَّهُ ٱلْكَعْبَةَ ٱلْبَيْتَ ٱلْحَرَامَ قِيَـٰمًۭا لِّلنَّاسِ وَٱلشَّهْرَ ٱلْحَرَامَ وَٱلْهَدْىَ وَٱلْقَلَـٰٓئِدَ ۚ ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ وَأَنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

97. Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ayat ini antara lain menerangkan tentang hikmah dilarang melakukan perburuan dalam masa ihram dan hikmah larangan berburu binatang di kawasan tanah haram. Ayat ini juga menerangkan tentang nikmat Allah yang telah menjadikan tanah haram sebagai tempat yang aman serta kunjungan manusia untuk beribadat dan berniaga.

Kaabah dari sudut bahasa bermaksud sesuatu yang jelas dan timbul, setiap yang timbul akhirnya dinamakan dengan kaaabah mengambil sempena dengan rumah Allah yang terkenal itu. Kaabah juga dinamakan dengan Baitillah al-Haram iaitu rumah Allah yang haram. Menurut Ibnu Asyur maksud haram disini ialah dilarang. Ia bermaksud dilarang untuk dilakukan padanya kejahatan dan kezaliman.

Oleh itu, kalau tidak kerana kemuliaan Kaabah dan kemulian Bulan Haram yang dilakukan padanya ibadat haji, nescaya penduduk Mekah yang terdiri dari orang-orang Arab tidak akan dapat mengambil kesempatan untuk melakukan ibadah dan menjalankan perniagaan di sana. Tanpa keamanan yang diberikan oleh Allah sudah tentu mereka akan sentiasa dalam kekacawan yang menggangu ketenteraman hidup.

Kaabah telah didirikan oleh nabi Ibrahim dengan ditentukan p**a kawasan haramnya yang luas. Ini bagi memberi keamanan kepada penduduk Mekah dan sesiapa sahaja yang memasuki kawasan itu. Bagi menguatkan lagi kedudukannya sebagai tempat yang aman, maka Allah telah mengamankan juga binatang yang hidup dalam kawasannya dengan tidak boleh diburu oleh sesiapa. Akhirnya Kaabah menjadi tempat orang-orang Arab menuntut keadilan apabila dizalimi.

Dengan keadaan ini, orang-orang Mekan dimuliakan oleh orang-orang Arab dikawasan lain. Mereka tidak diganggu dalam perjalanan ketika menjalankan perniagaan. Dengan itu kabilah Arab Quraish menjadi pedagang dan kewujudan mereka diperlukan oleh kabilah-kabilah lain kerana mereka membawa barang-barang keperluan yang diperlukan keseluruh pelosok Tanah Arab.

Apabila Islam bertapak di Mekah, orang-orang Quraish telah menjadi pendakwah dan penyebar Islam yang mudah diterima oleh orang-orang Arab di kawasan lain. Ini kerana mereka sebelum ini telah menjadi tuan rumah kepada Tanah Haram dan Kaabah. Ibadat haji dan umrah telah pun menjadi amalan semenjak zaman jahiliah dan diterima dalam ajaran baru dengan sedikit perubahan. Situasi ini memberikan kesan yang mendalam dalam penyebaran agama Islam dan penerimaan masyarakat ketika agama ini mula bertapak.

Inilah yang dimaksudkan dengan ayat diatas yang meletakkan sifat Allah Yang Maha Mengetahui. Kerana Allah telah menyuruh nabi Ibrahim mendirikan Kaabah pada zaman yang awal, kemudian setelah berlalu masa yang lama barulah manusia dapat memahami rahsia Allah menjadikan Kaabah sebagai “qiyam” dan pusat perhatian kepada manusia yang akhirnya menjadi punca penyebaran hidayah Allah kepada manusia dan asas dalam mendirikan ibadah kepadaNya.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com

28 Sya’ban 1444
21 Mac 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

12/03/2023

*TADABBUR WAHYU SIRI 893*

*Surah al-Maidah: 95*

*Hukum Khas Berkaitan Kesucian Tanah Haram*

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْتُلُوا۟ ٱلصَّيْدَ وَأَنتُمْ حُرُمٌۭ ۚ وَمَن قَتَلَهُۥ مِنكُم مُّتَعَمِّدًۭا فَجَزَآءٌۭ مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ ٱلنَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِۦ ذَوَا عَدْلٍۢ مِّنكُمْ هَدْيًۢا بَـٰلِغَ ٱلْكَعْبَةِ أَوْ كَفَّـٰرَةٌۭ طَعَامُ مَسَـٰكِينَ أَوْ عَدْلُ ذَٰلِكَ صِيَامًۭا لِّيَذُوقَ وَبَالَ أَمْرِهِۦ ۗ عَفَا ٱللَّهُ عَمَّا سَلَفَ ۚ وَمَنْ عَادَ فَيَنتَقِمُ ٱللَّهُ مِنْهُ ۗ وَٱللَّهُ عَزِيزٌۭ ذُو ٱنتِقَامٍ

95. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat dia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab siksa.

Ayat ini menyambung perbincangan ayat yang lepas berkenaan dengan kemuliaan Tanah Haram. Dalam ayat ini dijelaskan bahawa orang yang berada dalam ihram juga tidak boleh membunuh binatang buruan. Dengan itu pengharaman berkenaan membunuh binatang buruan berkait dengan dua keadaan. Pertama kerana berada dalam ihram dan sebab larangan kedua ialah binatang yang diburu itu adalah binatang yang hidup dalam tanah haram.

Hikmah daripada larangan ini ialah kerana Allah telah memuliakan kedudukan kaabah semenjak zaman nabi Ibrahim lagi. Dengan itu, tanah haram dijadikan sebagai kawasan khas bagi kaabah sepertimana raja-raja memiliki kawasan larangan masing-masing.

Kawasan larangan bagi kaabah ialah tanah haram dan ia menjadi tempat yang aman untuk manusia dan dilanjutkan juga kepada binatang yang hidup dalam kawasan tersebut, sehingga manusia melihat samada kaabah atau tanah haram adalah tempat yang aman.

Selain itu, diharamkan untuk berburu kepada mereka yang sedang dalam ihram samada ihram haji atau umrah. Ini kerana berburu akan mengganggu keadaan binatang dan mengeluarkan mereka dari situasi aman.

Bukan sekadar itu sahaja, Islam telah mengharamkan daripada berperang pada bulan haram kerana padanya terdapat ibadah haji dan umrah. Selain itu, pengharaman berburu kepada orang yang berada dalam ihram juga bagi mengelakkan mereka memburu binatang yang sememangnya berada dalam tanah haram.

Para ulama Islam sepakat mengatakan bahawa larangan ini ditujukan kepada mereka yang berada dalam tanah haram Mekah, sementara para ulama berbeza pandangan berkenaan dengan tanah haram Madinah.

Hukuman yang diperkanalkan oleh syariat yang dibawa oleh nabi saw sebenarnya merupakan keringanan dari apa yang telah diamalkan oleh orang-orang Arab dalam zaman jahiliah. Ini kerana mereka memukul orang-orang yang berburu dalam keadaan ihram dan mereka menanggalkan pakaian pesalah itu.

Para ulama sepakat mengatakan bahawa hukuman dikenakan kepada mereka yang sengaja melakukan perburuan, adapun bagi mereka yang terlupa, maka para ulama berbeza pandangan samada mereka dikenakan denda atau tidak.

Balasan bagi mereka yang melakukan ialah dengan menyembelih binatang ternakan yang hampir sama dengan binatang yang mereka buru, mengikut pandangan Imam Malik dan Imma Syafie.

Imam Abu Hanifah p**a berpandangan ia adalah dalam bentuk mengeluarkan denga pada harga yang setara. Walau apa pun pandangan ulama, hikmah bagi hukuman ini adalah sebagai peringatan dan denda kepada mereka agar tidak mengulangi lagi perbuatan itu.

Para ulama juga berbeza pandangan berkaitan pilihan bagi hukuman yang ditawarkan iaitu samada menyembelih binatang yang hampir sama dengan binatang yang dibunuh atau memberi makan orang misikin atau berpuasa. Perbezaan pandangan ini berlaku kerana lafaz yang digunakan oleh ayat di atas ialah “au” bermaksud atau.

Sebahagian mereka menyatakan bahawa ia bermaksud pilihan secara mutlak dan sebahagian p**a berpandangan pilihan terhadap kifarah itu apabila tidak mampu untuk memenuhi tuntutan yang lebih utama.

Perincian perbincangan berkaitan perkara ini boleh dilihat dalam kitab-kitab fekah kerana ia telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh para ulama. Wallahuaalam.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com

19 Sya’ban 1444
12 Mac 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

06/03/2023

U SIRI 892*

*Surah al-Maidah: 94*

Setiap Insan Akan Diuji Oleh Allah

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَيَبْلُوَنَّكُمُ ٱللَّهُ بِشَىْءٍۢ مِّنَ ٱلصَّيْدِ تَنَالُهُۥٓ أَيْدِيكُمْ وَرِمَاحُكُمْ لِيَعْلَمَ ٱللَّهُ مَن يَخَافُهُۥ بِٱلْغَيْبِ ۚ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيم.

94. Wahai orang-orang yang beriman! Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah terkena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepadaNya semasa dia tidak melihatNya semasa dia tidak dilihat orang. Oleh itu, sesiapa yang melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.

Ayat ini menerangkan bagaimana Allah akan menguji manusia dengan berbagai ujian. Hal ini mengingatkan kembali kepada perbincangan tentang arak, judi dan lain-lain larangan Allah. Ia adalah ujian Allah dari sudut keinginan dan kecenderungan manusia untuk melakukannya.

Menurut Ibnu Asyur, sewaktu ayat ini diturunkan, masih belum berlaku lagi peristiwa sahabat berburu dalam perjalanan mereka menunaikan haji. Ini kerana perkataan “walanabluannakum” maksudnya sasungguhnya Allah akan menguji kamu. Dalam perkataan ini digunakan nun taukid dalam ayat yang berbentuk positif. Ia membawa maksud akan datang atau Allah akan menguji.

Terdapat riwayat daripada Muqatil yang mengatakan, sewaktu kaum muslimin mahu mengerjakan umrah sebelum peristiwa Hudaibiyah, rombongan mereka telah bertembung dengan binatang buruan yang banyak. Sehinggakan ada dikalangan mereka yang menangkap dengan tangan sahaja binatang-binatang buruan tersebut. Ada p**a dikalangan ahli rombongan yang tidak menangkapnya, sehubungan dengan itu turunnya ayat diatas menerangkan tentang keadaan itu. Ia adalah ujian dari Allah kerana tidak boleh bagi orang yang berada dalam ihram untuk berburu.

Ibnu Asyur juga membawa pandangan Ibnu al-Arabi yang mengatakan bahawa dugaan dan ujian Allah ini bukan sahaja ditujukan kepada mereka yang mahu mengerjakan umrah dan haji. Ujian ini sebenarnya ditujukan kepada semua orang kerana mereka juga tertakluk kepada undang-undang danh hukum-hakam berkaitan berburu ditanah haram. Maka mereka juga berada dalam ujian Allah.
Seterusnya ayat ini menerangkan sebab ujian itu dikenakan kepada orang beriman. Ia adalah bagi menzahirkan keimanan seseorang ke dunia nyata dan boleh dilihat oleh manusia, bukan berada dalam ilmu Allah sahaja.

Ayat ini menyebut tentang orang yang takut kepada Allah sedangkan dia tidak melihat Allah dan dia tidak dilihat oleh sesiapa. Ini adalah bukti kepada ketakwaan sebenar. Ini kerana dia percaya kepada Allah dan kepada kekuasaan Allah dengan tidak perlu melihat kepada zat Allah tetapi hanya dengan melihat kepada tanda-tanda kekuasaan Allah pada alam semesta ini.

Selain itu, dia juga takut kepada Allah ketika bersendirian dan tidak ada orang yang melihatnya. Hal ini menterjemahkan sifat ikhlas yang tinggi dan ketulusan iman sebenar kerana orang yang tidak ikhlas sering bertindak baik di depan manusia tetapi sanggup melakukan kemaksiatan ketika orang tidak melihat perbuatannya. Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang bertaqwa dan beramal soleh.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com

13 Sya’ban 1444
6 Mac 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

05/03/2023

*TADABBUR WAHYU SIRI 891*

*Surah al-Maidah: 93*

Allah Maha Pengampun Terhadap Dosa Manusia

لَيْسَ عَلَى ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جُنَاحٌۭ فِيمَا طَعِمُوٓا۟ إِذَا مَا ٱتَّقَوا۟ وَّءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ ثُمَّ ٱتَّقَوا۟ وَّءَامَنُوا۟ ثُمَّ ٱتَّقَوا۟ وَّأَحْسَنُوا۟ ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

93. Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Ketikamana ayat sebelum ini yang mengharamkan meminum arak, mengamalkan judi dan sebagainya, para sahabat berada dalam kegusaran kerana semua amalan itu disifatkan sebagai amalan syaitan. Mereka dalam keadaan bimbang kerana merasakan amalan mereka sebelum ini dianggap satu kemaksiatan kepada Allah, sedangakan ianya dilakukan dalam suasana ayat al-Quran dalam hukum ini belum diturunkan lagi.

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahih beliau bagaimana ada sahabat nabi saw yang bertanya mengenai nasib mereka yang telah mati sedangkan mereka sebelum ini pernah meminum arak dan mengamalkan judi.

Solan ini bukan menunjukkan kejahilan sahabat berkenaan kaedah Allah tidak mengambil kira persoalan hukum yang belum dijelaskan oleh nabi saw. Akan tetapi, soalan ini diajukan dalam bentuk mereka mahu berada dalam situasi terbaik dan mereka ragu adakah orang yang pernah melakukan perkara yang dilarang sebelum ini akan terlepas dari mendapat kemuliaan dan penghormatan yang tertinggi di depan tuhan.

Imam Fakhruddin al-Razi dalam tafsir beliau turut memuatkan riwayat yang menyatakan Abu Bakar al-Siddiq bertanya Baginda saw berkenaan kedudukan orang-orang yang tinggal berjauhan dari Madinah dan masih tidak mengetahui tentang hukum arak dan judi yang baru diturunkan itu. Keadaan itu akan menjadikan mereka tetap melakukan perbuatan tersebut sehinggalah mereka menerima maklumat yang jelas setelah berlalunya jangka waktu tertentu.

Keadaan sahabat di atas membuktikan mereka sangat prihatin dengan kesucian jiwa mereka serta sentiasa mahu menjadi dari kalangan orang-orang yang terbaik di sisi Allah. Keadaan itu juga menunjukkan bagaimana mereka prihatin terhadap nasib saudara seislam yang lain.

Persoalan sebagini sebenarnya tidak pelik kerana pernah diajukan juga kepada Baginda ketikamana diturunkan ayat 75 surah al-Nisa’. Ayat ini menyatakan bahawa tidak sama kemuliaan antara orang beriman yang duduk sahaja dengan orang beriman yang berjuang pada jalan Allah.

Abdullah bin Ummi Maktum telah menyatakan kebimbangan beliau kepada nabi saw sehinggalah dijelaskan pengecualian iaitu pada ayat 143 surah al-Nisa’ yang memberi kelonggaran kepada mereka yang tidak mampu untuk berjuang.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com

12 Sya’ban 1444
5 Mac 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

*TADABBUR WAHYU SIRI 891**Surah al-Maidah: 92*Kewajipan Manusia Mengikuti Dakwah Nabi Yang Jelas Dan Nyataوَأَطِيعُوا۟ ٱ...
04/03/2023

*TADABBUR WAHYU SIRI 891*

*Surah al-Maidah: 92*

Kewajipan Manusia Mengikuti Dakwah Nabi Yang Jelas Dan Nyata

وَأَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَٱحْذَرُوا۟ ۚ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا ٱلْبَلَـٰغُ ٱلْمُبِينُ

92. Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

Setelah menerangkan secara spesifik kewajipan mentaati Allah dalam perkara yang melibatkan arak dan judi iaitu dengan meninggalkan kedua-dua perbuatan itu, kita didatangkan suruhan dalam bentuk yang umum.

Suruhan mentaati Allah dan RasulNya dalam ayat ini dinyatakan secara umum bagi menunjukkan bahawa masih banyak lagi kewajipan yang perlu dipatuhi oleh seorang muslim dalam melaksanakan ajaran agama.

Ini bermakna mentaati Allah dan Rasul bukan hanya sekadar dengan menjauhkan diri dari arak dan judi semata-mata. Sebaliknya ajaran agama mencakupi segenap bidang kehidupan manusia.

Dengan itu, seorang muslim mestilah berhati-hati dalam menjalani kehidupan agar mereka tidak terjerumus kedalam perkara yang dilarang oleh Allah.

Seterusnya ayat ini menerangkan bahawa kewajipan mentaati Allah dan RasulNya adalah kewajipan yang membawa kebaikan kepada manusia sendiri. Adapun Allah dan RasulNya tidak mendapat manfaat dan mudarat dari apa yang dilakukan oleh mansuia.

Bagi menjelaskan keadaan ini, ayat di atas menerangkan bahawa kedudukan nabi saw hanyalah orang yang dipertanggungjawabkan menyampaikan ajaran Allah. Sesiapa yang enggan menerima ajaran yang dibawa oleh Baginda tidak mampu memudaratkan Allah dan Rasulnya sedikit pun.

Baginda juga tidak memiliki kuasa menghukum manusia dan mengadilli mereka, apa yang ada ialah Baginda diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan ajarannya. Baginda sedikt pun tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang Baginda cintai.

Dakwah yang disampaikan oleh Baginda disifatkan sebagai jelas dan nyata bagi menguatkan bukti bahawa Baginda saw telah menjalankan tugas tersebut sebaik mungikn sehingga dakwah itu telah diketahui dengan jelas dan nyata oleh manusia.

Keadaan dakwah nabi yang jelas dan nyata itu juga menjadikan seseorang itu tidak boleh memberi alasan untuk menolak agama Islam dan petunjuknya kerana ajaran itu telah ditinggalkan oleh utusan Allah dalam keadaan jelas dan nyatan ajarannya.

Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang menyampaikan dakwah Baginda kepada manusia dan termasuk juga dikalangan orang-orang yang mengamalkan risalah dakwah yang telah disampaikan itu. Amin

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com

11 Sya’ban 1444
4 Mac 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Koleksi Tadabbur Wahyu Oleh Ustaz Dr Rosli Mokhtar. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Selangor (UIS).

*TADABBUR WAHYU SIRI 889**Surah al-Maidah: 90**Minum Arak, Berjudi, Menyembah Berhala Dan Tilik Nasib Perbuatan Yang Bur...
23/02/2023

*TADABBUR WAHYU SIRI 889*

*Surah al-Maidah: 90*

*Minum Arak, Berjudi, Menyembah Berhala Dan Tilik Nasib Perbuatan Yang Buruk*

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَـٰمُ رِجْسٌۭ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَـٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

90. Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Ayat ini merupakan penerusan terhadap perbincangan sebelum ini. Dalam ayat 87 allah menerangkan agar manusia tidak menceroboh. Ia sebenarnya mengingatkan seorang muslim agar tidak mengharamkan yang halal dan dalam masa yang sama jangan p**a menghalalkan yang haram.
Dalam amalan jahiliah, minum arak adalah amalan yang baik, begitu juga dengan berjudi merupakan salah satu daripada cara memberi makan daging kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Sedangkan iIlam mengharamkan sesuatu berdasarkan mafsadah atau keburukan yang terkandung di dalam sesuatu perkara. sementara perkara yang baik p**a dihalalkan oleh Allah untuk manusia.
Mengikut para ahli tafsir, pengharaman arak melalui tiga peringkat secara beransur-ansur, merujuk kepada amalan itu yang sangat sebati dalam kehifupan orang arab. Peringkat pertama ialah dengan menerangkan Allah menghalalkan yang baik dan mengharamkan perkara yang buruk, dengan itu diturunkan ayat 219.

Larangan pada peringkat pertama ini tidak bersifat tegas lalu membawa kepada amalan itu diteruskan oleh sebahagian ahli masyarakat. Sementara mereka yang berhimmah tinggi telah meninggalkan perbuatan itu.

Umar al-Khattab pernah berdoa agar Allah menurunkan ayat yang lebih terang dalam persoalan arak ini lalu dengan itu turunnya ayat 43 surah al-Nisa yang melarang solat dalam keadaan mabuk.
Apabila turunya ayat di atas yang menjadi keputusan muktamad tentang hukum arak, maka Umar berkata “sekarang telah sempurnalah”.
Dalam ayat ini dijelaskan bahawa amalan yang diharamkan adalah amalan syaitan iaitu sangat buruk dan keji. Ayat ini juga menghisyaratkan kepada kemuliaan dan kejayaan bagi mereka yang menjauhi perbuatan buruk ini. Perbuatan buruk yang dimaksudkan ialah minum arak, judi, menyembah berhala dan tilik nasib. Kesemua itu adalah amalan jahiliah yang buruk dan membawa keburukan kepada kehidupan manusia.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com

2 Sya’ban 1444
23 Februari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (Am Bank 8881052306539) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tafsir al-Kabir:al-Razi, al-Tahrir wa al-Tanwir:Ibnu Asyur, al-Manar:Rasyed Redha, al-Jamie li Aham al-Quran:al-Qurtubi, Fathu al-Bayan Fi Maqasid al-Quran:al-Qinauji. Al-Tafsir al-Munir: al-Zuhaili.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Koleksi Tadabbur Wahyu Oleh Ustaz Dr Rosli Mokhtar. Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Selangor (UIS).

19/02/2023

*TADABBUR WAHYU SIRI 888*

*Surah al-Maidah: 88-89*

*Makan Makanan Yang Halal Dan Mentaati Sumpah Adalah Akhlak Islam*

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُم اللَّهُ حَلالاً طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ.
88. Ayat ini merupakan penegasan terhadap larangan mengharamkan perkara yang harus dan dibenarkan oleh agama. Adapun isu yang disebut ialah memakan dari rezeki allah. Menurut ibnu asyur, disebutkan memakan kerana kebanyakan tindakan orang yang mengharamkan nikmat allah kepada manusia ini ialah mereka mengharamkan makanan tertentu. Oleh itu tuhan menyebut sesuatu yang dianggap salah oleh manusia.

Dengan itu ayat ini mengajak kepada menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah, dengan itu janganlah kamu melanggar batas-batas halal dan haram kerana kamu akan mengkufuri nikmat Allah dan tidak menghargai kurniaanNya.

Ayat ini ditutup dengan rangkap terakhir yang mengajak kepada ketaqwaan . Ini kerana iman seorang muslim itu perlu diikat dengan sifat taqwa dan disuburkan dengannya.

لَا يُؤَاخِذُكُمُ ٱللَّهُ بِٱللَّغْوِ فِىٓ أَيْمَـٰنِكُمْ وَلَـٰكِن يُؤَاخِذُكُم بِمَا عَقَّدتُّمُ ٱلْأَيْمَـٰنَ ۖ فَكَفَّـٰرَتُهُۥٓ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَـٰكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍۢ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَـٰثَةِ أَيَّامٍۢ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّـٰرَةُ أَيْمَـٰنِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَٱحْفَظُوٓا۟ أَيْمَـٰنَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُون.َ

89. Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur.

Ayat ini merupakan lanjutan daripada perbincangan mengenai perbuatan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Maksud diharamkan disini ialah seseorang yang bersumpah untuk mengharamkan keatas dirinya sesuatu yang pada asalnya halal untuk dirinya.

Menurut Ibnu Asyur, tindakan orang arab menjadikan pengharaman mereka terhadap sesuatu melalui sumpah dengan menyebut nama Allah. Namun demikian mereka juga menggunakan gaya sumpah ketika menunjukkan kemarahan, atau ketika menegaskan seesuatu pengakuan.

Perincian hukum-hakam berkaitan dengan sumpah telah dibincangkan secara umum dalam surah al-Baqarah. Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa sumpah yang diambil kira oleh Allah dan dianggap berdosa jika melanggarnya ialah sumpah yang dilaukan secara tegas dan jelas untuk tujuan itu.

Perbuatan melanggar sumpah dinamakan “hanath” hukuman yang dikenakan kepada orang yang melanggar sumpah p**a dipanggil kaffarah. Ia berasal dari perkataan kafara bermaksud penutup. Ini kerana jika seseorang telah bersumpah dan mahu menutup sumpah itu maka hendaklah dia melakukan kaffarah yang mampu menutup sumpahnya dan setelah itu dia tidak berdosa bila melakukan perkara yang sebelum ini telah diakui secara bersumpah untuk dijauhi.

Imam Malik dan Imam Syafie berpandangan adalah harus untuk menunaikan kaffarah sebelum dari berlakunya perlanggaran terhadap sumpah.

Ayat ini juga menyeru umat Islam menjaga sumpah mereka dengan cara tidak melanggar sumpah yang diucapkan dengan nama Allah. Yang demikian itu demi menunjukkan kepada kemulliaan nama Allah dan pengagungan terhadap sifatnya.

Selain itu umat Islam juga digesa supaya tidak mudah mengucapkan kata-kata sumpah dalam percakapan supaya mereka menjaga kebesaran nama Allah dengan menggunakannya kepada perkara yang serius sahaja.

Ustaz Dr Rosli Mokhtar
drrosli.com
tadabburwahyu.com

28 Rejab 1444
19 Februari 2023
🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Address

Bandar Baru Bangi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustaz Dr Rosli posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ustaz Dr Rosli:

Shortcuts

Share