Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku - SRIIB

Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku - SRIIB Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku

[ Modul Mini Tahfiz Al-Falah ]Tahniah buat Nur Safhanna Irdina binti Safhatul Hasani murid Kelas 1 Abu Bakar, atas keber...
21/08/2026

[ Modul Mini Tahfiz Al-Falah ]

Tahniah buat Nur Safhanna Irdina binti Safhatul Hasani murid Kelas 1 Abu Bakar, atas keberanian memperdengarkan hafazan Surah Al-Masad melalui Modul Mini Tahfiz Al-Falah.

Modul Mini Tahfiz Al-Falah dibangunkan bagi membantu murid menyemai rasa cinta dan minat menghafaz Al-Quran, menghafaz surah-surah pilihan dan mempraktikkannya dalam solat serta memperkukuh hafazan.

Melalui Modul Mini Tahfiz Al-Falah, murid dibimbing secara berperingkat untuk menguasai:

πŸ”Ή 37 surah
πŸ”Ή 4 surah pilihan
πŸ”Ή 3 ayat pilihan

Tahniah dan semoga terus istiqamah dalam hafazan dan mempraktikannya dalam kehidupan seharianπŸ₯‡




-------------------------------------------------------------------------------------

πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 *Sesi 2027!!*
πŸ“š Kemasukan adalah *TERHAD!!*
πŸ“ Sebarang pertanyaan lanjut: www.wasap.my/601156930240

[ Kelas Tambahan UPKK & PSRA ]Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA, pihak sekolah mengambil inisiatif...
19/08/2026

[ Kelas Tambahan UPKK & PSRA ]

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPKK dan PSRA, pihak sekolah mengambil inisiatif menganjurkan kelas tambahan khas untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam subjek utama.

Bagi subjek Jawi (UPKK), kelas ini mendapat bimbingan langsung daripada Ustazah Fadhilah bagi memastikan anak-anak lebih bersedia & berkeyakinan. Ustaz Syahmi juga turut memberikan tunjuk ajar secara intensif kepada murid PSRA bagi subjek Akhlak.

Semoga dengan usaha yang berterusan dan doa kita semua, murid-murid akan dipermudahkan untuk meraih kejayaan cemerlang.




=================================

πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 dan juga murid baru Sesi 2027!!
πŸ“š Kemasukan adalah TERHAD!!
πŸ“ Sebarang pertanyaan lanjut: πŸ‘‰ www.wasap.my/601156930240

[ Perhimpunan SRIIB Minggu Ke-29 ]Tarikh : 17/8/2026 (Isnin)Tempat : Dataran Ilmu, Kompleks Pendidikan Islam BangiPenyam...
18/08/2026

[ Perhimpunan SRIIB Minggu Ke-29 ]

Tarikh : 17/8/2026 (Isnin)
Tempat : Dataran Ilmu, Kompleks Pendidikan Islam Bangi

Penyampaian Hadiah (Kelas Tahap 1 Paling Ceria @ Minggu Ke-29) : Muhammad Uwais (1 Abu Bakar)

Penyampaian Hadiah (Kelas Tahap 2 Paling Ceria @ Minggu Ke-29) : Mohamad Nurzafran Bin Mohamad Faish (6 Umar)

Tahniah buat semua murid yang hadir pada hari ini!!




--------------------------------------------------------------------------

πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 Sesi 2027!!
πŸ“š Kemasukan adalah TERHAD!!
πŸ“ Sebarang pertanyaan lanjut: www.wasap.my/601156930240

[ Subjek RBT - Reka Bentuk Pembungkusan Makanan ]Dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT), murid 4 Abu Bakar telah men...
17/08/2026

[ Subjek RBT - Reka Bentuk Pembungkusan Makanan ]

Dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT), murid 4 Abu Bakar telah menghasilkan reka bentuk pembungkusan makanan yang kreatif di bawah bimbingan Ustazah Husna. Melalui aktiviti ini, murid berpeluang mereka bentuk pembungkusan yang menarik dengan mengaplikasikan elemen reka bentuk seperti warna, bentuk, label dan fungsi mengikut kreativiti masing-masing.

Sepanjang aktiviti dijalankan, murid turut menggunakan bahan dan barangan terpakai bagi menghasilkan pembungkusan yang mesra alam serta memupuk amalan kitar semula. Murid juga membentangkan hasil reka bentuk mereka di hadapan kelas dengan menerangkan idea, bahan yang digunakan serta kelebihan produk yang dihasilkan, sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi.

Tahniah diucapkan kepada semua murid!!

&Teknologi


━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
πŸ“ Pendaftaran kini dibuka untuk murid Tahun 1 Sesi 2027!
πŸ“š Tempat adalah TERHAD!
πŸ“± Sebarang pertanyaan lanjut : www.wasap.my/601156930240

[ Aktiviti Bulan Kemerdekaan ]Pada 12 Ogos 2026, telah berlangsungnya Pertandingan Mewarna Poster buat murid-murid Tahap...
13/08/2026

[ Aktiviti Bulan Kemerdekaan ]

Pada 12 Ogos 2026, telah berlangsungnya Pertandingan Mewarna Poster buat murid-murid Tahap 1dan juga Pertandingan Deklamasi Sajak khas buat murid-murid Tahap 2 bersempena Program Bulan Kemerdekaan.

Ianya bertemakan kemerdekaan bagi meningkatkan penghayatan serta kecintaan terhadap tanah air di samping dapat menanam semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid.

Semoga aktiviti ini menjadi ruang bagi murid-murid menyerlahkan bakat, mencetuskan kreativiti dan menghayati erti kemerdekaan melalui keindahan bahasa dan juga kreativit dalam kesenian.




----------------------------------------------------------------------

πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 Sesi 2027!!
πŸ“š Kemasukan adalah TERHAD!!
πŸ“ Sebarang pertanyaan lanjut: www.wasap.my/601156930240

[ Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2026 ]Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 202...
11/08/2026

[ Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2026 ]

Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2026 dengan penuh semangat patriotik yang mana ianya bertujuan untuk menyemarakkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan murid serta membina kesedaran terhadap perjuangan kemerdekaan negara.

Majlis dimulai dengan ucapan daripada Ustaz Ahmad Fareezzuan selaku Pengarah Program yang menekankan pentingnya menanam semangat patriotik sejak kecil dan menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini.

Kemuncak majlis diserikan dengan gimik persembahan sebagai simbolik pelancaran rasmi Bulan Kemerdekaan 2026. Nyanyian lagu-lagu patriotik turut didendangkan bagi membakar semangat cintakan negara.

Semoga dengan program ini menjadikan setiap murid dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenar dan terus menyuburkan rasa cinta pada negara.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! Merdeka! Merdeka!




-------------------------------------------------------------------------

πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 Sesi 2027!!
πŸ“š Kemasukan adalah TERHAD!!
πŸ“ Sebarang pertanyaan lanjut: www.wasap.my/601156930240

[ Perhimpunan SRIIB Minggu Ke-28 ]Tarikh: 10/8/2026 (Isnin)Tempat: Dataran Ilmu, Kompleks Pendidikan Islam BangiPenyampa...
10/08/2026

[ Perhimpunan SRIIB Minggu Ke-28 ]

Tarikh: 10/8/2026 (Isnin)
Tempat: Dataran Ilmu, Kompleks Pendidikan Islam Bangi

Penyampaian Hadiah (Kelas Tahap 1 Paling Ceria @ Minggu Ke-28): Ahmad Uwais Ahmad Muiz (1 Abu Bakar)

Penyampaian Hadiah (Kelas Tahap 2 Paling Ceria @ Minggu Ke-28): Siti Sarah Abdullah (6 Umar)

Tahniah buat semua murid yang hadir pada hari ini.



━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
πŸ“ Pendaftaran kini dibuka untuk murid Tahun 1 Sesi 2027!
πŸ“š Tempat adalah TERHAD!
πŸ“± Sebarang pertanyaan lanjut:
www.wasap.my/601156930240

[ Bengkel UPKK 2026 ]Dalam usaha meningkatkan prestasi akademik menjelang peperiksaan UPKK 2026, pihak SRIIB telah menga...
07/08/2026

[ Bengkel UPKK 2026 ]

Dalam usaha meningkatkan prestasi akademik menjelang peperiksaan UPKK 2026, pihak SRIIB telah menganjurkan bengkel khusus sebagai platform pengukuhan pembelajaran bagi setiap murid.

Melalui sesi ini, murid-murid diberikan peluang untuk mengulang kaji topik penting, memperkemaskan kefahaman, serta menerima bimbingan secara lebih berfokus daripada penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Ustaz Muhammad Hazimi Bin Mohd Samsol Anuar daripada MRY Consultancy & Services.

Semoga setiap usaha dan sokongan daripada ibu bapa, komitmen pihak sekolah, serta kesungguhan anak-anak, diharapkan semua calon UPKK 2026 dapat menghadapi peperiksaan dengan yakin dan memperoleh keputusan yang membanggakan.




━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
πŸ“ Pendaftaran kini dibuka untuk murid Tahun 1 Sesi 2027!
πŸ“š Tempat adalah TERHAD!
πŸ“± Sebarang pertanyaan lanjut: www.wasap.my/601156930240

[ GERAK GEMPUR PRA-PERCUBAAN PSRA 2026 ] Program Gerak Gempur Pra-Percubaan PSRA 2026 telah diadakan pada 30 Julai 2026 ...
31/07/2026

[ GERAK GEMPUR PRA-PERCUBAAN PSRA 2026 ]

Program Gerak Gempur Pra-Percubaan PSRA 2026 telah diadakan pada 30 Julai 2026 hingga 31 Julai 2026.

Ia melibatkan murid Tahun 6 sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA).

Semoga setiap usaha yang disertai dengan doa dan tawakal membuahkan kejayaan yang cemerlang.

Selamat maju jaya kepada semua calon PSRA 2026!!




---------------------------------------------------------------

πŸ“’ JOM Daftar SRI INTEGRASI BANGIKU!!
✍🏻 Pendaftaran dibuka untuk murid-murid Tahun 1 Sesi 2027!!
πŸ“š Kemasukan adalah TERHAD!!
πŸ“ Sebarang pertanyaan lanjut: www.wasap.my/601156930240

Address

Jalan 6C/4, Seksyen 16
Bandar Baru Bangi
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku - SRIIB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku - SRIIB:

Shortcuts

Share