Sekolah Integrasi Tahfiz Ilmuwan - SRITIN / SMITIN

Sekolah Integrasi Tahfiz Ilmuwan - SRITIN / SMITIN Melahirkan generasi berpendidikan secara integrasi berlandaskan Al-Quran & hadis.

πŸ“ TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA πŸ“Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada Khairul Naim, murid Sekolah Menengah Int...
24/07/2026

πŸ“ TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA πŸ“

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada Khairul Naim, murid Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SMITIN) atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) 2026.

Kejayaan ini melayakkan beliau menghadiri Sesi Pemilihan Pasukan Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSSS) bagi menghadapi Kejohanan Ping Pong Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 yang akan berlangsung di Negeri Terengganu.

πŸ“… Tarikh Pemilihan: 27 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
πŸ“ Tempat: SJK (C) Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor

Semoga Khairul Naim terus cemerlang dan berjaya mengharumkan nama SMITIN, ibu bapa serta Negeri Selangor di peringkat kebangsaan.

Seluruh warga SMITIN mendoakan semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kejayaan yang lebih gemilang.

✨ Journey Through VR Adventure & MyMobile Planetarium πŸš€πŸ¦–Satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh eksplo...
20/07/2026

✨ Journey Through VR Adventure & MyMobile Planetarium πŸš€πŸ¦–

Satu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan penuh eksplorasi menanti murid-murid SRITIN!

πŸ¦– VR Adventure Alam Dinosaur
Murid akan merasai pengalaman meneroka dunia dinosaur melalui teknologi Virtual Reality (VR) yang interaktif.

🌌 MyMobile Planetarium
Murid akan mengembara meneroka keajaiban alam semesta dalam suasana planetarium yang mengagumkan.

πŸ“ Tempat: Dewan Al-Qassam (Planetarium) & Bilik Sapphire A & B (VR)
πŸ—“οΈ Tarikh:
β€’ Tahun 1–3 : Jumaat, 31 Julai 2026
β€’ Tahun 4–6 : Isnin, 3 Ogos 2026
πŸ’° Yuran Penyertaan: RM40.00 seorang
(Pakej VR Adventure + MyMobile Planetarium)

🌟 Jom sertai pengalaman pembelajaran yang menggabungkan teknologi, imaginasi dan ilmu dalam satu program yang pasti memberi kenangan bermakna!

18/07/2026

(18 JULAI 2026/SABTU)

🌟PROGRAM MISI PUNCAK UPKK & PSRA SRITIN 2026🌟

Ketua Ikrar : Adik Muhammad Hadif Darwisy (6 Ibnu Salam)

Ketua Murid SRITIN 2026

πŸ“ TAHNIAH & SYABAS πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepadaπŸ₯‡ MUHAMMAD KHAIRUL NA’IM BIN MOHD KHAIRULNIZAMatas kejayaan ...
25/06/2026

πŸ“ TAHNIAH & SYABAS πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada

πŸ₯‡ MUHAMMAD KHAIRUL NA’IM BIN MOHD KHAIRULNIZAM

atas kejayaan meraih PINGAT EMAS bagi:

πŸ“ Ping Pong Kategori L Terbuka U18
πŸ“ Ping Pong Kategori L Bukan Kaum Cina U18

dalam Kejohanan MSSD Hulu Langat.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, disiplin serta semangat juang yang tinggi. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMITIN untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Semoga terus melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. 🌟

Tahniah sekali lagi! Kami bangga dengan kejayaan anda. πŸ’œπŸ’›

Jumpa nanti ya ibu ayah! 😊Jangan lupa hadir ke Hari Semakan Prestasi SRITIN & SMITIN untuk berbincang bersama guru tenta...
25/06/2026

Jumpa nanti ya ibu ayah! 😊

Jangan lupa hadir ke Hari Semakan Prestasi SRITIN & SMITIN untuk berbincang bersama guru tentang perkembangan anak-anak.

πŸ“… Jumaat | 26 Jun 2026

⏰ Sesi 1: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
⏰ Sesi 2: 2.30 petang – 4.00 petang

Kehadiran ibu ayah amat bermakna demi perkembangan dan kejayaan anak-anak kita. ❀️

Insya-Allah, jumpa nanti! πŸŒ·πŸ’š

🌟 TAHNIAH KONTINJEN SRITIN 🌟Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan yang telah diraih oleh para peserta ...
20/06/2026

🌟 TAHNIAH KONTINJEN SRITIN 🌟

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan yang telah diraih oleh para peserta Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Ilmuwan (SRITIN) dalam Pertandingan KAMIL Peringkat Daerah Hulu Langat 2026.

πŸ† Pencapaian SRITIN:
πŸ₯‡ Jenazah Perempuan – Johan
πŸ₯ˆ Khat Tahap 1 Lelaki – Naib Johan
πŸ₯ˆ Nasyid Perempuan – Naib Johan
πŸ₯‰ Khat Tahap 1 Perempuan – Tempat Ketiga
🌟 Azan – Saguhati
🌟 Hafazan & Tafsiran – Saguhati

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para peserta, bimbingan guru-guru yang berdedikasi serta sokongan padu daripada ibu bapa.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha, meningkatkan kecemerlangan dan mengharumkan nama SRITIN pada masa akan datang.

Tahniah kepada semua peserta, guru pembimbing dan ibu bapa atas kejayaan yang membanggakan ini.

✨ Ilmu Dihayati β€’ Al-Quran Dijunjung β€’ Akhlak Ditunjuk β€’ Ummah Diutamakan

masuk SRITIN

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448HAwal Muharram membuka lembaran baharu dalam kehidupan. Semoga tahun hijrah ini membawa keberkat...
17/06/2026

πŸŒ™ Salam Maal Hijrah 1448H

Awal Muharram membuka lembaran baharu dalam kehidupan. Semoga tahun hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta menguatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT.

"Setiap hijrah menuju kebaikan adalah langkah menuju reda Ilahi."

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan lindungan-Nya.

Address

B-08-G, Pusat Bandar Baru Bangi, Phase 3, Paragon Point, Jalan Medan PB5, Seksyen 9
Bandar Baru Bangi
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Integrasi Tahfiz Ilmuwan - SRITIN / SMITIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Integrasi Tahfiz Ilmuwan - SRITIN / SMITIN:

Shortcuts

Share

Category