01/05/2026
PROGRAM KEM PERDANA GENERASI MADANI UNIT BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH SIRI 3 PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Kem Perdana Generasi Madani Unit Beruniform Sekolah Rendah Siri 3 Peringkat Negeri Kedah pada 19 hingga 21 April 2026 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri Kedah (Kem Singkir).
Program anjuran Pusat Kokurikulum Negeri Kedah dengan kelolaan SK Seri Amar Diraja, Alor Setar ini melibatkan penyertaan murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang bersemangat tinggi dalam menyertai pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mental.
Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan elemen kepimpinan, kerjasama berpasukan serta kemahiran dalam unit beruniform yang mampu membentuk jati diri dan sahsiah terpuji. Selain itu, penyertaan ini turut menyumbang kepada peningkatan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) murid.
🎉 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah memberikan komitmen dan usaha terbaik sepanjang program ini!
🏆 Tahniah istimewa kepada MUHAMMAD FARIS ABUDAWUD BIN MUHAMMAD HALWANI kerana telah dinobatkan sebagai Peserta Lelaki Terbaik sepanjang kem. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam membentuk generasi yang berdaya saing, berdisiplin dan berjiwa pemimpin selaras dengan aspirasi Generasi Madani.
✨ Melahirkan pemimpin muda yang berwibawa, berilmu dan berakhlak mulia.