Dr. Kamilin Jamilin

Dr. Kamilin Jamilin I'm nobody, I don't want to be anybody.. I'm nobody, I don't want to be anybody~

Hari ni isteri suruh jangan sikat rambut biar kena mata, pastu dia suruh buat gaya guru disiplin yang garang. Saya pun t...
09/06/2026

Hari ni isteri suruh jangan sikat rambut biar kena mata, pastu dia suruh buat gaya guru disiplin yang garang.
Saya pun tanyalah, "dah kenapa?".
Dia cakap supaya nanti boleh join BPHP.
"Amende p**ak BPHP tu?“ 🤔

Masing² mencuba pelbagai 'route' untuk sampai ke puncak. Dulu si adik jenis yang sangat gayat, kalau dukung atas bahu pu...
01/06/2026

Masing² mencuba pelbagai 'route' untuk sampai ke puncak. Dulu si adik jenis yang sangat gayat, kalau dukung atas bahu pun akan terjerit-jerit "takuuuut!". Tapi sekarang dah tak gayat lagi, sebab seronok dapat bersaing dengan abangnya.

24/05/2026

Kena buat persediaan sikit nak tumbang lembu raya nanti. Berat nak tarik kakinya.

My son...A wise man once said, the day a mosquito lands on your balls, is the day you will realise that not every proble...
04/05/2026

My son...A wise man once said, the day a mosquito lands on your balls, is the day you will realise that not every problem should be solved with force, and not every issue deserves an aggressive response

Siang tadi saya disapa oleh beberapa mahasiswa perubatan, bidang ilmu yang sangat saya pandang tinggi dan hormati. Antar...
26/04/2026

Siang tadi saya disapa oleh beberapa mahasiswa perubatan, bidang ilmu yang sangat saya pandang tinggi dan hormati. Antara sedikit nasihat yang sempat saya titipkan buat mereka adalah menjadikan karier mereka nanti sebagai lubuk pahala dan dakwah.

Kemudian saya kongsikan suatu petikan kata-kata berharga daripada Imam al-Syafi’i:

إنّما العلم علمان: علم الدين وعلم الدنيا، فالعلم الذي للدين هو الفقه، والعلم الذي للدنيا هو الطب

“Sesungguhnya ilmu itu ada dua, iaitu: Ilmu agama dan ilmu dunia. Ilmu untuk (manfaat) agama itu ialah ilmu fiqh, manakala ilmu untuk (manfaat) dunia p**a ialah perubatan”.

Beliau juga pernah berkata:

لا أعلم بعد الحلال والحرام أنبل من الطب، إلا أنّ أهل الكتاب قد غلبونا عليه!

“Selepas (urusan) halal dan haram (iaitu ilmu agama), aku tidak ketahui sesuatu yang lebih baik daripada perubatan, kecuali para ahli kitab telah menewaskan kita dalam perkara tersebut!”, yakni bidang perubatan ini telah dikuasai oleh orang bukan Islam, sedangkan umat Islam di era kegemilangan mereka dahulu merupakan pelopor dalam bidang ini.

Ilmu perubatan hakikatnya berdiri sama penting dengan ilmu agama. Para doktor berjuang untuk menyelamatkan nyawa manusia di dunia, dan para ulama rabbani p**a berjuang untuk menyelamatkan "nyawa" manusia di akhirat.

Kita semua sangat menghargai pengorbanan para doktor yang selama ini berhempas p**as merawat kesihatan yang menjadi asbab kita dapat menikmati secebis kelazatan ibadah dan dunia. Tanpa kesihatan, segalanya dirasakan hilang serinya.

Moga-moga dengan setiap nikmat yang kita kecapi, dan setiap ibadah yang kita laksanakan, mengalir saham pahalanya buat para tabib ini. Andai mereka tidak mendapat penghargaan yang sewajarnya di dunia, semoga mereka meraih syurga Allah yang tertinggi di akhirat kelak.

-Dr. Kamilin Jamilin-

06/04/2026

Takde hujan, takde ribut..

Syurgaku~ Di celahan garis-garis usia itu tersimpan doa yang tidak pernah putus ❤️
28/01/2026

Syurgaku~ Di celahan garis-garis usia itu tersimpan doa yang tidak pernah putus ❤️

26/12/2025

Dalam menghargai insan yang menjadi asbab kejayaan atau suatu kebaikan yang kita perolehi, sentiasa kembalikan kepada Allah dahulu, baru kemudian menyebut sesiapa yang menjadi asbab.

❌ "Kalau tak sebab fulan, aku dah jatuh.." / "Si fulanlah punca aku berjaya.."

❌ "Aku dapat anugerah ini sebab Allah DAN si fulan"

✅ "Kalau bukan kerana Allah, KEMUDIAN fulan.."

Dalam sebuah hadis sahih riwayat Abu Dawud, Nabi ﷺ pernah menegur seorang sahabat:

لا تَقُولُوا: ما شاءَ اللهُ وَشاءَ فُلانُ، ولَكِن قُولوا ما شاءَ اللهُ ثمّ شاء فلانٌ

"Janganlah kamu mengucapkan; 'atas kehendak Allah DAN kehendak fulan', tetapi katakanlah; 'atas kehendak Allah KEMUDIAN atas kehendak fulan".

Put Allah first~

Secara peribadi, saya tidak berpandangan rotan sebagai penyelesai terbaik buat anak-anak yang bermasalah atau melanggar ...
17/10/2025

Secara peribadi, saya tidak berpandangan rotan sebagai penyelesai terbaik buat anak-anak yang bermasalah atau melanggar disiplin, tanpa menafikan adakala ia berkesan dalam sesetengah situasi. Saya percaya tidak semua anak-anak yang sesuai dengan pendekatan sedemikian.

Sejak usia saya 9 tahun, saya telah belajar berdikari dan berjauhan daripada keluarga, berpindah randah pelbagai sekolah. Pernah jadi pelajar paling cemerlang dan pernah jadi pelajar paling corot. Pernah dibuli, dip**au dan pernah dirotan sehingga berdarah.

Ketika itu hukuman rotan memang makanan harian. Tapak tangan, tapak kaki, betis dan punggung biasa dah berbirat. Tapi ia tidak menjadikan saya pelajar yang lebih baik, bahkan saya 'rebel' melawan. Semakin banyak peraturan yang saya langgar sehingga pernah dip**au guru dan rakan. Menjadi 'lone ranger' bukan masalah bagi orang yang berpesonaliti seperti saya, bahkan dirasakan syurga.

Cuma satu perkara yang membuatkan saya tidak begitu jauh tersasar adalah 'bonding' daripada ibu dan ayah yang berterusan.
Ya, zaman sekolah dulu ayah juga sangat garang dan mak p**a apa kurangnya, namun mereka akan sentiasa ada di sisi dalam apa jua situasi, baik kasih sayang, doa, nasihat, bebelan, dorongan, masakan, dan rotan juga kadangkala. Itu membuatkan saya tak mampu untuk "lari" jauh dari mereka. Sejauh mana saya cuba lari, akhirnya akan kembali ke rumah jua.

Detik perubahan saya adalah apabila bertemu dengan guru-guru (ketika itu di Madinah & Riyadh) yang penuh hikmah memimpin tangan dan membimbing, membuatkan saya mencintai ilmu dan ingin menjadi insan yang lebih baik melalui ilmu yang ditimba.
Pengalaman itulah yang saya manfaatkan bersama anak-anak didik saya sejak dahulu sehingga ke Akademi Al Khayr hari ini yang tidak pernah menggunakan pendekatan rotan.

Saya percaya pendekatan tarbiah ini bersifat subjektif, kerana anak-anak memiliki pelbagai personaliti, karakter dan latar belakang. Ada yang sesuai dengan cara lembut dan ada juga yang lebih berkesan dengan cara tegas. Ada yang dengan lembut tak jadi, dan ada yang dengan keras dia memberontak. Dan ada juga yang apa kaedah pun tak jalan. Hanya tinggal doa, masa dan pengalaman yang akan mendewasakannya.

Nabi ﷺ juga demikian. Ada jenis sahabat yang baginda selalu berlembut. Ada jenis sahabat yang Nabi lebih bertegas. Dan ada juga golongan munafik yang berpura-pura menjadi "Sahabat". Biasanya Nabi ﷺ sekadar berikan peringatan dan abaikan mereka ini yang langsung tak masuk cahaya iman dalam hati mereka.

Jadikan hikmah dalam dakwah dan tarbiah.

-Dr. Kamilin Jamilin-

Di kala pelbagai isu yang melanda anak-anak kita kebelakangan ini, ada baiknya kita luangkan sedikit masa untuk kita tit...
15/10/2025

Di kala pelbagai isu yang melanda anak-anak kita kebelakangan ini, ada baiknya kita luangkan sedikit masa untuk kita titip dan terapkan kepada anak-anak kita intipati nasihat Luqman al-Hakim terhadap anaknya yang telah dirakamkan dalam al-Quran ini.
Sentiasa ulang dan ulang, kerana pesanan ini sangat berguna dalam membina sahsiah anak-anak dari peringkat awal lagi. Saya rumuskan seperti berikut:

PESANAN PERTAMA: Mentauhidkan Allah [Luqman: 13].

Apabila anak-anak benar-benar dididik untuk mengenal Allah dan mampu merasakan pengawasan-Nya dalam kehidupan, mereka akan sentiasa berhati-hati dalam bertindak. Mentauhidkan Allah bukan sekadar menghafal sifat-Nya atau Rukun Iman semata, tapi tarbiah yang mampu membuatkan Allah dirasakan hadir dalam kehidupan dan menjadi tujuan utama kita. Hari ini anak-anak kita lebih diterapkan untuk takutkan mak ayah, cikgu, polis lebih daripada Allah. Akibatnya bila mereka ini tidak kelihatan, kita berasa bebas untuk melakukan maksiat atau apa sahaja.

PESANAN KEDUA: Hargai mak ayah [Luqman: 14].

Didik anak-anak untuk bertimbang rasa kepada orang tua dan ingat perasaan mereka. Alangkah luluhnya hati mereka jika sebarang perkara buruk menimpa anak mereka. Betapa kecewanya mereka jika kita menjadi manusia yang tidak berguna. Ingat, anak-anak yang ada ‘bonding’ yang baik atau merasakan kehadiran ibu ayahnya dalam kehidupan mereka, biasanya tidak akan tersasar jauh. Sebagai ibu bapa, bantulah anak-anak untuk menjadi anak-anak yang baik dengan menjadi orang tua yang baik jua.

PESANAN KETIGA: Ingat pembalasan Allah [Luqman: 16].

Peringatkan anak-anak bahawa setiap tindakan yang mereka lakukan, ada akibat baik atau buruknya. Ajak mereka untuk sentiasa berfikir, kalau mereka merokok atau berzina misalnya, apa keburukan yang akan menimpa seterusnya? Apa kesudahannya?
Jika mereka terlepas daripada hukuman dunia sekalipun, adakah mereka mampu sanggup menghadapi sengsara neraka kelak?
Merasakan kehadiran Allah dalam diri adalah pencegahan terbaik daripada sebarang maksiat, umpama CCTV yang sentiasa ditakuti oleh penjenayah.

PESANAN KEEMPAT: Jaga solat [Luqman: 17].

'Part' ni ramai yang culas, sedangkan solat merupakan kunci paling utama yang menghampirkan hubungan seorang hamba dengan Tuhannya. Dalam solat itu sendiri mengajar erti disiplin, tenang dan sabar.
Hari ini anak-anak tidak lagi ditekankan untuk memelihara solat berbanding mendapat A dalam peperiksaan. Anak-anak tak bangun solat Subuh takpa, tapi kalau terlewat ke sekolah, kelam kabut kita. Sedangkan lima kali sehari pagi petang siang malam Allah mengajak kita “ingat Allah!”, “ingat Allah!”.
Andai anak-anak mampu untuk menjaga solat lima waktu tanpa disuruh, mengejar solat jemaah dan saf pertama, insya-Allah tiada apa sangat yang perlu kita khuatirkan.

PESANAN KELIMA: Mengajak ke arah kebaikan dan membenteras kemungkaran [Luqman: 17].

Ajar anak-anak tentang tanggungjawab sosial ini. Mengapa masyarakat hari ini semakin rosak?
Antaranya sebab sikap “jaga tepi kain masing-masing” sehingga ramai yang hanya mendiamkan diri dengan suatu dosa berlalu di hadapannya.
Ajar mereka untuk saling menasihati sesama rakan secara hikmah.
Ajar mereka untuk berani buat aduan. Ajar mereka untuk berani dalam perkara yang benar!

PESANAN KEENAM: Banyakkan bersabar [Luqman: 17].

Antara punca pelbagai masalah yang timbul hari ini adalah hilang sifat sabar dalam diri. Bergaduh, berzina, merempit, dan pelbagai lagi semuanya terjadi kerana tidak mampu menahan diri. Tak mampu tahan nafsu, tak sabar nak bebas, nak kegembiraan segera. Kurangnya sifat sabar menjadikan jiwa lemah. Jangan cepat marah, jangan mudah mengalah.
Bagaimana nak jadi insan yang berjaya, atau yang mampu menjaga solatnya, atau yang berbakti kepada orang tuanya kalau tiada sifat sabar?

PESANAN KETUJUH & KELAPAN: Jaga adab & akhlak [Luqman: 18-19].

Jangan sombong dan jangan naik-naik suara tak bertempat. Hari ini kita terlalu fokus kepada akademik di atas kertas berbanding tarbiah adab atau pembentukan sahsiah. Kalau belajar subjek Pendidikan Islam atau Moral pun akhirnya lebih menjurus ke arah hafal dan skor juga tanpa penghayatan dan praktikal. Anak-anak lebih ditekan untuk fikirkan cara jawab soalan ujian berbanding memikirkan tentang orang lain.
Kalau kita buang sampah merata, siapa yang akan terkena?
Kalau kita bawak kereta laju-laju, siapa yang akan susah kalau kemalangan?
Kalau kita makan tak basuh pinggan sendiri, siapa yang kena buat nanti?
Akibatnya kita sedang melahirkan generasi yang angkuh, kurang empati, pentingkan diri dan tidak memikirkan implikasi.

Semoga bermanfaat. Luangkan sedikit masa untuk sentiasa mengulangi nasihat Luqman ini kepada anak-anak kita.

-Dr. Kamilin Jamilin-

Address

Balik Pulau
11000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Kamilin Jamilin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share