13/02/2026
KURSUS KEPIMPINAN MUDA SKST 2026 || JUMAAT || 13 FEBRUARI 2026 || MAKMAL KOMPUTER
Alhamdulillah, telah selesai program Kursus Kepimpinan Muda SKST 2026 pada kali ini.
Tahniah diucapkan atas kehadiran murid-murid yang terlibat, iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua & Penolong Kelas yang terpilih.
Semoga ilmu yang dicurahkan dapat memotivasikan murid, menjadi lebih baik seterusnya memberikan suntikan semangat untuk anak-anak ini memikul amanah yang diberikan oleh pihak sekolah.
Pengacara majlis dikelolakan oleh Hanis Zalikha & Muhammad Eidul Fatah dari Kelas Tahun 6 (PRS). Pembaca doa oleh Muhammad Nur Munzir Ali, dari Kelas Tahun 5 (PRS). Tahniah!! kerana anda berani & cuba sehabis baik untuk menjayakan amanah yang diberikan oleh guru. Awesome!!
Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir serta jawatankuasa program bagi menjayakan program ini. Tidak dilupakan terima kasih kepada semua guru SKST yang secara tidak langsung memberi kerjasama & membantu dalam menjayakan lagi program hari ini, terima kasih!!
Tahniah sekali lagi anak-anak SKST!
Jumpa lagi!
Unit Hal Ehwal Murid SKST.
(Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Disiplin & Pengawas serta PSS)