Naib Canselor UMK

Naib Canselor UMK "Entrepreneurship is Our Thrust"

Alhamdulillah, saya berkesempatan meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama Pasukan Debat Universiti Malaysia Ke...
09/07/2026

Alhamdulillah, saya berkesempatan meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama Pasukan Debat Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi meraikan kejayaan cemerlang yang telah mereka lakarkan dalam arena debat institusi pengajian tinggi.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk saya merakamkan setinggi tinggi penghargaan atas komitmen, disiplin dan semangat juang yang telah membolehkan Pasukan Debat UMK mencipta pelbagai kejayaan yang membanggakan universiti.

Sejak tahun 2024 sehingga kini, Pasukan Debat UMK telah berjaya merangkul 12 kejuaraan, termasuk dua kejayaan paling berprestij, iaitu Johan Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) 2024 Kategori Bahasa Melayu serta Johan Keseluruhan Pertandingan Debat Alam Sekitar (DAS) Antara IPT Kali Ke-32 Tahun 2026.

Kejayaan menjuarai Debat Diraja Kategori Bahasa Melayu merupakan detik bersejarah buat UMK kerana inilah kemenangan sulung universiti dalam pertandingan berprestij tersebut sejak penubuhannya.

Kejayaan ini membuktikan bahawa mahasiswa UMK mampu bersaing dan berdiri sama tinggi dengan universiti terbaik di negara ini.

Lebih membanggakan, Pasukan Debat UMK sekali lagi mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya muncul sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Debat Alam Sekitar.

Dalam pertandingan yang sama, Saudara Haries turut dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan dan Pendebat Terbaik Akhir.

Lebih istimewa, pencapaian menyapu bersih gelaran Johan, Pendebat Terbaik Keseluruhan dan Pendebat Terbaik Akhir oleh individu yang sama hanya pernah berlaku 12 tahun lalu.

Kejayaan luar biasa ini membuktikan bahawa kecemerlangan tidak datang secara kebetulan, sebaliknya lahir daripada latihan yang sistematik, disiplin yang tinggi serta budaya kecemerlangan yang sentiasa dipupuk.

Hari ini, UMK bukan lagi sekadar hadir sebagai peserta pertandingan. UMK telah muncul sebagai sebuah institusi yang berjaya melahirkan pendebat berwibawa, berkarisma dan berdaya saing sehingga menjadi antara pasukan yang sentiasa diberi perhatian dan dihormati dalam arena debat universiti.

Kejayaan ini merupakan hasil usaha bersama. Di sebalik setiap trofi yang dibawa p**ang, terserlah pengorbanan para mahasiswa, dedikasi jurulatih dan penasihat, komitmen fakulti, sokongan padu pihak pengurusan universiti serta peranan besar Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), termasuk TransLEAD, dalam membangunkan bakat kepimpinan mahasiswa.

Saya percaya, kejayaan dalam dunia perdebatan bukan sekadar tentang kemenangan di pentas pertandingan, tetapi menjadi medan membentuk mahasiswa yang mampu berfikir secara kritis, berhujah secara berhemah, berkomunikasi dengan berkesan serta memiliki keyakinan untuk memimpin masyarakat pada masa hadapan.

Tahniah kepada seluruh Pasukan Debat UMK, para jurulatih, penasihat, alumni dan Pengarah TransLEAD atas kejayaan yang amat membanggakan ini. Terima kasih kerana terus mengharumkan nama Universiti Malaysia Kelantan di persada nasional.

Insya-Allah, semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Terus melakar sejarah, terus membina legasi dan terus mengangkat nama UMK ke tahap yang lebih tinggi.



9 Julai 2026, Khamis I Alhamdulillah, hari ini saya turut sama dalam Majlis Penutup Certified Advanced Programme Entrepr...
09/07/2026

9 Julai 2026, Khamis I Alhamdulillah, hari ini saya turut sama dalam Majlis Penutup Certified Advanced Programme Entrepreneurship Educators (CAPEE) yang menghimpunkan 43 orang peserta daripada universiti awam, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta SME Corporation Malaysia.

Saya sentiasa percaya bahawa kekuatan sesebuah ekosistem keusahawanan tidak bermula dengan idea perniagaan semata-mata, tetapi bermula daripada seorang pendidik yang mampu mencetus inspirasi, membimbing dan membentuk minda usahawan dalam kalangan pelajar.

Melalui CAPEE, para peserta bukan sahaja didedahkan dengan ilmu dan kemahiran keusahawanan, malah diperkasakan dengan elemen kepimpinan, kreativiti, inovasi serta kesediaan menghadapi era transformasi digital dan kecerdasan buatan (AI).

Inilah antara keperluan utama dalam melahirkan graduan yang bukan sekadar mencari pekerjaan, tetapi mampu mencipta peluang pekerjaan.

Setinggi tinggi penghargaan saya rakamkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dan SME Corporation Malaysia atas kepercayaan serta kerjasama yang diberikan kepada Universiti Malaysia Kelantan dalam menjayakan program ini.

Sokongan padu daripada semua pihak menjadi pemangkin kepada kejayaan CAPEE dan lebih membanggakan apabila UMK sekali lagi diberikan kepercayaan untuk meneruskan kesinambungan program ini melalui pelaksanaan CAPEE 2.0.

Tahniah kepada semua 43 peserta yang berjaya menamatkan program ini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan jaringan yang dibina sepanjang program menjadi bekalan untuk terus memperkasa pendidikan keusahawanan di institusi masing masing.

Terima kasih juga kepada seluruh jawatankuasa, fasilitator, penceramah, rakan strategik dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama.

Insya-Allah, UMK akan terus komited mendukung aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025 hingga 2030 dalam memperkasa pendidikan keusahawanan, membangunkan bakat usahawan masa hadapan dan memperkukuh hubungan antara universiti, industri serta komuniti demi kemakmuran negara.



9 Julai 2026, Rabu I Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman Kuala LumpurPagi ini saya menghadiri Mesyuarat...
08/07/2026

9 Julai 2026, Rabu I Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman Kuala Lumpur

Pagi ini saya menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia Kali Ke-22 Tahun 2026 sebagai sebahagian daripada usaha memastikan setiap aspek penganjuran diselaraskan dengan baik.

Majlis ini bukan sekadar meraikan tamatnya latihan, malah menjadi simbol pengiktirafan terhadap komitmen, disiplin, kepimpinan dan semangat patriotisme yang diterapkan kepada para pegawai kadet Kor SUKSIS Universiti Awam seluruh negara.

Semoga segala persiapan berjalan lancar dan majlis yang bakal berlangsung nanti dapat dilaksanakan dengan penuh tertib, cemerlang serta meninggalkan kenangan bermakna kepada semua pegawai kadet yang bakal menerima sijil pelantikan sebagai Inspektor Kor SUKSIS.

Tahniah dan terima kasih kepada semua jawatankuasa serta agensi yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan majlis berprestij ini.



8 Julai 2026, Rabu I Kementerian Pendidikan TinggiAlhamdulillah, petang ini saya bersama barisan Pengurusan Universiti M...
08/07/2026

8 Julai 2026, Rabu I Kementerian Pendidikan Tinggi

Alhamdulillah, petang ini saya bersama barisan Pengurusan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hashim.

Pertemuan ini menjadi ruang yang amat bermakna untuk berkongsi perkembangan semasa UMK serta membincangkan beberapa agenda penting melibatkan pembangunan universiti dan cadangan pembangunan Inkubator Keusahawanan UMK yang bakal memperkukuh ekosistem keusahawanan di universiti.

Saya amat menghargai kesudian YBhg. Datuk KSU meluangkan masa menerima kunjungan kami serta memberikan pandangan, nasihat dan sokongan terhadap usaha UMK untuk terus berkembang sebagai sebuah universiti yang relevan, progresif dan memberi impak kepada negara.

Semoga jalinan kerjasama erat antara UMK dan Kementerian Pendidikan Tinggi akan terus diperkasakan demi memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat diterjemahkan kepada manfaat yang lebih besar buat mahasiswa, warga universiti dan masyarakat.



6 Julai 2026, Isnin I Petang ini saya bersama-sama warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai Program Campus Wal...
06/07/2026

6 Julai 2026, Isnin I Petang ini saya bersama-sama warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyertai Program Campus Walk, Pelancaran 10,000 Langkah dan Woodball Muhibbah di sekitar Bangunan Canselori, Tasik dan Laman Woodball UMK.

Bagi saya, program ini bukan sekadar aktiviti riadah. Setiap langkah yang kita ayunkan melambangkan kesungguhan untuk membina budaya kerja yang sihat, memperkukuhkan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam keluarga besar UMK.

Kesihatan yang baik merupakan asas kepada kecemerlangan, manakala semangat kebersamaan p**a menjadi kekuatan utama dalam memacu universiti ke tahap yang lebih gemilang.

Pelancaran 10,000 Langkah adalah satu komitmen bersama untuk menjadikan amalan gaya hidup aktif sebagai budaya warga kampus.

Dalam masa yang sama, aktiviti Woodball Muhibbah mengajar kita nilai fokus, disiplin, strategi dan semangat berpasukan serta nilai-nilai yang turut diperlukan dalam memimpin, belajar dan berkhidmat.

Selari dengan aspirasi UMK4U: 1 Hati, 1 Jiwa, saya percaya bahawa apabila kita melangkah bersama dengan matlamat yang sama, tiada cabaran yang tidak mampu kita harungi.

Setiap langkah hari ini adalah manifestasi iltizam kita untuk terus Mencipta Peluang, Mencapai Gemilang, demi masa depan UMK yang lebih cemerlang.

Saya juga amat berbesar hati menerima kehadiran 27 orang pelajar dan dua orang guru pengiring daripada ITE College West, Singapura, yang turut memeriahkan program ini bersempena Program Pertukaran Budaya Seni Dikir Barat bersama Sekolah Kebangsaan Lati, Pasir Mas dan UMK.

Kehadiran mereka bukan sahaja mengeratkan hubungan persahabatan rentas negara, malah membuktikan bahawa pendidikan, budaya dan sukan mampu menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat pelbagai latar belakang.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Pusat Sukan dan Rekreasi UMM, semua jawatankuasa pelaksana, barisan pengurusan universiti, Majlis Perwakilan Pelajar serta seluruh warga UMK yang telah menjayakan program ini.

Semoga semangat yang kita bina pada hari ini terus subur dalam setiap langkah dan setiap usaha yang kita laksanakan demi kecemerlangan universiti yang kita cintai.



5 Julai 2026, Ahad I Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan meluangkan masa menyantuni para pelajar yang sedang mend...
06/07/2026

5 Julai 2026, Ahad I Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan meluangkan masa menyantuni para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan akhir semester Februari Sesi 2025/2026 di UMK Kampus Kota.

Pertemuan ringkas ini bukan sekadar untuk bertanya khabar, malah sebagai tanda sokongan dan semangat kepada seluruh mahasiswa yang sedang berusaha memberikan yang terbaik. Saya percaya setiap usaha yang disertai dengan disiplin, doa dan tawakal akan membuahkan hasil yang membanggakan.

Kepada semua pelajar, hadapilah peperiksaan ini dengan tenang, yakin terhadap persediaan yang telah dilakukan, serta sentiasa menjaga kesihatan dan keseimbangan emosi sepanjang tempoh peperiksaan.

Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kejayaan pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Warga universiti akan terus komited menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan menyokong pembangunan mahasiswa agar mampu menjadi graduan yang berilmu, berdaya saing serta berakhlak mulia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lori Bergerak MILO dan Maggie Bergerak atas inisiatif menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada para pelajar UMK yang sedang menghadapi peperiksaan akhir semester.



5 Julai 2026, Ahad I Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Menj...
06/07/2026

5 Julai 2026, Ahad I Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan bersama YBhg. Dato’ Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Menjalankan Fungsi Pengerusi UMK menyempurnakan penyerahan komputer riba kepada pelajar asnaf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Food Bank yang diuruskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Program ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMK yang sentiasa menunjukkan komitmen dan keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa.

Bagi saya, sebuah universiti bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi merupakan sebuah keluarga besar yang sentiasa memastikan kebajikan dan kesejahteraan warganya terus terpelihara.

Setiap bantuan yang disalurkan, sama ada dalam bentuk kemudahan pembelajaran mahupun keperluan asas harian, membawa makna yang cukup besar kepada para pelajar dalam meneruskan perjalanan akademik mereka.

Penyerahan komputer riba pada hari ini diharapkan dapat membantu pelajar asnaf mengikuti proses pembelajaran dengan lebih baik, manakala inisiatif Food Bank p**a mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan budaya saling membantu yang sentiasa subur dalam kalangan warga UMK.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMK, pihak HEPA serta semua penyumbang dan pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini.

Sokongan dan komitmen berterusan daripada semua pihak membuktikan bahawa kebajikan mahasiswa sentiasa menjadi keutamaan universiti.

Kepada para pelajar, teruskan melangkah dengan penuh keyakinan dan semangat. Yakinlah bahawa UMK sentiasa bersama anda dalam memastikan tiada sesiapa yang tercicir dalam usaha mencapai kejayaan.



5 Julai 2026, Ahad I Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysi...
06/07/2026

5 Julai 2026, Ahad I Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bil. 4/2026 di Bilik Mesyuarat Lembaga Senat, UMK Kampus Kota.

Setiap mesyuarat bukan sekadar memenuhi agenda dan membincangkan laporan, tetapi merupakan ruang penting untuk menilai pencapaian, mendengar pandangan yang pelbagai serta merangka langkah terbaik demi memastikan UMK terus bergerak maju dan relevan dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin mencabar.

Saya amat menghargai komitmen serta pandangan konstruktif yang diberikan oleh semua Ahli Lembaga Pengarah. Perbincangan yang berlangsung secara terbuka dan profesional menjadi asas penting dalam memperkukuhkan tadbir urus universiti, memperkasakan agenda akademik, penyelidikan, inovasi serta kelestarian kewangan universiti.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang dibincangkan hari ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang memberi manfaat kepada seluruh warga UMK dan masyarakat secara keseluruhannya.

Terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Pengarah atas sokongan, kepercayaan dan iltizam yang berterusan dalam memacu kecemerlangan UMK.



05/07/2026
Alhamdulillah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus melakar perkembangan positif dalam agenda pengantarabangsaan apa...
05/07/2026

Alhamdulillah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus melakar perkembangan positif dalam agenda pengantarabangsaan apabila kini mempunyai 393 pelajar antarabangsa daripada 23 buah negara, mewakili 2.5% daripada keseluruhan enrolmen seramai 15,717 pelajar.

Apa yang lebih membanggakan, 92.1% daripada pelajar antarabangsa di UMK merupakan pelajar pascasiswazah. Ini membuktikan bahawa UMK semakin diyakini sebagai destinasi pilihan bagi penyelidikan, inovasi dan pengajian lanjutan di peringkat global. Malah, berdasarkan trend permohonan semasa, kita menjangkakan pertambahan 258 lagi pelajar antarabangsa pascasiswazah pada tahun 2026.

Namun, pencapaian ini bukanlah destinasi akhir. Our target dalam UMK30 adalah untuk mencapai 10% enrolmen pelajar antarabangsa, sejajar dengan aspirasi menjadikan UMK sebuah universiti yang lebih berdaya saing, berimpak global dan menjadi pilihan pelajar dari seluruh dunia.

Insya-Allah, dengan sokongan seluruh warga UMK serta rakan-rakan strategik di dalam dan luar negara, kita akan terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan demi merealisasikan UMK30 sebagai sebuah universiti keusahawanan bertaraf global yang menjadi pilihan masyarakat antarabangsa.



Address

UMK Bachok
Bachok
16300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Naib Canselor UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share