SK Kandis, Bachok TS25

SK Kandis, Bachok TS25 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Kandis, Bachok TS25, Elementary School, Kg. Kandis, Bachok.

Terima kasih JPN Kelantan
14/08/2026

Terima kasih JPN Kelantan

KEM BESTARI SOLAT 2026 | MEMBINA GENERASI CINTA SOLATAlhamdulillah, usaha mendidik anak-anak bukan sekadar mengejar kece...
08/08/2026

KEM BESTARI SOLAT 2026 | MEMBINA GENERASI CINTA SOLAT

Alhamdulillah, usaha mendidik anak-anak bukan sekadar mengejar kecemerlangan akademik, tetapi yang lebih utama ialah membina jiwa yang dekat dengan Allah dan menjadikan solat sebagai tiang kehidupan.

R Kem Bestari Solat 2026 hadir untuk memperkukuh kemahiran, kefahaman dan penghayatan solat dalam kalangan murid Tahun 4, 5 & 6.

đź“… 7 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Semoga setiap ilmu yang dipelajari, setiap bacaan yang diperbetulkan dan setiap pergerakan solat yang disempurnakan menjadi bekalan berharga buat anak-

Semoga daripada kem kecil ini lahir generasi hebat akhlaknya, teguh imannya dan terpelihara solatnya.

Catatan 2 Ogos 2026 | AhadAlhamdulillah, hari ini SK Kandis melakar satu lagi langkah penting melalui Majlis Peluncuran ...
02/08/2026

Catatan 2 Ogos 2026 | Ahad

Alhamdulillah, hari ini SK Kandis melakar satu lagi langkah penting melalui Majlis Peluncuran Program SAFE (School Anti-Bullying for Empowerment). Program ini bukan sekadar simbolik, malah menjadi komitmen seluruh warga sekolah untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, harmoni dan bebas daripada budaya buli.

Bertemakan “Bersama Hentikan Buli, Perkasa Empati”, semoga setiap murid dididik agar saling menghormati, menyayangi dan membantu antara satu sama lain. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Sarjan Nurul Aida binti Jaffar, Pegawai Perhubungan Sekolah, atas kesudian menyempurnakan majlis. Semoga usaha murni ini melahirkan generasi SK Kandis yang berakhlak mulia, berani berkata “Tidak kepada Buli”, serta sentiasa mengamalkan nilai empati dalam setiap tindakan.

Catatan 23 Julai 2026 | KhamisMajlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Negeri KelantanAlhamdu...
24/07/2026

Catatan 23 Julai 2026 | Khamis
Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Negeri Kelantan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Nadeem Haafizh bin Muhammad Hafiez atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Bercerita (Lelaki) dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Negeri Kelantan 2026.

Kejayaan ini bukan sekadar membuktikan bakat, malah menjadi hasil daripada usaha gigih, latihan yang berterusan, doa ibu bapa serta bimbingan para guru yang tidak pernah mengenal penat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan sebagai wakil rasmi Negeri Kelantan. Teruskan melangkah dengan penuh yakin, membawa nama negeri dengan cemerlang dan mengharumkan dunia pendidikan Islam.

Tahniah sekali lagi! Kelantan mendoakan yang terbaik. Semoga pulang nanti dengan satu lagi kejayaan yang membanggakan.

KARNIVAL SENI & SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN 2026Kategori: Nyanyian Duo Sekolah Rendah PENCAPAIAN Peingkat Daerah (15 Jul...
24/07/2026

KARNIVAL SENI & SUKAN ASRAMA SEKOLAH HARIAN 2026
Kategori: Nyanyian Duo Sekolah Rendah

PENCAPAIAN
Peingkat Daerah (15 Julai 2026) : JOHAN
Peringkat Negeri (22 Julai 2026) : Tempat ke-4

Tahniah diucapkan kepada adik Ahmad Rayyan bin Ibrahim dan Rosdamia Qistina binti Mohd Firdaus dari SK Kandis.



Address

Kg. Kandis
Bachok
16130

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kandis, Bachok TS25 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share