Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik - PKPA UMK

Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik - PKPA UMK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik - PKPA UMK, Education, Kampus Bachok, Bachok.

Assalamualaikum and Salam Sejahtera,Dear PROF/DRs/Ladies and Gentlemen,Hosted by Universiti Teknologi PETRONAS in collab...
03/06/2026

Assalamualaikum and Salam Sejahtera,

Dear PROF/DRs/Ladies and Gentlemen,

Hosted by Universiti Teknologi PETRONAS in collaboration with MAGNETIC, we proudly presents

Webinar on *AKRI Sharing Session: Insights from Winners*
πŸ“… 3 June 2026 (Wednesday)
⏰ 2:00 PM – 5:00 PM
πŸ’» Microsoft Teams

Join us for an insightful sharing session featuring valuable experiences, best practices, and winning strategies from AKRI award recipients.

Wed, 3 Jun 2026 14:00 - 17:00 (UTC+08:00) Kuala Lumpur, Singapore

We look forward to having you attend the event!
________________________________________________________________________________
Microsoft Teams meeting
Join: https://teams.microsoft.com/meet/45003819880109?p=CR7eTjT6oE30kGY2Xh
Meeting ID: 450 038 198 801 09
Passcode: ST2Gd654

02/06/2026

Terima kasih Dato Prof Dr Amin NC UPSI selaku Pengerusi NC IPTA mewakili semua NC IPTA, menjelaskan kepada rakyat berikutan tuduhan bahawa kerajaan ini tidak prihatin terhadap nasib golongan B40 untuk melanjutkan pelajaran mereka ke IPTA.

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”-

FAQ: BETUL KE GOLONGAN B40 TAK BOLEH MENDAFTAR KE UNIVERSITI?.....

Eeh tak betul tu
Semua boleh mendaftar di universiti setelah mendapat tawaran

Tak pernah ada yang dihalang mendaftar jika tiada wang

Jangan risau mak abah
Kami juga pernah susah sepertimana kalian.
Inilah peluang mengubah nasib keluarga.

Jangan dihirau bingit di luar sana.
Semuanya Auta belaka.

Mai ajelah daftar ya, nanti kami bantu sehabis baik.

Ini amanah & jariah kita.
Memudahan menjadi asbab membawa ke syurga.....

Sesi Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM Berhad ke Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik ...
18/05/2026

Sesi Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM Berhad ke Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bagi Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Februari 2026 (Selasa) dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

PKPA telah mencapai pencapaian cemerlang dengan keputusan 0 OFI dan 0 NCR. Pencapaian ini membuktikan komitmen tinggi warga PKPA dalam mengekalkan standard kualiti kerja yang konsisten serta memastikan budaya penambahbaikan berterusan diamalkan.

Seluruh warga PKPA mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Nur Hana Roshida Binti Hairudin selaku Juruaudit SIRIM QAS International dalam sesi Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 tersebut.

PKPA menyambut baik segala teguran dan penasihatan serta contoh amalan baik pelaksanaan pengurusan kualiti bagi memastikan Universiti Malaysia Kelantan terus memenuhi keperluan pensijilan MS ISO 9001:2015. Malah, PKPA telah merancang tindakan penambahbaikan untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan sedia ada demi kecemerlangan berterusan.

PKPA turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) yang telah banyak membantu bagi memastikan sesi audit ini diselaraskan dengan lancar.

Sebagai penghias akhir bicara, kami persembahkan serangkap pantun;

Pergi ke pekan mencari busana,
Busana dicari bersama rakan;
Nasihat diberi penuh bermakna,
Menjadi panduan penambahbaikan.

πŸ“’ *HEBAHAN PROGRAM I-CREATE 2026 bersama PEKAUMK*Assalamualaikum dan salam sejahtera.Semua warga UMK dijemput menyertai ...
07/05/2026

πŸ“’ *HEBAHAN PROGRAM I-CREATE 2026 bersama PEKAUMK*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua warga UMK dijemput menyertai program berikut:

🧠 *PdP Pintar: Tips Praktikal NotebookLM dan Gemini*

πŸ“… *Tarikh: 11 Mei 2026 (Isnin)*
⏰ *Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari*
πŸ“*Tempat: Bilik Kuliah A101D*

πŸŽ™ *Penceramah:*
Dr. Ahmad Zaki bin Amiruddin
Timbalan Pengarah
Bahagian Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran & Kepimpinan Akademik
Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik, UMK

✨ Program ini akan berkongsi tips praktikal penggunaan NotebookLM dan Gemini dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan produktiviti dan keberkesanan akademik.

πŸ“Œ *Jam latihan disediakan kepada peserta*

Semua dijemput hadir 😊

-ICREATEBEKERJA


πŸ” π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ”πƒπˆ 𝐃𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π€πŠπ€...
30/04/2026

πŸ” π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ”πƒπˆ 𝐃𝐀𝐍 π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π‘π€π˜π€ π€πˆπƒπˆπ‹π…πˆπ“π‘πˆ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 πŠπ„π‚π„πŒπ„π‘π‹π€ππ†π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π π€πŠπ€πƒπ„πŒπˆπŠ (ππŠππ€)

Majlis ini diserikan dengan sesi penghargaan kepada staf yang akan bertukar, iaitu Dr. Siti Salwani binti Abdullah, Puan Che Nurul' Nyunni binti Ibrahim, serta Encik Muhammad Amirul Shafiq Mohamad Rodzi. Pada masa yang sama, majlis ini turut meraikan kehadiran staf baharu, Dr. Eni Noreni binti Mohamad Zain, yang akan mengambil alih peranan dan tanggungjawab sebagai Ketua Unit Penilaian Pentaksiran di PKPA.

8 APRIL 2026 l MOHE AI ROADSHOW @ UMKUMK dengan kerjasama Awantec Systems Sdn. Bhd. telah menganjurkan program bagi memp...
08/04/2026

8 APRIL 2026 l MOHE AI ROADSHOW @ UMK

UMK dengan kerjasama Awantec Systems Sdn. Bhd. telah menganjurkan program bagi memperkasakan penggunaan Generative AI (Gemini Pro) dan NotebookLM dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

πŸ“… Tarikh & Tempat:
8 April 2026 (Rabu) – Dewan Seminar 1, Bangunan Kompleks Gunasama & Pengajaran Berpusat, UMK Bachok
9 April 2026 (Khamis) – Dewan Serbaguna, UMK Kampus Jeli

⏰ Slot:
Staf/Pensyarah: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Pelajar: 2.00 petang – 4.00 petang

Program ini diadakan bagi memberikan kefahaman tentang impak AI dalam sektor pendidikan dan pasaran kerja masa kini kepada warga UMK. Selain itu, program ini turut memberikan latihan secara praktikal dan demonstrasi Gemini Pro dan NotebookLM yang dapat meningkatkan produktiviti akademik.

Program ini diharapkan turut dapat memberikan laluan kerjaya kepada pelajar UMK menerusi perkongsian mengenai pensijilan digital yang diiktiraf oleh industri bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

BENGKEL PENYEDIAAN E BAHAN PEMBELAJARAN AI (AAC) G8 SIRI 2, 20266 - 7 April 2026 di Dewan SMK ZainabUniversiti Malaysia ...
07/04/2026

BENGKEL PENYEDIAAN E BAHAN PEMBELAJARAN AI (AAC) G8 SIRI 2, 2026

6 - 7 April 2026 di Dewan SMK Zainab

Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan bengkel di bawah Program AI Akselerasi Cendekia Sekolah G8.

Program ini merupakan projek inovasi sosial yang diketuai oleh Prof. Dr. Hjh Raja Suzana Raja Kasim.

Penceramah utama, Dr. Ahmad Zaki Amiruddin, Timbalan Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik PKPA UMK, membimbing pelajar menggunakan AI dalam pembangunan e bahan pembelajaran.

Sepanjang bengkel, pelajar berjaya menghasilkan nota infografik dan kuiz interaktif dengan bantuan Gemini, NotebookLM dan ChatGPT. Turut digunakan aplikasi khas yang dibangunkan oleh Dr. Ahmad Zaki bagi membantu penjanaan prompt komik dan infografik.

Semua bahan akan dimuat naik ke platform Mcreds 2.0 UMK dan boleh diakses secara percuma oleh pelajar SPM melalui pendaftaran di mcredential.umk.edu.my.

Program ini memberi pendedahan langsung kepada pelajar tentang penggunaan AI dalam pembelajaran, sekali gus membuktikan bahawa mereka bukan sekadar pengguna teknologi, malah mampu menghasilkan e bahan sendiri secara lebih kreatif, terancang dan praktikal.

Kami warga Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA) dengan penuh kesyukuran mengucapkan Selamat Hari Raya Aid...
21/03/2026

Kami warga Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA) dengan penuh kesyukuran mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal 1447H kepada semua. Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim antara kita semua.

Setelah melalui Ramadan yang penuh bermakna, semoga segala amalan dan pengorbanan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT. Nilai kesabaran, keikhlasan dan keinsafan yang dipupuk diharapkan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan. Semoga Aidilfitri ini menjadi permulaan baharu ke arah kebaikan dan hubungan yang lebih erat.

24 Februari 2026 | Sesi Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 oleh SIRIM
25/02/2026

24 Februari 2026 | Sesi Lawatan Audit Surveillance Ke-2 MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 oleh SIRIM

Kami warga kerja di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), ingin mengucapkanSelamat Menyambut Ramadan Al M...
19/02/2026

Kami warga kerja di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik (PKPA), ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam

Address

Kampus Bachok
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik - PKPA UMK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Akademik - PKPA UMK:

Shortcuts

Share

Category