31/12/2025
🌟 Tahniah & Syabas! 🌟
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Cemerlang atas kejayaan dan komitmen yang ditunjukkan.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.
“Kecemerlangan hari ini adalah hasil usaha berterusan semalam.”
30/11/2025
BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH
Hari:Sabtu
Tarikh: 29.11.2025
Tempat:Surau Mtq Addin 12
Sasaran:Pelajar Mtq Addin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan bahawa Program Pengurusan Jenazah untuk para pelajar telah selesai dijalankan dengan baik pada hari ini.
Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan lancar dan para pelajar dapat mengikuti setiap slot dengan tertib.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua ibu bapa,guru-guru dan pelajar Mtq Addin 12 & Mtq Addin 2.
Semoga ilmu yang dipelajari memberi manfaat kepada anak-anak kita, insyaAllah.
28/11/2025
Alhamdulillah, proses Temuduga Kemasukan Pelajar Tahfiz bagi sesi 2026 telah berlangsung dengan lancar dan teratur.
Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan calon yang hadir serta memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang sesi temuduga dijalankan.
Pihak sekolah amat menghargai komitmen dan kesungguhan setiap calon. Semoga usaha ini menjadi permulaan bagi melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berdisiplin dan berakhlak mulia.
Keputusan temuduga akan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga dalam masa terdekat.
Semoga segala urusan dipermudahkan.
Jika ada yang ingin menghantar anak ke tahfiz untuk tahun 2026 boleh hubungi nombor yang tertera pada poster kami.
“Satu keluarga seorang hafiz”
21/11/2025
📢✨ *"FB LIVE" SEMBANG SANTAI BERSAMA PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 12 CHANGKAT CERMIN* 📢✨
Yayasan ADDIN berbesar hati menjemput tuan/puan yang berkelapangan untuk turut serta dalam "FB LIVE" bersama Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 12 Changkat Cermin
Tarikh : 21 November 2025
Masa : 10:00 Pagi
Bersama : Ustazah Noorisah binti Non
Page FB : Mtq Addin Changkat Cermin
14/11/2025
INFAQ JUMAAT BERSAMA MA’AHAD TAHFIZ ADDIN 12
Jom rebut pahala berterusan di hari yang penuh keberkatan ini!
Setiap sumbangan anda amat bermakna untuk pendidikan dan kebajikan anak-anak tahfiz kami.
Bagaimana nak menyumbang?
Bank Islam
No Akaun : 08086010020068
(Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 12)
Nak lebih mudah? Imbas je QR code di bawah dan terus infaq dalam beberapa saat!
Sumbangan anda akan disalurkan untuk:
💡 Utiliti
🍛 Makan & minum
⚽ Aktiviti kokurikulum
📚 Pendidikan anak-anak tahfiz
Nak tanya lebih lanjut? Hubungi kami:
📞 Ustazah Noorisah: 012-5318490
📞 Ustazah Farah: 019-7888125
📞 Ustaz Iskandar: 018-2111966
“Setiap sen anda menyuluh jalan ilmu dan akhirat mereka. Ayuh, jadi penyumbang hari ini!”
14/11/2025
Program Mutadayyin adalah satu program pembangunan sahsiah yang dirangka bagi membentuk pelajar yang berakhlak mulia, beradab dan sentiasa mempamerkan tingkah laku positif. Melalui program ini, pelajar dibimbing dalam aspek rohani, disiplin diri, kemahiran sosial, dan budaya hormat-menghormati. Program ini juga menggalakkan pelajar mengamalkan adab harian seperti menjaga kebersihan, berbahasa sopan, mematuhi peraturan dan menghormati guru serta rakan.
06/08/2024
Assalamualaikum ini adalah page baru Mtq Addin 12