12/04/2026
Mesyuarat Agung PIBG.
Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 SKSR. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa pengelola yg bertungkus lumus menjayakan mesyuarat ini.
Kali ini, kita gabungkan sekali dengan jamuan hari raya bersama ibu bapa memandangkan masih berada di bulan Syawal.
Terima Kasih diucapkan kepada Perasmi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49, Puan Siti Sofiah Binti Rahman Oh, Setiausaha Politik, B/P Yang Berhormat Dato Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas kerana sudi hadir & merasmikan mesyuarat ini serta memberi sumbangan kepada SKSR.
Terima kasih kepada ibu bapa yg hadir & membawa juadah raya untuk menjadi hidangan. Semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki π«Άπ»
12/04/2026
Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1447Hπ
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada penyelaras & AJK pelaksana dalam menjayakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru & murid serta ibu bapa yg sudi menyediakan juadah secara potluck untuk dijadikan hidangan semasa jamuan diadakan. Hanya Allah saja yg boleh membalas kebaikan kalian.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin π₯°
ποΈ8.4.2026 (Rabu)
πSK Sungai Ramai
18/03/2026
Majlis Khatam Al-Quran & Penutupan Sambutan Ihya Ramadan 1447 H Peringkat SKSR.
Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Ihya Ramadan Peringkat SKSR bagi tahun ini. Tahniah diucapkan kepada Panitia PAI & BA atas penganjuran dan dibantu oleh semua guru-guru & tenaga kerja SKSR.
Semoga setiap aktiviti yg dijalankan sepanjang ramadan ini dapat memupuk rasa kecintaan murid-murid terhadap kelebihan beramal di bulan ramadan dan terus istiqomah untuk beribadah di bulan-bulan yg lain.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yg sentiasa menyokong aktiviti yg dijalankan di sekolah terutamanya dalam melatih murid untuk bersedekah. Semoga kita semua mendapat pahala berganda di bulan mulia ini.
ποΈ17.3.2026 (selasa)
πSK Sungai Ramai
13/02/2026
Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 sesi 2026.
Alhamdulillah selesai lah sudah Program Transisi Tahun 1 yg berlangsung selama 4 minggu. Semoga anak-anak Tahun 1 boleh beralih untuk fokus ke PdPc formal yg lebih berpusatkan akademik selepas ini.
All the best! Semoga dimudahkan langkah anak-anak kecil ini untuk menimba ilmu πͺπ»
ποΈ13.2.2026 (jumaat)
πSK Sungai Ramai
09/02/2026
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA.
Tahniah diucapkan kepada anak-anak SKSR atas pelantikan sebagai Pemimpin Muda yang terdiri daripada Pengawas Disiplin Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas.
Semoga dengan pelantikan ini, anak-anak dapat memikul amanah yg diberikan dengan baik & berdedikasi πͺπ»
ποΈ9.2.2026 (Isnin)
πSK Sungai Ramai
23/01/2026
Memperingati Israβ Mikraj Rasulullah β¨
Alhamdulillah, selesai program Israβ Mikraj SKSR anjuran Panitia PAI & BA. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan peristiwa Israβ Mikraj yg berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w & kepentingannya terhadap umat Islam.
Semoga anak2 SKSR sentiasa memperingati peristiwa ini agar menjadi seorang muslim yg lebih baik & bertanggungjawab π₯°
β
Berarak & berselawat ke atas Nabi Muhammad
β
Tayangan video Israβ Mikraj
β
Kuiz
ποΈ23.1.2026 (jumaat)
πSK Sungai Ramai
20/01/2026
KEJOHANAN MERENTAS DESA SKSR.
Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Merentas Desa Tahap 2 sekaligus pemilihan atlet SKSR bagi Kejohanan Merentas Desa MSSD Manjung.
Walaupun bilangannya sedikit, tapi kami tetap ada untuk menyertai mana2 pertandingan atau program anjuran daerah selagi bersesuaian dengan kapasiti murid SKSR.
Semoga anak2 SKSR terus cemerlang! πͺπ»
ποΈ20.1.2026 (selasa)
πSekitar KG. Sungai Ramai
17/01/2026
Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2026.
Alhamdulillah, minggu pertama selesai sudah. Semoga anak2 SKSR sudah bersedia untuk pdpc di dalam bilik darjah p**a pada minggu hadapan & seterusnya.
All the best anak2 SKSR. Tuntutlah ilmu dengan ikhlas & bersungguh-sungguh πͺπ»β€οΈ
β
Menonton cerita sejarah Hikayat Merong Mahawangsa
β
Aktiviti Nama Saya Dalam Irama
β
Aktiviti The Human Orchestra
β
English Fun Quest
β
Aktiviti βCuti oh Cutiβ
β
Aktiviti Arkitek Perkataan
β
Aktiviti Tulisan Cantik
β
Merentas Desa
β
Roket Air Payung Terjun
β
Bijak Sifir
β
Aktiviti Bekas Beracun
β
Penyerahan BAP
ποΈ12-16.1.2026
πSK Sungai Ramai
16/12/2025
Bengkel βWater Rocketβ SKSR.
Terima Kasih diucapkan kepada En. Ahmad Ikram Hanif Bin Ibrahim Bey kerana sudi menjadi penceramah untuk Bengkel Water Rocket yang dianjurkan oleh Panitia Sains SKSR sempena program pasca UASA.
Murid-murid rasa seronok dapat mereka cipta & melancarkan roket air hasil ciptaan mereka. Semoga program seperti ini dapat menambah ilmu pengetahuan & memberi pengalaman secara langsung kepada murid πͺπ»
ποΈ15.12.2025 (Isnin)
πSK Sungai Ramai