10/01/2024
Assalamualaikum
Pengambilan pelajar baru lelaki dan perempuan sesi 2024 masih terbuka.
Lokasi Tahfiz Arrosyidi PHQ Melaka di Duyong, Melaka
Sebarang pertanyaan sila hubungi atau Ws Ustaz Rostami di talian 019-2083815 Rostamie Abu Bakar
https://www.wasap.my/60192083815
03/04/2023
Sumbangan Bulan April dari Persatuan Cina
Seperti biasa setiap bulan didatangi Persatuan Cina untuk menghulurkan bantuan kepada Pusat Tahfiz Arrosyidi PHQ Melaka .
Pihak Tahfiz mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan berbentuk beras, telur, minyak masak, sayur-sayuran dan pelbagai lagi.
Rostamie Abu Bakar
06/03/2023
SUMBANGAN BULAN MAC DARI PERSATUAN CINA
Alhamdulillah... Pada hari Ahad yang lepas seperti biasa SETIAP BULAN PUSAT TAHFIZ ALQURAN DAN ALHADIS(PHQ) menerima sumbangan dari PERSATUAN CINA utk MENGHULURKAN sumbangan BULANAN
Sumbangan berbentuk barangan dapur seperti beras, minyak masak, sayur, ikan, biskut dan lain-lain.
Allah hu akbar... betapa ISTIQAMAH dan KONSISTEN mereka memberi sumbangan bulanan kpd PUSAT TAHFIZ AL-QURAN.
Rostamie Abu Bakar
28/02/2023
Antara aktiviti di Pusat Tahfiz Arrosyidi PHQ Melaka
Auladul Huffaz, kumpulan Selawat Qasidah
Rostamie Abu Bakar
27/02/2023
Hari Ahad Kelas Akademik subjek BM, BI & Matematik
Selain dari hafazan Al-Quran, pihak PHQ juga ada menerapkan pengajian subjek teras untuk anak-anak Tahfiz Arrosyidi PHQ Melaka
26/01/2023
PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU LELAKI DAN PEREMPUAN SESI 2023
Syarat Kelayakan:
1⃣Lelaki dan Perempuan Berumur antara 11 tahun hingga 13 tahun.
2⃣Bersedia Mematuhi Peraturan yang ditetapkan oleh pihak Tahfiz.
3⃣Mempunyai minat dan kesungguhan yang tinggi
4⃣Ibu bapa / penjaga yang prihatin terhadap pembelajaran anaknya.
5⃣Lulus temuduga pihak Tahfiz
🌟Yuran Bulanan yang berpatutan (RM250.00 sahaja)
➡PENDAFTARAN TELAH DIBUKA....
Sukatan Pengajian:
⏺Tahsin AlQuran
⏺Hafalan 30 juzuk
⏺️Syahadah 30 juzuk
⏺Mata Pelajaran Diniyah
⏺Akademik
🔶KEISTIMEWAAN🔶
🔹Guru2 Al Quran yg berpengalaman
🔹Asrama disediakan
🔹Pengisian ilmu yang padat
🔹Pembentukan akhlak dan sahsiah terpuji
🔹Amalan Wirid dan Zikir Rabbani
DAFTAR SEGERA!
TEMPAT TERHAD!
Waktu Pendaftaran : Isnin - Khamis : 9.00 pg - 4.30 ptg
Untuk Pendaftaran / Keterangan lanjut, sila Hubungi@WhatsApp:
📱 http://www.wasap.my/60192083815/pendaftaranTahfiz
📱 http://www.wasap.my/60194939503
Ust. Rostamie Abu Bakar
25/01/2023
Assalamualaikum
Pada 21 Januari 2023 (Sabtu) telah berlangsung Majlis Khatam Hafazan Al-Quran & Konvokesyen kali ke 7.
Majlis diadakan di Dewan Maahad Ar-Rahmah, Ayer Molek, Melaka. Turut hadir Penaung Pusat Tahfiz iaitu Professor Dato' Dr. Aminuddin Ahmad.
Seramai 28 graduan telah berjaya Khatam Hafazan & Syahadah 30 Juzuk Al-Quran. Antaranya 16 orang graduan lelaki dan 12 orang graduan perempuan.
Pihak PHQ mengucapkan sekalung Tahniah, dan tidak lupa ucapan terima kasih kepada para jemputan yang hadir.
Alhamdulillah, Syukran..
Rostamie Abu Bakar