SMK Jerlun

SMK Jerlun

Share

SMK Jerlun sekolah yang terletak di KM 16 Jalan Putera, Alor Setar ini baru memulakan operasinya buat pertama kali pada tahun 2014. Tetap Unggul.

Photos from SMK Jerlun's post 05/05/2026

Tahniah untuk Skuad Bola Sepak SMK Jerlun 🎉🎉🎉
SMK Jerlun 4 - SMK Paya Kemunting 3
Kemenangan pertama untuk skuad bola sepak sekolah semenjak ditubuhkan.💐

Photos from SMK Jerlun's post 05/05/2026

Lambaian Kasih Sejuta Memori
Majlis Persaraan Pengetua SMK Jerlun
Pn Rozana bt Abd Ghani
30 April 2026
Selamat Bersara Cikgu..💐
Jasamu Dikenang
2025 - 2026

29/04/2026

Majlis Lambaian Kasih
Sejuta Memori
Pengetua SMK Jerlun
Pn Rozana bt Abd Ghani

Prasekolah di SMK Jerlun perluas akses pendidikan awal 20/04/2026

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/prasekolah-di-smk-jerlun-perluas-akses-pendidikan-awal/?fbclid=IwdGRzaARSeAFjbGNrBFJ3ymV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHg6epP6sI9B4gkqSoDgqRtAb7lpFp5CZcYNuFtSflRfUwPVmlicNbAxihwOa_aem_4P28kYfy9WqVDr3ChOvnug&sfnsn=wa

Prasekolah di SMK Jerlun perluas akses pendidikan awal JERLUN, 20 April – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun merupakan sebuah lagi sekolah di Kedah yang mewujudkan prasekolah di peringkat sekolah menengah sebagai usaha membolehkan kanak-kanak seawal usia lima tahun mendapat akses pendidikan awal berkualiti.RINGKASAN BERITA AI − Inisiatif proak...

Photos from SMK Jerlun's post 20/04/2026

19.4.2026 (Ahad)
Sekitar Majlis Perasmian Prasekolah Raudhah SMK Jerlun oleh Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Abdul Rahim bin Mat, AMK., BCK.

Terima kasih juga kepada warga JPN Kedah Dan PPD Kubang Pasu atas kesudian hadir merasmikan majlis ini. Tak lupa juga kepada MPSM, bekas guru dan bekas Pengetua SMK Jerlun yang hadir meraikan Hari Ulangtahun Kelahiran Pengetua SMK Jerlun, Puan Rozana.
Kredit: PIBG SMK Jerlun

Photos from SMK Jerlun's post 19/04/2026

🏫𝘔𝘈𝘑𝘓𝘐𝘚 𝘗𝘌𝘙𝘈𝘚𝘔𝘐𝘈𝘕 𝘗𝘙𝘈𝘚𝘌𝘒𝘖𝘓𝘈𝘏 𝘚𝘔𝘒 𝘑𝘌𝘙𝘓𝘜𝘕
𝘛𝘈𝘙𝘐𝘒𝘏: 19 𝘈𝘱𝘳𝘪𝘭 2026
𝘓𝘖𝘒𝘈𝘚𝘐: 𝘚𝘔𝘒 𝘑𝘦𝘳𝘭𝘶𝘯

𝘏𝘢𝘳𝘪 𝘪𝘯𝘪 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘳𝘶 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘸𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘚𝘔𝘒 𝘑𝘦𝘳𝘭𝘶𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘨𝘴𝘶𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘳𝘢𝘴𝘮𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘢𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩 SMK Jerlun. 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘮𝘱𝘶𝘳𝘯𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩:

✨ 𝘠𝘉𝘳𝘴. 𝘌𝘯𝘤𝘪𝘬 𝘈𝘣𝘥𝘶𝘭 𝘙𝘢𝘩𝘪𝘮 𝘣𝘪𝘯 𝘔𝘢𝘵, 𝘈𝘔𝘒., 𝘉𝘊𝘒.
𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯, 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘒𝘦𝘥𝘢𝘩

💡 𝘐𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘗𝘦𝘳𝘭𝘶𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘢𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩
𝘗𝘦𝘯𝘨𝘸𝘶𝘫𝘶𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘢𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘯𝘨𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘳𝘶𝘱𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘵𝘶 𝘪𝘯𝘪𝘴𝘪𝘢𝘵𝘪𝘧 𝘱𝘳𝘰𝘢𝘬𝘵𝘪𝘧 𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 (𝘒𝘗𝘔) 𝘥𝘪 𝘣𝘢𝘸𝘢𝘩 𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘗𝘦𝘳𝘭𝘶𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘗𝘳𝘢𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩. 𝘓𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩 𝘪𝘯𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘶𝘫𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘴𝘦𝘴 𝘱𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘸𝘢𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘬𝘶𝘢𝘭𝘪𝘵𝘪 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘴𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘳𝘪𝘥 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘩 𝘬𝘦 𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘭 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪.

🤝 𝘒𝘦𝘩𝘢𝘥𝘪𝘳𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘵𝘢𝘮𝘶 𝘒𝘦𝘩𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵
𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘵𝘶𝘳𝘶𝘵 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘩𝘢𝘥𝘪𝘳𝘢𝘯:

𝘠𝘉𝘳𝘴. 𝘌𝘯. 𝘈𝘻𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘉𝘪𝘯 𝘈𝘣𝘥𝘶𝘭 𝘙𝘢𝘴𝘩𝘪𝘥, 𝘉𝘊𝘒. (𝘛𝘪𝘮𝘣𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘬𝘵𝘰𝘳 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩 , 𝘑𝘗𝘕 𝘒𝘦𝘥𝘢𝘩)

𝘛𝘯. 𝘏𝘫. 𝘐𝘴𝘩𝘢𝘬 𝘣𝘪𝘯 𝘡𝘶𝘭𝘬𝘪𝘧𝘭𝘪 (𝘗𝘦𝘨𝘢𝘸𝘢𝘪 𝘗𝘦𝘯𝘥𝘪𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘦𝘳𝘢𝘩, 𝘗𝘗𝘋 𝘒𝘶𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘗𝘢𝘴𝘶)

𝘚𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪-𝘵𝘪𝘯𝘨𝘨𝘪 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘳𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘶𝘤𝘢𝘱𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘴𝘶𝘯𝘨 𝘮𝘢𝘩𝘶𝘱𝘶𝘯 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘯𝘨𝘴𝘶𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘺𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘪𝘯𝘪. 𝘚𝘦𝘮𝘰𝘨𝘢 𝘗𝘳𝘢𝘴𝘦𝘬𝘰𝘭𝘢𝘩 ini 𝘮𝘦𝘯𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘸𝘢𝘥𝘢𝘩 𝘬𝘦𝘤𝘦𝘮𝘦𝘳𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘸𝘢𝘭 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘢𝘯𝘢𝘬-𝘢𝘯𝘢𝘬.

Kredit : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Photos from SMK Jerlun's post 14/04/2026

Penyerahan saguhati kepada 3 orang pelajar yang berjaya memperoleh keputusan Straight A dalam SPM 2025 🎓 menjadi motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan 🌟. Saguhati berupa wang tunai 💰 telah disampaikan oleh Encik Nesar Ahmad Khan Rafi Ahmad Khan, Timbalan Pengerusi Kumpulan Penggerak PIBKS Daerah Kubang Pasu, sebagai tanda penghargaan atas kejayaan mereka 👏.

Photos from SMK Jerlun's post 08/04/2026

✨ Sambutan Aidilfitri Peringkat SMK Jerlun ✨

📅 Tarikh: 1.4.2026 (Rabu)
⏰ Masa: 12.30 – 2.00 petang

Majlis yang telah berlangsung ini berjaya mengeratkan jalinan ukhuwah serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah 🤝✨. Suasana yang meriah dengan juadah yang pelbagai serta senyuman yang terukir jelas menggambarkan kegembiraan semua yang hadir 🎉🍽️. Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturahim pada masa akan datang 🌙🌟.

Photos from SMK Jerlun's post 05/04/2026

✨ Corat-coret sekitar Majlis Penyampaian Sijil SPM 2026 menyaksikan suasana penuh gembira 😊 dan bangga dalam kalangan pelajar dan menyaksikan prestasi sekolah telah melonjak kepada GP 4.78 dan peratus lulus 98.61 peratus semenjak sekolah ini dibuka pada tahun 2014 🎓. Detik menerima sijil menjadi kenangan terindah selepas melalui pelbagai cabaran sepanjang belajar ✨. Tahniah kepada semua pelajar, waris dan guru - guru atas kejayaan yang dicapai 🎉, semoga terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang 🌟.
Straight A'S : 3 orang pelajar

Want your school to be the top-listed School/college in Ayer Hitam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


KM 16 Jalan Putera
Ayer Hitam
06150