24/10/2025
๐ข๐ข ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐ข๐ฆ๐ข๐ก๐
๐ข๐ข ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐ข๐ฆ๐ข๐ก๐
๐ข๐ข ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐ข๐ฆ๐ข๐ก๐
AKADEMI AL QURAN AMALILLAH ( Batu Pahat, Johor ) mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi Jawatan seperti Berikut :
โก๏ธ WARDEN LELAKI
โ Sila hantar resume lengkap anda
di alamat emel : [email protected]
ATAU
โ Sila hubungi atau WhatsApp ditalian :
Wasap.my/601129404757
Wasap.my/60177790639
KEMASUKAN SEGERA !!
22/08/2025
๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃ
[ *INFAQ FASILITI AKMAL BP* ]
Kemaskini : 22 Ogos 2025
*Alhamdulillah !๐คฒ๐ปโจ*
*Terima kasih para dermawan , para penginfaq !*
Untuk makluman semua, Alhamdulillah sehingga hari ini, kami telah menerima 1 Unit penapis air secara tajaan Infaq penuh dan bagi unit yang kedua sumbangan Infaq yang terkumpul telah mencapai RM 1350.00๐ฐ
Berbaki ๐ฏ: *RM 2500.00*
Insyaallah hari ini hari terakhir bagi Infaq Fasiliti ini dibuka.
Bagi ibubapa yang ingin turut bersama berinfaq, Infaq/sumbangan tuan/puan boleh disalurkan ke :
๐ Nama akaun : *Madrasah Tahfiz Akademi Al Quran Amalillah*
๐ No akaun : *8605679020 - CIMB BANK*
Atau
Boleh imbas kod Qr di poster di bawah.
Setiap Infaq/sumbangan yang pihak tuan/puan berikan kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Jazakumullah khayr Jazaโ
โSetahun Menempa Sejarahโ
โโโโโโโโ
Pengurusan
AKMAL BATU PAHAT
16/08/2025
Gotong-royong menggantung bendera MALAYSIA sempena menyambut kemerdekaan Malaysia kali ke-68.
Merdeka bukan hanya diperolehi dengan rundingan di atas meja, bahkan pengorbanan jiwa & raga yang sangat tak ternilai oleh orang terdahulu untuk melihat generasi terkemudian dapat mengecapi nikmat kemerdekaan.
14/08/2025
Alhamdulillah. Kerja-kerja pembesaran kelas telah selesai dilaksanakan. Masih berbaki kerja-kerja wiring untuk lampu dan kipas di setiap bilik. Tawaran infaq masih dibuka bagi sesiapa yang berminat untuk menyumbang bagi kerja-kerja ini. Mudahan dapat memberi manfaat buat pelajar-pelajar yang mengaji dalam kelas-kelas ini.
09/08/2025
Jawatan Kosong :
Tukang Masak untuk Kantin Tahfiz
Lokasi : Ayer Hitam, Johor
Sila hubungi : 0105880059
09/08/2025
๐ Dari Sebuah Kelas Sempit ke Ruang Ilmu yang Lebih Luas
Pernahkah anda membayangkanโฆ
Sekumpulan anak muda duduk rapat-rapat di dalam sebuah kelas kecil.
Al-Quran di tangan, mata tertumpu pada mushaf, suara mereka bergema membaca ayat-ayat suci.
Kadang-kadang, kerana ruang terlalu sempit, ada yang menunggu giliran di luar.
Mereka tidak mengeluh.
Kerana bagi mereka, yang penting adalah satu โ menyambung hafalan demi menjaga Kalamullah.
Inilah yang pelajar-pelajar tempuhi sejak beberapa tahun ini.
Mereka belajar dalam keadaan terbatas, namun semangat mereka tidak pernah terbatas.
Alhamdulillahโฆ kini, tiba masanya kita mengubah cerita ini.
Pihak AKMAL telah mengambil langkah untuk menaik taraf dan meluaskan kelas-kelas sedia ada.
Agar setiap pelajar dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa, tenang, dan teratur.
Namun, perjalanan ini bukan perjalanan kami sahajaโฆ
Ia adalah perjalanan kita semua.
๐ค Kami menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada usaha ini.
Setiap sumbangan anda โ kecil atau besar โ adalah sebahagian daripada pahala berpanjangan,
selagi ilmu itu terus diajar,
selagi Al-Quran terus dihafal,
selagi suara-suara pelajar itu terus bergema.
๐ฑ Ayuh, kita bina ruang ilmu ini bersama.
Kerana setiap helaian mushaf yang dibaca di ruang ini nanti,
ada bahagian pahala untuk anda.
30/04/2025
Bulan Syawal langit berseri,
Terdengar takbir sayu mendayu.
Salam Aidilfitri kami beri,
Mohon maaf zahir dan batin selalu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan lepada seluruh anak-anak AKMAL, para ibu bapa & seluruh kakitangan AKMAL.
simpan sini gambar suasana untuk kenangan akan datang๐
26/03/2025
ุฅููููุง ูููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
KEPERGIAN MURABBI YANG DIKASIHI โ MURABBI MUHAMMAD SAYUTI BIN ZAINAL
Pagi ini, AKMAL dikejutkan dengan berita yang cukup menyayat hati. Murabbi Muhammad Sayuti bin Zainal, salah seorang tenaga pengajar yang berdedikasi, telah kembali ke rahmatullah setelah terlibat dalam satu kemalangan semasa dalam perjalanan ke AKMAL.
Kepergiannya pada hari ke-25 Ramadan, di bulan yang penuh keberkatan ini, meninggalkan kesan mendalam di hati kami semua. Pemergian seorang murabbi yang penuh kasih sayang, yang telah mencurahkan ilmu dan bimbingan kepada para pelajar, adalah kehilangan yang tidak terganti.
Dengan penuh keinsafan dan doa, kami memohon agar Allah ๏ทป mengampuni dosa-dosanya, merahmatinya, melapangkan kuburnya, serta mengangkat darjatnya di sisi para solihin dan syuhada. Semoga setiap ilmu yang diajarkan menjadi amal jariah yang terus mengalir buatnya, dan semoga dia ditempatkan di dalam syurga-Nya yang tertinggi.
Kepada seluruh keluarga dan kenalan Almarhum, semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menerima ujian ini.
Ya Allah, terimalah segala amal baktinya, muliakanlah kedudukannya, dan jadikanlah Ramadan ini sebagai penyaksi atas kebaikannya di dunia.
ุงูููู
ุงุบูุฑ ูู ูุงุฑุญู
ู ูุนุงูู ูุงุนู ุนููุ ูุฃูุฑู
ูุฒูู ููุณุน ู
ุฏุฎููุ ูุงุบุณูู ุจุงูู
ุงุก ูุงูุซูุฌ ูุงูุจุฑุฏุ ูููู ู
ู ุงูุฐููุจ ูุงูุฎุทุงูุง ูู
ุง ูููู ุงูุซูุจ ุงูุฃุจูุถ ู
ู ุงูุฏูุณุ ูุฃุจุฏูู ุฏุงุฑูุง ุฎูุฑูุง ู
ู ุฏุงุฑูุ ูุฃูููุง ุฎูุฑูุง ู
ู ุฃูููุ ูุฃุฏุฎูู ุงูุฌูุฉ ูุฃุนุฐู ู
ู ุนุฐุงุจ ุงููุจุฑ ูู
ู ุนุฐุงุจ ุงููุงุฑ.
Amin ya Rabbal โAlamin.
Al-Fatihah buat Almarhum.
13/03/2025
Alhamdulillah.. insyaAllah tak lama lagi, ruangan asrama baru ini akan dihuni pelajar-pelajar AKMAL. Jutaan penghargaan dan terima kasih pada semua yang menyumbang bgai tujuan ini.