19/06/2022
Yayasan Kami Anak FELDA (YKAF)
BIASISWA PENUH TAJAAN MAIWP UNTUK PELAJAR GENERASI FELDA B40 (LEPASAN SPM & STPM) YANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI KPBKL
https://forms.gle/H2BCGnnXWUYH1imm6
Salam dan selamat sejahtera adik-adik lepasan SPM & STPM.
Ini adalah borang pendaftaran taklimat bantuan kewangan oleh MAIWP untuk pelajar generasi FELDA B40 (Lepasan SPM & STPM) yang melanjutkan pengajian di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dengan kerjasama Yayasan KAF.
Taklimat ini akan diadakan pada bulan Jun - Jul 2022 di setiap wilayah FELDA di seluruh negara. Oleh yang demikian, maklumat pendaftaran ini memudahkan pihak Yayasan KAF untuk mengatur jadual; tarikh, masa dan tempat taklimat.
Maklumat adik-adik semata-mata digunakan untuk tujuan mengatur taklimat seperti yang dinyatakan di atas. Kami bertanggungjawab ke atas kerahsiaan data peribadi adik-adik.
Jika adik-adik ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Mejar (B) Roslan Jasmin 010-8173066 atau Juraizam Jogeran 019-2995700.
Sekian, terima kasih.
20/12/2019
20/12/2019
19/12/2019
19/12/2019